fbpx
More

    Ulasan HONOR 20 Pro – Peranti berkamera quad yang ditunggu ramai

    Pada mulanya, muncul HONOR 20 Lite, kemudian kini hadirnya HONOR 20. Sekarang kita akan melengkapkan trilogi ulasan siri HONOR 20 dengan HONOR 20 Pro. Setelah penangguhan pelancaran akibat dari isu servis Google, variasi Pro akhirnya dilancarkan dan seperti pengguna lain, peranti ini adalah peranti yang ditunggu-tunggu oleh kami.

    Apa pun, saya tidak menyatakan bahawa peranti ini adalah peranti pintar yang sempurna, tetapi jika anda ingin tahu, baca ulasan di bawah untuk mengetahui kelebihan dan kelemahan HONOR 20 Pro.

    Reka bentuk – Ringkas tetapi magikal

    Dalam ulasan HONOR 20 sebelumnya, saya ada menyatakan tentang reka bentuk yang kelihatan menarik, tetapi tiada yang dapat diwar-warkan dengan lebih kerana ia terlalu biasa bagi peranti pintar untuk kelihatan seperti itu. Kini, saya tidak akan menyatakan yang sama bagi HONOR 20 Pro. Reka bentuk belakang agak ringkas, dengan gabungan warna gradien yang sama, tetapi lebih magikal kerana transisi tona warna lebih gelap pada bahagian atas dan bawah. Walaupun terdapat banyak peranti yang menggunakan reka bentuk gradien, tetapi tiada satu pun yang setanding dengan HONOR 20 Pro yang menarik dengan gaya yang tersendiri.

    Beginilah rupa Phantom Black, tiada perbezaan ketara (ini memang betul nama rasmi)
    Phantom Black memaparkan pantulan ultraviolet, bergantung kepada sudut anda melihatnya
    Tiada perubahan pada port USB Type-C dan gril pembesar suara pada bahagian bawah, manakala untuk kelantangan (volume) dan sensor power/ fingerprint pada sebelah kanan
    Dulang dwi-nano SIM boleh ditemukan di sebelah kiri

    Namun, saya ada soalan untuk HONOR. Kenapa beri nama pelik untuk warna peranti? Model peranti dalam ulasan ini adalah ungu (dan biru pada sudut berbeza), sama seperti Phantom Blue tetapi menggunakan hijau. Mungkin HONOR merujuk kepada warna dan tona yang tersembunyi, tetapi peranti masih kelihatan memikat.

    Ciri dan spesifikasi teknologi– Lebih kurang sama dengan HONOR 20

    Berikut adalah spesifikasi teknologi HONOR 20 Pro:

    • Cipset Kirin 980 (7nm) + Dual NPU
    • RAM 8GB
    • Storan 256GB UFS 2.1
    • Paparan All-View 6.26 inci
    • 16MP (lensa super sudut-lebar, F/2.2) + 48MP (Sony IMX 586, F/1.4) + 8MP (lensa telefoto, F/2.4) + 2MP (sensor makro, F/2.4)
    • Kamera hadapan 32MP
    • Dengan sensor cap jari sisi (side-mounted), face unlock, zum optikal 3x, zum hibrid 5x, zum digital 30x, GPU Turbo 3.0, Virtual 9.1 Surround Sound, pengecas pantas (22.5W)
    • Magic UI 2.1 berasaskan Android 9.0 Pie
    • Bateri 4000mAh

    Sebagai variasi Pro, HONOR 20 Pro mempunyai kelebihan berbanding HONOR 20 (semestinya). Perubahannya sedikit, tetapi anda perlu tahu, ia kini mempunyai lensa telefoto 8MP pada modul kamera quad belakang (menggantikan sensor kedalaman 2MP), RAM juga lebih besar iaitu 8GB. Begitu juga dengan storan 256GB dan pek bateri 4000 mAh. Selain dari spesifikasi di atas, semuanya masih sama.

    Jika anda mahir dalam dunia gajet, anda pasti fikir tetapan kamera peranti ini sama dengan Huawei P30 dan sememangnya, ia sama. Ini bermakna lensa telefoto mempunyai fungsi sama seperti zum optikal 3x, zum hibrid 5x dan zum digital sehingga 30x. Namun, seperti P30, zum digital tidak berfungsi dengan baik di siang hari oleh kerana kualiti gambar yang agak kabur. Lebih banyak lagi selepas ini.

    Modul kamera quad belakang mempunyai rekaan sama seperti HONOR 20
    Antaramuka kamera

    Walaupun kamera quad belakang ditukar kepada satu lensa, tetapi ia mempunyai kelebihan lain. Penstabilan Imej Optikal 4-axis (4-axis Optical Image Stabilizer) berada di lensa utama dan telefoto. Bukan sahaja bagus untuk fotografi mudah alih, tetapi juga untuk rakaman video, terutamanya apabila digabungkan dengan EIS atau Penstabilan Imej Elektronik. Ringkasnya, peranti ini sempurna untuk pemvlog (vlogger) yang gemar merakam video harian untuk laman media sosial mereka. Anda boleh lihat vlog kami di atas.

    Prestasi – Raja segala malam

    Telah saya nyatakan berkenaan HONOR 20 Pro dan HONOR 20 yang lebih kurang sama, jadi begitu juga dengan aspek prestasi, tetapi HONOR 20 Pro agak lebih baik terima kasih kepada tambahan RAM 8GB dan peningkatan bateri 4000 mAh. Ini bermakna peranti ini boleh bertahan seharian tanpa pengecasan (jika anda tidak bermain game atau tidak menggunakan GPS secara berlebihan). Manakala gaming agak lancar jika dibandingkan dengan HONOR 20, Anda boleh menilainya dengan melihat video trip kami di bawah.

    Game cenderung lag untuk seketika apabila kereta berpusing dan selebihnya berprestasi baik. Tiada isu pemanasan bateri
    Kedudukan selesa di tangga ke-25, sepatutnya lebih baik, tetapi memadai untuk penggunaan harian
    Ujian grafik dengan hasil berlainan, HONOR 20 Pro mendapat mata baik di OpenGL 3.1, tetapi tidak pada bahagian Vulkan
    Asphalt 9 selama 30 minit hanya mengurangkan bateri sebanyak 9%

    Pada prestasi lain, tiada apa yang boleh dirungut. Sistem bunyi, rangkaian panggilan dan sambungan berfungsi dengan baik, jadi yang tinggal sekarang hanya prestasi kamera. Tangkapan di siang hari agak licik oleh kerana apertur F/1.4 pada sensor utama dan sebagai tips, semakin besar apertur, semakin banyak cahaya pergi ke sensor. Jika anda tidak berhati-hati dengan tangkapan anda, kebanyakan tangkapan di siang hari akan terlebih terdedah kepada pencahayaan yang lebih. Jika anda mahu, anda boleh menurunkan sensitiviti cahaya ke 0.5 secara manual untuk paparan cahaya yang hampir dengan keadaan sebenar.

    Setelah anda tahu cara bermain dengan kamera, sesi bergambar lebih seronok terutamanya untuk keadaan dengan pencahayaan yang rendah dan jika anda seorang peminat fotografi, anda akan lebih seronok! Begitu juga dengan Mod Potret yang kami suka gunakan semasa sesi fotografi. Lihat contoh gambar yang kami ambil di Jepun dan Kuala Lumpur!

    Paparan kontras warna yang terang
    Penggunaan super sudut-lebar, salutan emas tidak dipaparkan dengan terang
    Tangkapan super sudut-lebar untuk kuil besar seperti ini sangat berguna
    COMELNYA BURUNG HANTU
    Gambar makanan mesti ada
    Anda boleh nampak kontras hijau pada sebelah kiri agak terlalu terang
    Julat dinamik pada tetapan pencahayaan rendah agak seimbang, tiada yang terlalu gelap atau terang
    Tangkapan super sudut-lebar pada waktu malam agak biasa kerana anda boleh nampak warna yang tidak dipaparkan dengan terang
    Namun, jika anda menggunakan sensor utama, peranti kelihatan hebat (ini cuma lukisan di dinding)
    Mengambil sedikit tangkapan graviti beriluminati di dalam bilik gelap
    Agak bagus dan teliti walaupun dalam pencahayaan yang rendah
    Mod potret lagi
    Mod potret tanpa edit
    Mod potret menggunakan kamera hadapan
    Ya, memang kami suka menggunakan mod potret
    Tangkapan mod makro
    Tangkapan super sudut-lebar tetapi dengan format paparan penuh (fullscreen) 1:1
    Tangkapan biasa sebelum mengezum (kiri) dan 3X zum optikal (kanan)
    Zum hibrid (kiri) dan zum digital 30X (kanan) yang agak mengecewakan, peranti hanya bagus untuk rakaman pada waktu malam

    Kesimpulan – Peranti pintar berkamera quad yang kita tunggu

    Jika anda menyukai HONOR 20, anda akan lebih CINTA kepada HONOR 20 Pro. Dengan gabungan reka bentuk magikal, prestasi gaming dan bateri, berpotensi dalam fotografi dan videografi, saya secara peribadinya berfikir HONOR 20 Pro lebih sesuai dengan pengguna dalam bidang gaya hidup (seperti pemvlog) dan harga RM2299 juga merupakan harga yang tepat dengan peranti ini. [Terkini] DxOMark memberi 113 mata (sebelum ini 111), tetapi bertambah kerana ujian tambahan lensa lebar dan mod malam yang lebih baik), ia sememangnya penjana peranti berkamera yang boleh digunakan oleh kebanyakan pengguna, terutama dalam fotografi pencahayaan rendah dan mod potret. Walaupun kebanyakan gambar bukan diambil oleh saya, tetapi saya suka lihat gambar-gambar yang diambil oleh rakan sekerja saya.

    Setakat ini dalam persaingan peranti pintar, peranti terbaik jenama lain dengan ciri sama adalah seperti OPPO Reno 10x Zoom (RM3399), Samsung Galaxy S10 (RM3299) dan OnePlus 7 Pro (RM2999), semuanya kalah pada aspek harga berpatutan. Prestasi pula pada cerita yang lain. Reno 10x Zum mempunyai kualiti superior mengezum, Galaxy S10 juga mempunyai kamera super sudut-lebar yang hebat (mungkin lebih baik) dan kebolehan gaming OnePlus 7 Pro adalah lebih kuat. Huawei P30 juga mempunyai harga yang sama, tetapi lebih baik saya mendapatkan HONOR 20 Pro untuk ciri kamera tambahan dan reka bentuk potongan kamera hadapan. Akhir sekali, pilihan di tangan anda, adakah anda memilih harga atau prestasi.

    Pra-tempahan HONOR 20 Pro telah bermula dan akan dijual secara rasmi pada 15 Ogos 2019. Adakah anda setuju dengan ulasan kami? Beritahu kami di ruangan komen di bawah. Terima kasih kerana membaca dan nantikan lebih ulasan peranti pintar di TechNave.com.

     

    Artikel Terkini

    WhatsApp bakal perkenalkan ciri untuk alih keluar pratonton pautan

    Versi semasa WhatsApp untuk Android secara automatik menjana pratonton untuk pautan laman web yang dihantar dalam sembang dengan memaparkan tajuk, perihalan dan...

    HUAWEI, Xiaomi dan OPPO dikhabarkan sedang bangunkan pengecasan pantas UFCS

    HUAWEI, Xiaomi dan OPPO dilaporkan sedang mendalami bidang teknologi pengecasan pantas dengan pengecas baharu berdasarkan Spesifikasi Pengecasan Pantas Universal (UFCS). Pemberi maklumat...

    Kerajaan jamin keselamatan siber data anda dalam PADU, gesa anda daftar segera

    Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, memberi keyakinan kepada rakyat Malaysia bahawa keselamatan dan kerahsiaan maklumat dalam Sistem Pangkalan...

    Gambar atau video anak anda dimuat naik ke media sosial tanpa kebenaran? Laporkan kepada...

    Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching mengingatkan ibu bapa dan para penjaga supaya membuat aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC)...

    vivo Malaysia anjurkan promosi khas di Lazada, tawarkan diskaun sehingga 35% untuk pelbagai telefon

    vivo Malaysia akan menganjurkan promosi khas di platform e-dagang Lazada, dengan kempen promosi Lazada Birthday KAW KAW yang akan berlangsung pada 24...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X