More

    Ulasan Deco M9 Plus – Sistem Mesh Wi-Fi yang lengkap dengan pelbagai fungsi

    Pada bulan September, unifi telah memperkenalkan pelan baru bernama unifi Your World di mana pelanggan boleh menyusun sendiri pakej internet jalur lebar mereka untuk menyertakan unifi Mobile 4G LTE tanpa had, pek hiburan unifi TV dan peranti Mesh Wi-Fi Booster. unifi telah memberikan kami dua buah unit TP-Link Deco M9 Plus iaitu unit Mesh Wi-Fi yang akan diberikan kepada pelanggan jika mereka melanggan kepada pelan unifi Your World.

    Bagi yang tidak biasa dengan konsep Mesh Wi-Fi, ia adalah sebuah sistem Wi-Fi yang boleh meluaskan rangkaian penghala (router) asal anda di sekeliling rumah. Ia biasanya terdiri daripada beberapa peranti Mesh Wi-Fi (digelar nodes) yang boleh diletakkan di pelbagai sudut rumah untuk meluaskan rangkaian Wi-Fi dan menghapuskan dead-zone iaitu ruang yang tidak menerima signal Wi-Fi asal.

    Dua unit Deco M9 Plus diberikan kerana satu unit akan dihubungkan melalui wayar ethernet ke penghala asal sebagai main hub, manakala satu lagi unit boleh diletakkan di mana-mana sudut rumah dan boleh dihubungkan kepada main hub secara wayarles. Daripada rupa luaran, Deco M9 Plus nampak sangat ringkas dengan hanya satu lampu LED, satu port kuasa dan dua port ethernet. Bentuknya yang kecil juga membuatkannya mudah untuk diletakkan di mana-mana dalam rumah anda, asalkan ia hampir dengan palam kuasa.

    Deco M9 Plus menampilkan rekaan yang kecil dan minimalis
    Sekurang-kurangnya dua unit Deco M9 Plus diperlukan untuk mencipta rangkaian Mesh Wi-Fi dalam rumah. Satu unit (main hub) perlu dihubungkan ke router asal menggunakan kabel ethernet, manakala unit kedua (nodes) boleh dihubungkan kepada main hub secara wayarles

    Pemasangan produk ini adalah amat mudah. Pengguna hanya perlu memuat turun aplikasi Deco ke dalam telefon pintar dan aplikasi itu akan memberi panduan ringkas untuk memasangkan Mesh Wi-Fi dalam rumah. Malah, jika anda lebih menggemari penggunaan dalam Bahasa Melayu, aplikasi Deco mempunyai terjemahan lengkap untuk bahasa tersebut.

    Saya telah menggunakannya selama beberapa hari dan saya mendapati kelajuan internet adalah sangat stabil walaupun jika saya berada agak jauh daripada penghala asal. Sebelum ini, kelajuan internet saya akan mula turun mendadak jika saya berada lebih 10 meter daripada penghala kerana gangguan daripada dinding rumah dan kekuatan signal yang semakin lemah. Apabila saya memasang Deco M9 Plus pada jarak tersebut, kelajuan internet saya menjadi stabil dan kekal laju.

    (Kiri) Kelajuan internet apabila saya berada lebih daripada 10 meter daripada router, sebelum memasang Deco M9 Plus. (Kanan) Kelajuan pada jarak yang sama daripada router, selepas memasang Deco M9 Plus

    Nota: Kelajuan muat turun asal (tanpa Deco M9 Plus, apabila berada dekat dengan router) adalah 30Mbps manakala kelajuan muat naik asal adalah 11Mbps

    Walaupun sewaktu ahli keluarga yang lain menggunakan internet, sambungan bandwith saya tidak terjejas walaupun saya berada pada jarak yang agak jauh daripada penghala asal. Aplikasi Deco pula memudahkan saya untuk melihat peranti-peranti yang dihubungkan dengan Mesh Wi-Fi melalui antara muka (interface) yang mesra pengguna. Jika anda merancang untuk menambah unit Deco M9 Plus dalam rumah untuk meluaskan lagi capaian Wi-Fi anda, aplikasi itu akan memberi panduan mudah untuk melakukannya.

    Selain fungsi meluaskan Wi-Fi, Deco M9 Plus turut menyediakan ciri-ciri ekstra seperti perlindungan antivirus, kawalan penggunaan oleh kanak-kanak (parental control) dan boleh digunakan sebagai pusat (hub) untuk perkakas elektronik pintar (smart devices) seperti lampu, kunci pintu, sensor gerakan (motion sensor) dan banyak lagi. Rumah saya tidak mempunyai sebarang alat elektronik pintar jadi saya tidak dapat mencubanya, namun anda perlu ketahui bahawa Deco M9 Plus boleh dihubungkan kepada lebih 100 alat.

    (Kiri) Kawalan antivirus untuk rangkaian Deco M9 Plus, (Tengah) Kawalan penggunaan oleh kanak-kanak, (Kiri) Pelbagai jenama lampu yang boleh dihubungkan kepada Deco M9 Plus
    (Kiri) Anda boleh lihat senarai peranti yang dihubungkan kepada Deco M9 Plus, (Tengah) Bilangan Deco M9 Plus yang dihubungkan dalam Mesh Wi-Fi, (Kanan) Tetapan yang terdapat dalam aplikasi Deco

    Satu masalah dengan Deco M9 Plus adalah harganya yang agak mahal, di mana dua unit yang diperlukan untuk membina sistem Mesh Wi-Fi dalam rumah memerlukan anda untuk berbelanja RM999. Walau bagaimanapun, jika anda melanggan kepada unifi Your World, anda hanya perlu membelanjakan RM35 sebulan untuk teknologi ini.

    "
    "

    Deco M9 Plus adalah produk Mesh Wi-Fi yang bagus untuk digunakan, terutamanya jika anda menetap dalam rumah yang besar dan sebuah penghala internet tidak mampu menjana signal yang kuat ke setiap sudut dalam rumah anda. Beritahu kami di Facebook jika ulasan ini membantu anda untuk mendapatkan unifi Your World dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Spesifikasi teknologi

    • Dua port LAN/WAN Gigabit Ethernet, satu port kuasa 12V/2A, satu port USB 2.0
    • 8 antena dalam setiap unit Deco
    • Frekuensi 2.4GHz dan 5GHz
    • SPI Firewall
    • Menyokong hubungan IEEE 802.11 ac/n/a 5 GHz, IEEE 802.11 b/g/n 2.4 GHz dan Bluetooth 4.2
    • Menyokong signal sehingga 867Mbps pada 5GHz dan 400 Mbps at 2.4GHz

    Kebaikan: Mudah dipasang, meluaskan jangkauan internet dalam rumah dengan kukuh, pelbagai fungsi ekstra

    Keburukan: Harga asal yang agak mahal untuk satu unit

    Kesimpulan: Sesuai digunakan dalam rumah yang besar atau jika anda memiliki banyak alat elektronik pintar. Pakej unifi Your World juga memudahkan anda untuk memiliki produk ini dengan harga yang jauh lebih murah berbanding harga asal.

     

    Artikel Terkini

    Acer perkenal 3 tablet Iconia Duo di Computex 2026 — Skrin OLED 14.2”, bateri...

    Acer mengumumkan tiga tablet baharu dalam siri Iconia Duo berasaskan Android di Computex 2026 yang menyasarkan pengguna profesional yang memerlukan peranti mudah...

    HUAWEI nova 15 Max dilancar di Malaysia dengan bateri 8,500mAh berharga RM1,699

    HUAWEI Malaysia hari ini mengumumkan ketibaan nova 15 Max yang memfokuskan kepada ketahanan bateri, paparan besar dan ciri ketahanan tambahan untuk kegunaan...

    OPPO dan vivo dilapor bangunkan kamera vlog sendiri, bakal cabar dominasi DJI

    Pasaran kamera vlog mudah alih yang didominasi oleh DJI mungkin bakal menjadi lebih sengit apabila dua pengeluar telefon pintar China, OPPO dan...

    Siri realme P4 rasmi di Malaysia: P4 Power 5G tampil dengan bateri 10,001mAh pertama...

    realme telah melancarkan siri P4 di Malaysia yang terdiri daripada tiga model iaitu realme P4 Power 5G, realme P4x dan realme P4...

    REDMI Headphones Neo, Buds 8 dan Watch 6 dilancar di Malaysia, bermula RM239

    Xiaomi hari ini mengumumkan pelancaran tiga peranti boleh pakai baharu di bawah sub jenama REDMI untuk pasaran Malaysia termasuk fon kepala over-ear...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...

    Ulasan vivo X300 Pro – Kamera ZEISS generasi baru untuk vivo!

    Dengan 2025 yang semakin hampir kepada penamatnya, vivo Malaysia tidak ketinggalan untuk melancarkan telefon pintar flagship generasi seterusnya dengan melancarkan vivo X300...