More

    Ulasan HONOR Magic Earbuds – Puas hati walau tidak sempurna

    Rasanya kami pernah menyatakan perkara ini. Terdapat dua jenis pengguna fon telinga di dunia ini, sama ada pengguna fon telinga berwayar atau pengguna fon telinga wayarles. Jika dahulu, hanya ada terma fon telinga (earphone) atau fon kepala (headphone) sahaja. Industri teknologi kini hadir dengan terma baru seperti earbuds atau earpods. Ini bukan kali pertama HONOR mengeluarkan alat teknologi wayarles sebegini kerana sebelum ini HONOR telah mengeluarkan fon telinga Bluetooth atau HONOR FlyPods. Terkini, HONOR mengeluarkan Magic Earbuds yang lengkap dengan ciri teknologi terpilih, menepati apa yang diperlukan oleh sepasang fon telinga tahap sederhana. Ikuti ulasan jujur daripada kami!

    Sejujurnya, apabila HONOR Magic Earbuds tiba di tangan kami, ia nampak menarik secara keseluruhannya. Peranti ini tampil dengan rekaan untuk kekal kemas terletak di antara ruang luar telinga (kami tidak mahu menyebut terma saintifik kedudukan bahagian-bahagian telinga), tetapi cukuplah untuk anda tahu bahawa Magic Earbuds tidak akan mudah jatuh.

    Kelihatannya, HONOR juga bermurah hati memberikan tip silikon telinga dengan empat saiz yang berbeza. Berkemungkinan, HONOR mendengar rungutan pengguna fon telinga yang sering mempunyai masalah fon telinga tidak kemas pada kedudukannya atau mudah jatuh dek kerana saiz tip yang tidak sesuai dengan telinga. Seperti yang didakwa HONOR, kemasan reka bentuk bersama tip silikon sesuai sememangnya memberi kesan penggunaan yang selesa (biasanya jika reka bentuk tidak baik, telinga saya akan menjadi merah).

    Pandangan pertama
    Aturan pengotakan HONOR Magic Earbuds
    Kad waranti, kabel USB-C, tip silikon telinga tambahan (3 saiz berbeza dalam plastik + 1 saiz pada fon telinga, berjumlah 4 kesemuanya)
    Agak mirip HUAWEI FreeBuds
    Port pengecasan USB-C
    Nyalaan lampu apabila perumahnya dibuka
    Sebelum mencuba!

    Prestasi telefon pintar senang dilihat dari pelbagai aspek. Prestasi fon telinga pula dilihat pada penawaran ciri dan kualiti bunyinya. Seperti yang dinyatakan di atas, fungsi Pembatalan Hingar Hibrid Aktif merupakan ciri pertama yang diuji (dan paling lama untuk menyimpulkannya juga *ketawa kecil*). Semasa menerima panggilan telefon, tiada bunyi sekeliling biasa yang dapat didengar. Jika seseorang sedang bercakap di hadapan anda (dengan nada biasa atau membebel), anda juga tidak akan mendengar bunyi bising di luar melainkan bunyi suara dalam panggilan yang jelas. Namun, jika ada yang berteriak atau menjerit dengan suara nyaring, anda mungkin akan mendengarnya (sedikit sahaja).

    Mungkin kerana kewujudan tiga mikrofon yang dinyatakan, anda tidak akan menyedari jika ada gempa bumi berskala kecil semasa sedang mendengar muzik. Kualiti bunyi sangat memuaskan, memadai dengan harganya! Bunyinya tidaklah bertahap imersif seperti fon telinga premium, tetapi bes (bass) dan vokalnya sangat jelas.

    Jarak dekat HONOR Magid Earbuds

    Sememangnya ia tidak sempurna, tetapi kami berpuas hati dengan kualiti bunyinya. Jika HONOR menambah ciri tahan air IP56 atau yang bersesuaian, pastinya ia menjadi bonus untuk Magic Earbuds menarik minat orang ramai.

    Menurut HONOR, fon telinga ini mampu bertahan sehingga 3 jam untuk muzik dan 2 jam untuk panggilan dengan fungsi pembatalan hingar aktif. Jika anda nyahaktif fungsi pembatalan hingar, anda boleh mendengar muzik sehingga 3 jam setengah dan berada dalam panggilan sehingga 2 jam setengah.

    Menurut kami pula, fon telinga ini tidak pernah tiba-tiba ‘mati’ di telinga. Hal ini mungkin kerana kami tidak pernah mendengar muzik atau menerima panggilan sehingga ke tahap maksima seperti yang dinyatakan secara kerap. Kami hanya mendengar muzik lebih kurang dua jam sehari secara keseluruhan, begitu juga dengan panggilan telefon. Kami percaya ini merupakan kadar rutin yang biasa untuk pengguna lain juga.

    "
    "

    Jadi, fon telinga ini tidak pernah kehabisan bateri sepanjang berada dalam tangan kami kecuali pada satu masa di mana perumahnya (charging case) tidak dicas selama lebih kurang seminggu. Ketika itu, Magic Earbuds juga digunakan dalam tempoh yang lama lebih kurang tiga jam selama beberapa hari untuk diuji ketahanannya.

    Keselesaan + kualiti bunyi baik

    Spesifikasi HONOR Magic Earbuds

    • Pembatalan Hingar Hibrid Aktif (Hybrid Active Noise Cancelling)
    • Tiga mikrofon untuk membantu menyingkirkan bunyi 32 dB1 yang menganggu
    • Kawalan sentuhan ‘Intuitive Touch Controls’

    Kebaikan dan Kelemahan

    Kebaikan – Fungsi pembatalan hingar yang baik, reka bentuk kemas dan selesa dengan empat saiz tip silikon telinga. Kualiti bunyi yang memuaskan.

    Keburukan – Tiada rating kalis air

    Kesimpulan – Anda boleh menyambar Magic Earbuds dengan harga RM499 jika anda mementingkan kualiti bunyi dan memerlukan fungsi pembatalan hingar, memadai dengan harganya.

    Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita dan ulasan teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    DJI Osmo Pocket 4P dilancar: Kamera poket pertama dengan dwi-kamera dan zum optikal 3x

    DJI secara rasmi melancarkan Osmo Pocket 4P iaitu kamera gimbal poket pertama mereka yang hadir dengan dua kamera utama selepas pelancaran Osmo...

    HONOR X80 Pro Max tertiris – Bateri 11,000mAh, telefon pertama dengan SD 6 Gen...

    HONOR nampaknya bersedia meneruskan trend bateri besar untuk siri pertengahan mereka apabila khabar angin terbaharu mendakwa HONOR X80 Pro Max akan hadir...

    LRT3 dijangka mula operasi menjelang penghujung bulan ini

    Selepas beberapa kali mengalami perubahan jadual operasi sebelum ini, projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) kini dilihat semakin hampir untuk menerima penumpang...

    Pengecasan EV kini lebih “autopilot” dengan lengan robot baharu Xiaomi

    Xiaomi Auto memperlihatkan teknologi baharu dikenali sebagai lengan robot pengecas yang direka untuk mengautomasikan proses pengecasan kenderaan elektrik (EV) di rumah. Produk...

    Waze akhirnya tambah ciri lampu isyarat dalam navigasi – Dilancar secara berperingkat

    Waze dilaporkan mula melancarkan ciri baharu yang memaparkan lokasi lampu isyarat secara terus pada paparan navigasi aplikasi tersebut. Ciri tersebut sebelum ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan vivo X300 Pro – Kamera ZEISS generasi baru untuk vivo!

    Dengan 2025 yang semakin hampir kepada penamatnya, vivo Malaysia tidak ketinggalan untuk melancarkan telefon pintar flagship generasi seterusnya dengan melancarkan vivo X300...