fbpx
More

    Ulasan HUAWEI MatePad Pro 12.6″ – Tablet sempurna untuk gantikan komputer riba

    Sewaktu melancarkan sistem operasi HarmonyOS 2.0 pada bulan Jun 2021, HUAWEI turut melancarkan sebuah tablet terbaru dalam kategori andalan (flagship) iaitu HUAWEI MatePad Pro 12.6 inci yang menawarkan pelbagai spesifikasi tercanggih untuk sebuah tablet. Gajet ini menawarkan saiz terbesar dalam rangkaian tablet HUAWEI, oleh itu ia adalah produk yang sangat sesuai buat mereka yang ingin menggantikan komputer riba mereka dengan sesuatu yang lebih kompak.

    Dengan harga semahal RM3,999, tablet ini perlu melaksanakan pelbagai tugas dengan cemerlang untuk menjadikannya layak dijual pada harga tersebut. Jadi adakah tablet ini sesuai digunakan untuk tugas harian anda? Ayuh baca ulasan kami untuk mengetahuinya.

    Daripada segi rekaan luaran, binaan tablet andalan ini adalah sangat premium. Walaupun permukaan belakangnya adalah plastik, tablet ini masih terasa kukuh dan cantik secara keseluruhannya. Apa yang lebih menarik adalah berat 609 gram dan kenipisannya yang sekadar 6.7mm sahaja, membuatkan tablet ini sangat mudah untuk dibawa ke mana-mana. Sungguh pun begitu, badan nipis ini bermaksud ia tidak mempunyai ruang cukup untuk bicu audio.

    Anda boleh lihat satu port USB-C serta empat pembesar suara yang berada di bahagian sisi MatePad Pro. Terdapat juga ruang untuk meletakkan kad memori HUAWEI NM Memory Card sehingga 256GB, jika storan dalaman 256GB dalam tablet ini masih tidak cukup untuk kegunaan anda.

    MatePad Pro 12.6″ menampilkan binaan kukuh yang sangat premium
    Skrin OLED MatePad Pro menghasilkan warna yang sangat cantik dan terang

    Skrin OLED berukuran 12.6 inci pada tablet ini menghasilkan warna yang sangat cantik, jadi ia memang sesuai untuk dijadikan sebagai “wayang mudah alih” anda. Dengan nisbah skrin-ke-badan setinggi 90%, hampir keseluruhan bahagian depan tablet ini dilitupi oleh skrin OLED, jadi pengalaman tontonan filem adalah sangat mengasyikkan. Pembesar suara MatePad Pro juga menghasilkan audio yang berkualiti tinggi dengan kelantangan yang jelas.

    Setiap pelanggan tablet ini akan menerima papan kekunci HUAWEI Smart Magnetic Keyboard, jadi anda boleh gabungkannya dengan tablet ini untuk dijadikan seperti komputer riba. Pemasangannya adalah mudah, manakala kekuncinya pula selesa untuk ditaip. Saya telah menggunakan MatePad Pro seperti ini untuk beberapa tugasan kerja dan saya amat menggemarinya. Walau bagaimanapun, ketiadaan kekunci seperti Print Screen dan F1 hingga F12 mungkin akan memperlahankan aliran kerja (workflow) anda.

    MatePad Pro ini dilengkapi sistem operasi HarmonyOS 2 dan ia adalah sangat lancar untuk kegunaan harian. Selain daripada aplikasi asas seperti pengurus fail (file manager), pelayar web, galeri, pemain media, peta Petal Maps dan platform aplikasi HUAWEI AppGallery, tablet ini datang dengan banyak perisian remeh (bloatware) jadi ia mungkin adalah sesuatu yang akan menjengkelkan anda.

    HarmonyOS 2 membenarkan anda untuk membuka sehingga empat aplikasi serentak, jadi anda boleh gunakan skrin besar ini sepenuhnya untuk pelbagai tugas. Walau bagaimanapun, empat aplikasi ini hanya boleh digunakan seperti ini: Dua aplikasi dibuka dalam tetingkap kecil (windowed), manakala dua lagi boleh dibuka secara split-screen.

    Anda boleh buka sehingga empat aplikasi serentak, untuk tugas-tugas multi tugas. Dalam gambar ini, saya membuka pelayar web, pengurus fail, galeri dan aplikasi lukisan serentak
    Antara muka (UI) HarmonyOS 2 mudah untuk digunakan
    MatePad Pro dilengkapi bloatware yang agak banyak (aplikasi dari TIDAL sehingga SketchBook dipasang oleh penulis sendir)

    Jika anda memiliki komputer HUAWEI, anda boleh manfaatkan lagi ekosistem HarmonyOS dengan fungsi cerminan skrin Mirror Mode, Extend Mode atau Collaborate Mode untuk pemindahan fail. Memandangkan saya tidak memiliki komputer HUAWEI, saya tidak dapat mencuba fungsi-fungsi eksklusif ini.

    HUAWEI turut memperkenalkan sokongan untuk stilus HUAWEI M-Penci (2nd Generation) dan ia adalah sangat responsif. Saya tidak mengalami sebarang sela masa (lag) yang ketara dengan stilus ini dan pengalamannya hampir seperti menulis di atas kertas. Walaupun jika anda tidak akan menggunakan tablet ini untuk fungsi lukisan atau lakaran, saya masih mengesyorkan M-Pencil baharu ini kerana fungsi FreeScript memudahkan anda untuk menulis dengan tangan dan tablet ini akan menukarkannya kepada teks secara automatik.

    MatePad Pro dilengkapi cipset Kirin 9000E yang dibina dengan proses nod 5nm, jadi anda boleh jangkakan prestasi terpantas daripada tablet ini. Segala aplikasi boleh dibuka dengan pantas, malah untuk bertukar-tukar di antara aplikasi pun tiada masalah atau sela masa (lag) yang ketara.

    Untuk game pula, ia boleh memainkan semua game terkini seperti Asphalt 9 atau Honkai Impact 3 pada tetapan grafik tertinggi dengan lancar. Namun pada pendapat saya, tablet ini tidak sesuai untuk dimainkan game mudah alih kerana skrinnya yang terlalu besar, jadi jari anda mungkin tidak boleh mencapai beberapa butang yang berada di bahagian atas skrin.

    Dengan saiz sebesar ini, MatePad Pro turut mempunyai kapasiti bateri yang sangat besar iaitu 10,050mAh. Walaupun dengan penggunaan berat, tablet ini masih boleh bertahan sehingga dua hari jadi ia memang sesuai untuk digunakan sebagai alat produktiviti di mana sahaja anda berada. Untuk pengecasan pula, tablet ini menyokong kadar 40W. Ia mungkin pantas untuk telefon pintar, namun untuk tablet sebesar ini, pengecasan penuh mengambil masa yang agak lama iaitu lebih dua jam.

    Pengecasan daripada 2% ke 95% mengambil masa 2 jam 44 minit

    Tidak dilupakan tablet ini turut dilengkapi kamera di bahagian belakang, di mana rupa modul kameranya nampak serupa dengan kamera telefon HUAWEI P40. MatePad Pro dilengkapi kamera utama 13MP, kamera ultra-lebar 8MP dan sensor kedalaman 3D, manakala di hadapan pula terdapat kamera 8MP.

    MatePad Pro boleh mengambil gambar yang baik, namun ia tidaklah setaraf dengan gambar daripada telefon andalan. Kualiti gambar nampak biasa sahaja di bawah cahaya terang, manakala gambar pada waktu malap adalah agak kabur walaupun kameranya mempunyai Night Mode. Sebenarnya, saiz tablet ini yang sangat besar menyukarkannya untuk digunakan sebagai kamera jadi saya berpendapat anda tidak akan selalu menggunakan kamera utamanya. Anda boleh gunakannya untuk tugasan kerja seperti mengimbas dokumen.

    Modul kamera Matepad Pro 12.6″

    Kini anda pasti ada satu persoalan yang berlegar-legar di fikiran: Adakah perkhidmatan Google Play Services (GMS) boleh digunakan dalam tablet ini? Memandangkan ia mempunyai sistem operasi HarmonyOS, anda tidak boleh memasangkan sebarang aplikasi Google seperti YouTube, Docs, Chrome atau Maps. Walau bagaimanapun, anda masih boleh mengakses perkhidmatan Google dalam pelayar web dan menggunakannya seperti biasa daripada situ. Senang kata, anda boleh mengakses laman web Google dalam tablet ini seperti dalam komputer riba Windows atau MacBook.

    Secara keseluruhannya, HUAWEI MatePad Pro 12.6 inci adalah sebuah produk tablet yang sangat menarik. Pada pendapat saya, ia sangat mampu untuk menggantikan sebuah komputer riba jika anda ingin bekerja di mana sahaja. Mungkin prestasi kamera yang agak hambar serta ketiadaan GMS adalah kekurangan yang agak ketara, namun perkara tersebut tidak akan mengecewakan anda jika produktiviti adalah keutamaan anda.

    Jika MatePad Pro ini tidak memenuhi keperluan anda, Samsung Galaxy Tab S7 yang berharga RM3,299 adalah alternatif yang sangat menarik untuk pengguna Android. Buat mereka yang tidak kisah dengan sistem operasi iPadOS pula, iPad Pro 11 inci berharga RM3,499 memberikan prestasi yang sangat pantas dengan cipset M1.

    Beritahu kami di Facebook jika ulasan ini membantu anda dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Spesifikasi teknologi

    • Skrin OLED HUAWEI FullView 12.6 inci, resolusi 2560×1600, gamut warna DCI-P3
    • Cipset HUAWEI Kirin 9000E
    • RAM 8GB
    • Storan 256GB, boleh dibesarkan dengan kad memori NM 256GB
    • Kamera utama 13MP + kamera ultra-lebar 8MP + sensor kedalaman 3D
    • Kamera swafoto 8MP
    • Bateri 10,050mAh
    • Pengecasan pantas 40W
    • Sistem operasi HarmonyOS 2
    • Pembesar suara HUAWEI Histen 7.0 Sound Effect
    • Dimensi 184.7mm x 286.5mm x 6.7mm

    Kelebihan: Binaan kukuh dan ringan, skrin yang sangat cantik, prestasi pantas

    Kekurangan: Mutu gambar rendah, tiada GMS

    Kesimpulan: Pengganti yang bagus kepada komputer riba

     

    Artikel Terkini

    Nubia Neo 2 5G akan dilancar di Malaysia pada 22 April 2024

    ZTE Malaysia telah memberi petunjuk ketibaan telefon pintar gaming jarak pertengahan di halaman Facebook yang akan dilancarkan pada 22 April 2024. Telefon...

    Meta AI umum akan datang ke Facebook, WhatsApp, Messenger dan Instagram kelak

    Meta AI yang dibina dengan Meta Llama 3 kini tersedia untuk beberapa negara di luar AS tetapi Malaysia masih belum menerimanya...

    HUAWEI nova 12i dilancar di Malaysia: SD 680, kamera 108MP dan storan 256GB pada...

    HUAWEI memperkenalkan HUAWEI nova 12i di seluruh negara, tambahan terbaru kepada siri nova dengan reka bentuk anggun. Ia menampilkan reka bentuk Cincin...

    Sony menukar polistirena kepada biopolimer biodegradasi dalam bungkusan untuk pelihara alam

    Sony merupakan syarikat pertama dalam industri yang menghapuskan penggunaan bahan kusyen buih polistirena untuk TV besar melibatkan BRAVIA 9 dan TV LED...

    Nothing Ear dan Ear (a) dilancar dengan ChatGPT terbina dalam bermula RM459

    Fon telinga terbaharu Nothing datang dalam dua model iaitu Nothing Ear dan Nothing Ear (a). Nothing Ear ialah tawaran perdana baharu yang...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X