More

    Ujian kelajuan rangkaian lanjutan 5G oleh DNB, ZTE, TM tersenarai dalam Malaysia Book of Records

    Pada Oktober 2023, tiga syarikat teknologi telekomunikasi menjalankan ujian rangkaian 5G-Lanjutan menggunakan teknologi mmWave yang menunjukkan kelajuan pemindahan data sepantas 28Gbps oleh Digital Nasional Berhad (DNB), ZTE dan Telekom Malaysia (TM).

    Hari ini, semasa acara ZTE – Unfolding The Intelligent Future di Kuala Lumpur, ujian rangkaian 5G-A telah memasuki Malaysia Book of Records sebagai “Percubaan Langsung 5G-Advanced Terpantas”. Di samping itu, untuk merealisasikan ini, infrastruktur dan kepakaran TM digunakan bersama-sama dengan teknologi mmWave oleh ZTE. Langkah ini dijangka meletakkan Malaysia sebagai peneraju dalam teknologi mmWave pada masa itu.

    DNB menyatakan bahawa penggunaan spektrum mmWave di bawahnya membolehkan ia memberikan pengalaman 5.5G serta menjadi asas untuk 6G nanti. Tambahan pula, penggunaan spektrum DNB bersama teknologi TM turut membuka pelbagai peluang dalam arena perusahaan. Ini benar terutamanya dalam pembangunan rangkaian persendirian 5G untuk pelbagai jenis industri.

    Acara tersebut turut menampilkan sesi-sesi yang menginspirasi, ucapan kunci dari pemimpin industri dan pameran menyeluruh mengenai penyelesaian-penyelesaian terkemuka ZTE dalam landskap digital. Hadirin yang hadir telah diberikan peluang untuk meneroka bagaimana inovasi ZTE dalam teknologi 5G-Advanced, Cloud IP dan Redcap yang dapat meningkatkan kecekapan dan kelestarian dalam operasi perniagaan.

    Beritahu pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured