fbpx
More

    Ulasan iPhone 11 – Kamerafon flagship 12MP yang sempurna

    Selepas Apple mengumumkan tentang siri iPhone11, kami tidak menyangka flagship ini tiba di Malaysia satu minggu selepas pengumuman tersebut dibuat. Walaupun dengan harga mahal, peranti ini masih habis terjual semasa pra-tempahan dan ramai yang menunggu untuk Apple Malaysia untuk menambah stok peranti. Biar betul?

    Jika anda terfikir sama ada iPhone 11 sememangnya seperti yang digembar-gemburkan, anda berada di tempat yang betul. Saya telah menggunakan iPhone 11 selama tiga bulan, jadi ini seperti biasa, ini merupakan ulasan saya. Adakah peranti ini masih relevan pada tahun 2020? Ini merupakan ulasan jangkamasa lama untuk iPhone 11.

    Reka bentuk – Masih reka bentuk iPhone klasik

    Apple sememangnya terkenal dengan perubahan kecil pada iPhone selama bertahun-tahun ini. Bergantung kepada bagaimana anda melihatnya, ia mungkin sesuatu yang baik atau buruk. Yang baiknya, mereka mengekalkan identiti iPhone yang ringkas. Jadi, pengguna boleh mengenali iPhone dengan hanya sekilas pandang. Yang buruknya, ada yang mengatakan Apple malas untuk membawa reka bentuk baru. Memang benar Apple tidak banyak mengubah rupa bentuk telefonnya, tetapi jangan pula kita lupa, Apple merupakan pelopor trend telefon dengan skrin bertakuk.

    Apple kembali dengan reka bentuk berkaca pada bahagian hadapan dan belakang, cantik juga kan.
    Butang senyap dan kelantangan (volume) klasik pada sebelah kiri, manakala port Lightning dan gril pembesar suara pada bahagian bawah (ada pada bahagian atas juga).
    Seperti biasa, cuma satu slot SIM. Butang power pada baris yang sama.
    Dwi-kamera belakang agak tersembul, tetapi masalah boleh selesai dengan menggunakan casing telefon (sangat digalakkan).

    Apple telah mengeluarkan reka bentuk kamera belakang yang mendapat sambutan agak berbelah bahagi pada tahun ini (dwi-kamera belakang untuk iPhone 11 dan tiga kamera untuk iPhone 11 Pro). Kami perlu akui ini merupakan momen benci atau cinta. Namun, reka bentuk ini sememangnya menarik perhatian dan kelihatan unik. Sekilas pandang pada bonjolan kamera belakang, orang akan tahu anda memiliki Apple iPhone 11.

    Tambahan pula, Apple dengan bijaknya memberi pilihan warna untuk iPhone 11 – putih, hitam, hijau, kuning, ungu dan paling popular dalam kalangan peminat, MERAH yang melambangkan sumbangan kepada Global Fund untuk melawan AIDS. Terdapat enam warna kesemuanya dan iPhone 11 berwarna vanila untuk memuaskan hati pengguna.

    Ciri teknologi dan spesifikasi – Mempersilakan lensa Ultra-lebar dan Mod Malam

    Siri iPhone 11 sebenarnya mempunyai cipset A13 Bionic dan kapasiti memori sama. Perbezaannya cuma pada saiz skrin dan material badan, modul kamera dan bateri. Jangan pandang rendah pada RAM 4GB kerana cara iOS beroperasi berbeza, keperluan kuasa yang kurang untuk pengoptimuman aplikasi. Untuk iPhone 11, storan memori terbesar yang anda boleh dapat adalah sehingga 256GB yang agak menarik dan paparan LCD berbanding OLED untuk varian Pro.

    Berikut merupakan ciri teknologi iPhone 11:

    • Cipset Bionic Apple A13
    • RAM 4GB
    • Storan dalaman 64GB, 128GB dan 256GB
    • Skrin Liquid Retina HD LCD 6.1 inci
    • Berukuran 150.9 x 75.7 x 8.3mm, dengan berat 194g
    • 12MP (utama, f/1.8, OIS) + 12MP (ultra-lebar, f/2.4) dwi-kamera belakang
    • 12MP (f/2.2) kamera hadapan
    • Menampilkan Face ID, IP68 tahan air dan habuk, Mod Malam, audio FaceTime, AirPlay mirroring, satu dulang nano-SIM, eSIM, Siri, pengecasan wayarles dan mengecas dengan pantas (sehingga 50% dengan adapter 18W)
    • Menyokong 4G LTE dengan 2×2 MIMO dan LAA, 802.11ax Wi‑Fi 6 dengan 2×2 MIMO, Bluetooth 5.0, NFC, VoLTE, sambungan port Lightning
    • Bateri 3110 mAh

    Walaupun ia merupakan versi bawah daripada varian Pro, iPhone 11 masih sebuah flagship yang berkuasa. Kita akan menyelusurinya pada bahagian prestasi kemudian. Naik taraf yang paling kelihatan daripada iPhone sebelumnya adalah model kamera. Berbanding menggunakan lensa telefoto, ia digantikan dengan lensa ultra-lebar 12MP dengan keluasan kira-kira 120° medan penglihatan.

    Apple agak sedikit kelewatan, tetapi untuk percubaan pertamanya, ia agak memuaskan. Dengan dwi-kamera utama 12MP ultra-lebar, ini membenarkan pengguna untuk menukar di antara mod-mod dengan mudah termasuklah rakaman video (walaupun semasa sedang merakam). Malangnya, lensa ultra-lebar mempunyai efek fish-eye jika anda mengambil gambar kumpulan pada jarak dekat dan tidak mempunyai Optical Image Stabilization (OIS) (kebanyakan telefon tidak ada).

    UI kamera tidak banyak berubah kecuali pilihan 16:9 baru dan penukaran kepada sudut ultra-lebar.

    Ciri lain yang diaplikasikan oleh Apple agak lewat adalah Mod Malam (relakslah Apple lancar siri telefon dia sekali je setahun) dan hasilnya agak memeranjatkan saya. Bukanlah berat sebelah, tetapi Mod Malam memang pada tahap yang berbeza. Bukan hanya mampu mengambil gambar di waktu malam, tetapi perisian mampu menganalisis secara automatik tentang keadaan dan keperluan pencahayaan. Sememangnya, anda perlu buat sendiri secara manual yang memberi anda kebebasan untuk menetapkannya.

    Selain itu, antara muka kamera juga lebih kurang kekal sama selain daripada Mod Potret dan efek High-Key Light Mono yang agak menarik. Teknologi Deep Fusion juga merupakan sebahagian daripada perisian kamera yang hadir kemudian pada kemas kini iOS 13. Namun, saya kurang pasti tentang perbezaannya. Apa pun, kualiti gambar memang mengagumkan dan saya tak sabar nak tunjuk gambar-gambarnya!

    Mod Potret dengan High-key Light Mono merupakan edisi terbaru.
    Mod Gelap tersedia pada iOS 13 yang terkini.
    Perbezaan di antara mod biasa dan ultra-lebar pada tempat yang sama.
    Perbezaan di antara mod biasa dan mod malam.
    Percayakah anda gambar ini diambil pada waktu tengah malam semasa lampu telah ditutup?

    Prestasi – 11/10

    Dengan cipset Bionic A13 dalam tangan, tidak mengejutkan apabila iPhone 11 mampu menangani game bergrafik tinggi. Prestasi bateri juga lebih baik daripada yang dijangkakan kerana biasanya saya tidak fikir untuk mengecas iPhone 11 saya seharian kecuali bila ada sesi gaming. Pengecasan agak menjadi isu kerana ia tidak hadir bersama pengecas pantas. Jadi, sama ada anda membelinya atau meminjamnya.

    Ciri tahan air dan habuk dinaik taraf ke IP68 yang bermakna iPhone 11 kini boleh menyelam sedalam 2 meter di dalam kolam selama 30 minit. Walau bagaimanapun, saya tak galakkan anda membawa peranti ini untuk berenang dalam laut kerana garam laut. Perlu anda ketahui juga tentang cipset Bionic A13 yang membantu kelancaran rakaman video 4K @ 60fps.

    Seperti kebanyakan aplikasi game mudah alih lain, iPhone 11 akan mengubah suai secara automatik tetapan tertinggi Call of Duty: Mobile melalui default.
    Untuk perbandingan, telefon Android teratas pada tahun 2019 dalam AnTuTu tidak mencapai mata 400,000.
    Dilimpahi kuasa, tak terkejut pun.
    Carta hidup bateri, iPhone 11 mampu bertahan lebih dari sehari dengan mudah.

    Akhirnya, bahagian ulasan paling saya suka – fotografi! Telah saya nyatakan tentang Mod Malam, tetapi tidak menyentuh tentang kualiti fotonya. Adakah ia mampu bersaing dengan telefon Android berkamera 108MP? Setiap kali kawan saya tanya, saya biarkan gambar sendiri berbicara.

    Satu gambar menarik yang saya suka kongsikan kepada rakan dan keluarga adalah gambar sarang semut di bawah. Sekilas pandang, ia kelihatan seperti gambar biasa, tetapi bila anda zoom ke dalam, semut dan tanah kelihatan sangat jelas! Perlu saya ingatkan bahawa tiada penipuan kamera di sini. Cuma sensor 12MP dengan perisian Deep Fusion untuk menyediakan kualiti terbaik mungkin dan ini adalah bukti kejayaan teknologi kamera Apple. Apa pun, jom tengok contoh gambar di bawah!

    Gambar sarang semut seperti yang dikatakan, Mod Potret.
    Gambar ini telah di-crop dari gambar di atas, apa pendapat anda?
    Gambar jarak dekat tak menajdi masalah untuk iPhone 11.
    Tengok butiran gambar ini (filter silvertone)!
    Seperti biasa, tangkapan ultra-lebar sesuai untuk aktiviti luar.
    Gambar ultra-lebar dengan nisbah 16:9.
    Gambar ultra-lebar lain dengan nisbah sama.
    Gambar biasa.
    Kontras warna bukan sahaja terang, tetapi tidak terlalu digital seperti kebanyakan telefon Android lain.
    Fotografi dalam pencahayaan rendah? Tak ada masalah.
    Pencahayaan rendah + mod potret + filter silvertone.
    Dalam Mod Malam, iPhone biasanya menetapkan exposure panjang secara automatik untuk anda. Anda boleh menutupnya dengan menetapkan sensitiviti cahaya secara manual.
    Filter Noir untuk gambar Mod Malam.
    iPhone 11 juga mampu dalam astrofotografi, tetapi anda perlu menjauhi pencemaran cahaya lampu bandar.
    Akhir sekali, Mod Potret menggunakan Natural Light (kiri) dan High-Key Light Mono (kanan). Perubahan latar belakang dengan mudah juga sangat menarik.

    Kesimpulan – Lebih dari cukup untuk pengguna iPhone kasual

    Selepas penggunaan selama tiga bulan, tidak banyak yang boleh dirungut tentang iPhone 11. Reka bentuk minimalis yang ringkas, keupayaan kamera bagus dan prestasi yang berkuasa dalam gaming dan bateri. Kekurangannya cuma pada efek fish-eye pada lensa ultra-lebar, tetapi ia cuma terjadi pada jarak dekat dan tentunya, harga permulaan untuk model 64GB adalah RM3399.

    Untuk perbandingan, saya rasa dua flagship yang boleh bersaing dengan iPhone 11 adalah Samsung Galaxy S10e (berharga RM2699) dan OnePlus 7T (berharga RM2599). Sebabnya ialah ketiga-tiga flagship ini merupakan versi di bawah varian Pro yang menampilkan tetapan kamera sama, kecuali OnePlus 7T dengan lensa telefoto tambahan. Dengan ini, OnePlus 7T adalah peranti dengan nilai yang baik di antara ketiga-tiga peranti flagship ini. Namun, jika anda mahukan pengalaman iOS, iPhone 11 sememangnya pilihan yang tepat.

    Apa pendapat anda? Beritahu kami di ruangan komen melalui Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk lebih berita dan ulasan terkini.

    Video versi bahasa Inggeris untuk memilih siri iPhone 11 mana yang sesuai dengan anda

    Diterjemahkan daripada TechNave.com

     

    Artikel Terkini

    PM lancarkan Malaysia Artificial Intelligence Nexus, galakkan pembangunan pantas dalam ekosistem AI

    Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata Malaysia perlu bergerak pantas dalam membina ekosistem yang memacu perkembangan dan penggunaan teknologi kecerdasan buatan...

    Ulasan OPPO A60 – Telefon murah tapi tahan lasak!

    OPPO bukan lagi jenama telefon pintar yang asing di Malaysia. Selain menawarkan telefon tercanggih dalam siri OPPO Find, mereka turut menawarkan telefon...

    Telegram sedia bantu kerajaan menangani isu cetak rompak digital – Fahmi Fadzil

    Telegram bersedia untuk bekerjasama dengan kerajaan Malaysia untuk memerangi cetak rompak digital yang berleluasa di platformnya, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil. Tambahnya,...

    OPPO Football Fever Mid-Year Sale tawarkan diskaun sehingga RM200!

    Sempena kehangatan Liga Juara-Juara UEFA yang sedang berlangsung, OPPO telah mengumumkan Football Fever Mid-Year Sale untuk 2024 dengan membawakan pelbagai promosi menarik...

    CelcomDigi beri laporan program integrasi dan pemodenan rangkaian di Malaysia

    Menurut CelcomDigi, mereka telah menyelesaikan 44% daripada program integrasi dan pemodenan rangkaian seluruh negara (NIM). Kerja-kerja ini mengambil masa lebih awal daripada...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X