Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama perkhidmatan media sosial popular TikTok Pte Ltd (TikTok) bagi meneroka potensi platform media sosial untuk dijadikan sebuah media pengajaran dan pembelajaran.
Persefahaman ini juga bertujuan untuk mewujudkan kerjasama strategik dan memperkasa penggunaan aplikasi TikTok sebagai wadah perkongsian ilmu. Naib Canselor UiTM, Profesor Datuk Ts. Dr. Roziah Mohd Janor, berkata kerjasama ini bertepatan dengan konsep Education 5.0 @ UiTM untuk meningkatkan kolaborasi dengan rakan industri bagi mempelopori pendidikan moden menggunakan media sosial.
Melalui memorandum ini, UiTM dan TikTok akan memperkenalkan beberapa projek dalam skop pendidikan jarak jauh dan terbuka, selain daripada pendidikan formal semasa sesi kuliah. UiTM juga berharap usaha ini akan merubah perspektif umum berkenaan penggunaan media sosial dalam konteks pendidikan negara.

Pada tahun lalu, UiTM Cawangan Sabah telah memperkenalkan TikTok Guru Bah! yang telah mendapat sambutang mengalakkan di kalangan warga pendidik.
Kongsi pendapat anda di Facebook kami tentang kerjasama universiti tempatan popular ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: UiTM






