More

    Ucapan Selamat Tahun Baru Cina kepada Mr. Hu, nama pengirim di Shopee banjiri Twitter

    Jika anda sering memesan barang dari China di platform e-dagang seperti Shopee, mungkin kebanyakan bungkusan barang anda memaparkan nama pengirim sebagai Mr. Hu. Laman Twitter kini dibanjiri dengan ucapan Tahun Baru Cina dan terima kasih dari rakyat Malaysia kepada Mr. Hu.

    Menurut netizen melalui siaran The Vocket, Mr. Hu adalah ejen dari pusat penghantaran di China. Barangan dari kedai tertentu akan melalui Mr. Hu dahulu sebelum ianya dipos ke Malaysia. Ada juga yang mendakwa Mr. Hu adalah pembekal sebenar. Apa pun, Mr. Hu pastinya menjalankan tugasnya dengan baik memandangkan rakyat Malaysia sudah mengenali namanya.

    Anda boleh melihat pelbagai ucapan terima kasih dan Selamat Tahun Baru Cina kepada Mr. Hu dari rakyat Malaysia.

    Adakah anda juga sentiasa menerima bungkusan barang dari pengirim Mr. Hu? Kongsikan bersama kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Twitter/@IzzRaifHarz @smigelsarah @TheBegatron

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...