More

    UGREEN lancarkan siri MagFlow Qi2 25W baharu, pengecas pantas untuk iPhone 17 bermula RM129

    UGREEN Malaysia hari ini mengumumkan barisan produk baharu dalam siri MagFlow Series iaitu rangkaian pengecas tanpa wayar magnetik dengan sokongan Qi2 25W. Ia boleh digunakan bersama pelbagai peranti Apple dan Android, termasuklah siri iPhone 17 yang akan dilancar tidak lama lagi, siri iPhone 16, siri Google Pixel 10 dan banyak lagi.

    Berikut merupakan beberapa produk UGREEN baharu yang ditawarkan dalam rangkaian ini:

    MagFlow Magnetic Power Bank 10,000mAh 25W

    MagFlow Magnetic Power Bank 10,000mAh 25W

    Power bank ini menyokong pengecasan Qi2 25W generasi baharu yang boleh mengecas bateri iPhone 16 Pro Max sehingga 50% dalam masa sekitar 30 minit. Ia juga menyokong pengecasan pantas dua hala 30W dan pengecasan serentak sehingga tiga peranti.

    Untuk keselamatan, ia mempunyai 13 lapisan perlindungan keselamatan termasuk kawalan suhu. Ia juga mempunyai paparan khas yang boleh menunjukkan tahap bateri. Produk ini akan dijual pada harga RM209.

    MagFlow 2-in-1 Magnetic Wireless Charger 25W dan MagFlow 2-in-1 Magnetic Foldable Wireless Charger 25W

    MagFlow 2-in-1 Magnetic Foldable Wireless Charger 25W

    Pengecas Qi2 ini boleh mengecas iPhone sambil mengecas AirPods secara serentak. Ia mempunyai rekaan boleh lipat yang boleh mendirikan telefon dalam pelbagai sudut tontonan, sesuai untuk mod StandBy Apple.

    Dengan rekaan lipat ini juga bermaksud ia boleh menjimatkan ruang dan mudah untuk dimasukkan ke dalam beg sewaktu melancong.

    MagFlow 2-in-1 Magnetic Wireless Charger 25W akan dijual pada harga RM209 manakala MagFlow 2-in-1 Magnetic Foldable Wireless Charger 25W akan dijual pada harga RM199.

    MagFlow 3-in-1 Magnetic Wireless Desktop Charger 25W

    MagFlow 3-in-1 Magnetic Wireless Desktop Charger 25W

    Pengecas ini mempunyai pemberat untuk tujuan kestabilan serta penyokong boleh laras dengan sudut condongan sehingga 70°. Ia mampu mengecas iPhone, Apple Watch dan AirPods secara serentak.

    "
    "

    Ia juga mempunyai pengurusan haba lanjutan bagi memastikan keselamatan yang ideal di rumah atau pejabat. Produk ini akan dijual pada harga RM499.

    MagFlow Magnetic Wireless Charging Pad 25W

    MagFlow Magnetic Wireless Charging Pad 25W

    Pengecas nipis ini boleh menyediakan pengecasan penuh Qi2 25W, sesuai untuk pengguna yang inginkan pad pengecasan klasik. Produk ini akan dijual pada harga RM129.

    Setiap produk UGREEN MagFlow direka dengan magnet berkuasa tinggi dan protokol keselamatan canggih bagi memastikan pengecasan selamat dan stabil. Ia boleh dibeli di Lazada, TikTok dan Shopee.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan produk UGREEN ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    OPPO ColorOS 17 dilancar secara global dengan UI Living Flow, jaminan lancar 6 tahun

    OPPO hari ini melancarkan sistem operasi terbaharu iaitu ColorOS 17 untuk pasaran global dengan fokus terhadap rekaan visual Living Flow dan integrasi...

    Samsung pamer peralatan rumah berasaskan AI, termasuk penyaman udara baharu 2027

    Samsung Electronics mempamerkan rangkaian kelengkapan rumah dan penyelesaian perniagaan berasaskan AI menerusi acara The Brief 2026 di Hanoi, Vietnam. Antara produk yang...

    Apple umum HomeView, HomePod mini 2 dan Apple TV 4K baharu — Bermula RM649

    Apple rasmi memperkenalkan barisan peranti rumah pintar baharu yang merangkumi hub smart home Apple HomeView, pembesar suara HomePod mini 2 dan peranti...

    NEXAL Pad rasmi di Malaysia dengan skrin 2.5K 11″ dan bateri 10,000mAh berharga RM1,099

    NEXAL melancarkan tablet julung kalinya untuk pasaran tempatan menerusi penawaran NEXAL Pad. Peranti disasarkan untuk kegunaan produktiviti dan harian dengan menampilkan rekaan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...