More

    Ulasan God of War (PC) – “Game” legenda PlayStation kini mengganas ke komputer!

    Walaupun saya sudah bermain game sejak sekolah rendah lagi, saya cuma bermain game dalam komputer (PC) kerana saya tidak pernah memiliki sebuah konsol PlayStation (PS). Oleh yang demikian, saya tidak pernah merasakan pengalaman bermain siri game yang eksklusif untuk konsol PS seperti Gran Turismo, The Last of Us, Ratchet & Clank dan banyak lagi.

    Siri God of War juga termasuk dalam kategori game khusus untuk PS, namun baru-baru ini Sony Interactive Entertainment (SIE) telah menawarkan game terbaru dalam siri tersebut yang bertajuk God of War (2018) ke dalam platform PC. God of War merupakan game PS terbaru yang dipindahkan (ported) ke dalam PC sejak beberapa tahun lalu, selepas Horizon Zero Dawn dan Days Gone.

    Sungguh pun begitu, game konsol yang dipindahkan ke PC sering mengalami masalah prestasi, terutamanya daripada segi grafik. Jadi adakah game God of War ini dipindahkan dengan cemerlang untuk gamers PC? Ayuh baca ulasan ini untuk ketahui dengan lebih lanjut.

    God of War adalah sebuah hack-and-slash game bertemakan mitos Nordik yang mengisahkan tentang seorang dewa Yunani, Kratos, dan anak lelakinya yang masih kecil, bernama Atreus. Dalam permulaan game ini, Kratos baru sahaja kehilangan isterinya dan selepas membakar jasadnya sebagai acara pengebumian, Kratos dan Atreus ingin menyemadikan abu isterinya di puncak gunung tertinggi dalam alam Midgard.

    Sepanjang perjalanan tersebut, kedua-dua watak perlu mengharungi pelbagai rintangan seperti musuh Draugr, Elves, Ogres, Trolls dan banyak lagi, serta sihir-sihir yang melambatkan mereka. Sepanjang pengembaraan, Kratos juga berpeluang untuk membina hubungan kekeluargaan yang lebih erat bersama Atreus memandangkan beliau jarang meluangkan masa bersama anaknya itu.

    Jadi bagaimanakah pengalaman bermain game ini di PC berbanding PS? Suka saya laporkan bahawa prestasi game ini adalah sangat cemerlang dalam komputer. PC saya boleh memainkan game ini dengan kadar bingkai (frame rate) yang sangat tinggi dan sekata sepanjang saya bermain, tanpa sebarang masalah bug atau crash. Setahu saya, God of War yang dimainkan dalam PS terpaksa dihadkan pada kadar bingkai 30FPS, jadi pengalaman dalam PC tanpa sebarang sekatan kadar bingkai adalah lebih bermutu tinggi.

    Saya bermain game ini dalam komputer riba ASUS ROG Strix SCAR 17” yang dilengkapi CPU AMD Ryzen 9 5900HX dan GPU NVIDIA GeForce RTX 3080 iaitu komputer riba ASUS tercanggih untuk 2021 dan game ini tidak mempunyai sebarang masalah dalam komputer saya. Perlu dinyatakan bahawa game ini memerlukan 70GB dalam storan anda, jadi pastikan anda mempunyai ruang yang cukup untuk memasang game besar ini.

    Game ini menawarkan tetapan grafik yang lengkap seperti Texture Quality, Anisotropic Filter, Shadows, Ambient Occlusion dan banyak lagi. Kadang-kala, game yang dipindahkan daripada konsol ke PC tidak menawarkan tetapan grafik yang mendalam, namun God of War menawarkan tetapan grafik yang boleh disesuaikan mengikut tahap PC anda. Memandangkan saya mempunyai GPU NVIDIA, saya boleh mengaktifkan Deep Learning Super Sampling (DLSS) untuk imej yang lebih cantik dalam resolusi 1080p yang dimainkan.

    "
    "

    Game ini memaparkan dunia Nordik yang sangat cantik, dengan pelbagai lokasi seperti hutan pine, gua lombong, gunung-ganang bersalji, tasik luas, struktur Elves yang unik dan banyak lagi. Watak-watak sampingan juga terdiri daripada personaliti yang menarik, daripada Dwarf kerdil yang berdagang dengan Kratos, sehinggalah ular gergasi Jörmungandr yang membantu kedua-dua watak utama untuk melengkapkan pengembaraan mereka.

    Sepanjang pengembaraan, anda akan menggunakan kapak Leviathan Axe untuk menghapuskan segala musuh di hadapan anda, manakala Atreus pula boleh diarahkan oleh anda untuk menembak anak panah dari jauh menggunakan busur Talon Bow. Kapak tersebut boleh dihayunkan dengan ringan (light attacks) atau berat (heavy attacks) dan variasi antara dua-dua hayunan tersebut boleh menghasilkan gerakan kombo yang sangat menarik. 

    Atreus boleh diarahkan untuk menembak anak panah

    Kapak tersebut juga boleh dilontar jika anda ingin menewaskan musuh dari jauh, dan lontaran ini juga diperlukan untuk beberapa pertempuran bos serta menyelesaikan teka-teki ringkas. Selain kapak, Kratos juga dilengkapi perisai Guardian Shield untuk menepis serangan daripada musuh. Kapak, busur dan perisai di atas boleh ditambah baik selepas anda menewaskan musuh-musuh yang lebih sukar.

    Memandangkan game ini ditawarkan untuk PC, adakah ia sesuai dimainkan dengan papan kekunci dan tetikus? Pada pendapat saya, game ini lebih sempurna jika dimainkan dengan controller memandangkan ia dibangunkan untuk platform PS, namun papan kekunci dan tetikus pun boleh digunakan dengan selesa.

    Walau bagaimanapun, susunan kekunci asal (default key configuration) boleh jadi agak janggal terutamanya sewaktu anda ingin melontar kapak, jadi saya nasihatkan anda untuk menyusun kekunci mengikut keselesaan anda. Segala tindakan Kratos boleh disusun dalam sebarang kekunci yang anda gemar.

    Susunan papan kekunci boleh diubah untuk kawalan (controls) God of War

    Jadi jika anda sudah bermain God of War dalam PS sebelum ini, adakah berbaloi untuk anda memainkannya semula dalam PC? Memandangkan harganya agak mahal iaitu RM209, saya berpendapat anda hanya perlu memainkan semula game ini jika komponen PC anda boleh mencapai keperluan spesifikasi yang dicadangkan (recommended system requirements).

    Ini adalah kerana God of War akan membebankan komputer anda jika ia sekadar dimainkan dengan keperluan spesifikasi minimum dan hanya boleh dimainkan dengan kadar bingkai rendah atau grafik yang diturunkan. Selain itu, God of War dalam PC juga tidak menawarkan sebarang kandungan tambahan (extra content) daripada versi PS.

    Oleh yang demikian, buat para gamers PC yang tegar seperti saya dan tidak pernah bermain God of War sewaktu ia dilancarkan untuk PS pada 2018, ini adalah game yang anda tidak ingin pinggirkan. Ia menawarkan cerita yang sangat menarik di antara seorang ayah dan anaknya, corak permainan yang rancak serta dunia mitologi Nordik yang dibina dengan menawan.

    God of War boleh dibeli di Steam dan Epic Games Store pada harga RM209. Beritahu kami di Facebook jika ulasan ini membantu anda dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Keperluan sistem (minimum)

    • Sistem operasi: Windows 10 64-bit
    • CPU: Intel i5-2500k (4 teras 3.3 GHz) atau AMD Ryzen 3 1200 (4 teras 3.1 GHz)
    • RAM: 8GB
    • GPU: NVIDIA GTX 960 (4 GB) atau AMD R9 290X (4 GB)
    • DirectX: Version 11
    • Storan: 70GB

    Keperluan sistem (dicadangkan)

    • Sistem operasi: Windows 10 64-bit
    • CPU: Intel i5-6600k (4 teras 3.5 GHz) atau AMD Ryzen 5 2400 G (4 teras 3.6 GHz)
    • RAM: 8GB
    • GPU: NVIDIA GTX 1060 (6 GB) atau AMD RX 570 (4 GB)
    • DirectX: Version 11
    • Storan: 70GB

    Kebaikan: Jalan cerita yang mendalam, corak permainan rancak

    Keburukan: Tiada benda baru daripada versi PS, harga mahal

    Kesimpulan: Game yang harus dimainkan oleh mereka yang tidak memiliki PS sebelum ini

     

    Artikel Terkini

    Insta360 Luna Ultra rasmi di Malaysia – Sensor 1 inci dan sokong rakaman 8K...

    Insta360 hari ini melancarkan Luna Ultra untuk pasaran Malaysia iaitu kamera gimbal mercu baharu yang dibangunkan bersama Leica. Ditawarkan pada harga bermula...

    Nothing Dream Phone muncul dengan bicu audio, slot microSD dan kamera swafoto “pop-up”

    Nothing baru-baru ini memperkenalkan satu konsep telefon baharu yang dinamakan sebagai Dream Phone iaitu projek eksperimental yang dibangunkan berdasarkan cadangan serta maklum...

    Meta Glasses rasmi dengan tiga rekaan bingkai, bateri 8 jam dan AI Muse Spark

    Meta secara rasmi memperkenalkan Meta Glasses iaitu siri cermin mata pintar baharu yang dibangunkan bersama pengeluar kaca mata EssilorLuxottica. Pelancaran ini dilihat...

    Samsung umum UFS 5.0 dengan kelajuan sehingga 10.8GB/s — Fokus AI pada peranti

    Samsung mengumumkan pembangunan storan UFS 5.0 generasi baharu yang menawarkan prestasi sehingga dua kali lebih pantas berbanding UFS 4.1 selain direka untuk...

    vivo lancar Concept Store baharu di Sunway Velocity Mall dengan pameran “imaging” tersendiri

    vivo Malaysia bakal membuka Concept Store baharu di Sunway Velocity Mall pada 27 Jun 2026 dengan membawa konsep lebih interaktif menerusi Immersive...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...

    Ulasan vivo X300 Pro – Kamera ZEISS generasi baru untuk vivo!

    Dengan 2025 yang semakin hampir kepada penamatnya, vivo Malaysia tidak ketinggalan untuk melancarkan telefon pintar flagship generasi seterusnya dengan melancarkan vivo X300...