fbpx
More

    Ulasan iPhone 13 Pro – Adakah berbaloi untuk anda menaik taraf?

    Apabila siri Apple iPhone 13 diumumkan, sambutan terhadap siri andalan baharu ini kelihatan suam-suam kuku. Namun, kami terbukti salah apabila pra-pesanan dan jualan siri iPhone 13 mendapat jumlah yang tinggi di Malaysia. Stok terhad dan pengguna terpaksa menunggu selama sebulan atau dua untuk mendapatkan iPhone 13 Pro ini.

    Jika anda pengguna iPhone 12 Pro seperti saya, anda mungkin tertanya-tanya sama ada anda perlu menaik taraf kepada iPhone 13 Pro. Terdapat dua jawapan iaitu ya dan tidak. Ini adalah ulasan iPhone 13 Pro dan anda digalakkan untuk membaca semua tentang pengalaman saya di bawah.

    Reka bentuk – Rupa premium yang sama

    Anda perlu tahu bahawa Apple mempunyai tabiat membuat perubahan minimum pada barisan iPhonenya. Hampir tidak ada perbezaan antara iPhone 13 Pro dan iPhone 12 Pro. Rupa dan reka bentuk premiumnya mempunyai kesederhanaan yang menjadikannya peranti itu mudah dikenali. Sesiapa sahaja boleh mengecam peranti ini walaupun seseorang itu bukan peminat teknologi.

    Reka bentuk luaran iPhone 13 pro
    Anda boleh lihat kesan cap jari pada bahagian sisi bingkainya yang diperbuat daripada aluminium
    Butang standard yang terdapat pada iPhone (butang bisu, pembesar suara dan port kad sim)

    Kedua-dua iPhone mungkin kelihatan sama pada pandangan pertama. Modul tiga kamera belakang pada iPhone 13 Pro mempunyai sensor yang lebih besar yang mana memainkan peranan penting dalam prestasi kamera (kita akan mengetahuinya kemudian). Selain itu, warna istimewa bagi siri iPhone 13 tahun ini ialah Sierra Blue. Secara peribadi, saya lebih suka warna Pacific Blue tahun lepas tetapi sesetengah daripada anda mungkin lebih menyukai Sierra Blue.

    Spesifikasi dan ciri teknikal – Akhirnya dilengkapi ciri utama

    Berikut ialah senarai lengkap spesifikasi iPhone 13 Pro:

    • Cipset Apple Bionic A15
    • RAM 6GB
    • Storan dalaman 128GB, 256GB, 512GB dan 1TB
    • Paparan Super Retina XDR 6.1 inci
    • Bersaiz 146.7 x 71.5 x 7.65mm, berat 203g
    • Tiga kamera belakang – 12MP (utama) + 12MP (ultralebar) + 12MP (telefoto)
    • Kamera swafoto – 12MP
    • Mempunyai Face ID, kalis air dan habuk IP68, kadar penyegaran adaptif ProMotion sehingga 120Hz, Mod Makro, Mod Sinematik, rakaman video ProRes sehingga 4K pada 30FPS, ProRAW, OIS anjakan Sensor, pengecasan MagSafe
    • Menyokong 5G, 4G LTE, Wi‑Fi 6 (802.11ax) dengan sambungan 2×2 MIMO, Bluetooth 5.0, NFC dan VoLTE
    • iOS 15
    • Bateri 3095mAh

    Kepada yang belum tahu, iPhone 13 Pro tidak mempunyai spesifikasi perkakasan yang menarik seperti kebanyakan telefon pintar Android. Saya telah menjelaskannya pada setiap ulasan iPhone sebelum ini. Hal ini adalah kerana kerana cara iOS itu sendiri beroperasi. IOS lebih baik dalam mengoptimumkan aplikasi pada latar belakang dengan penggunaan kuasa yang kurang. Selain itu, cipset Bionic A15 berdasarkan teknologi 5nm menjadikannya cekap dalam penggunaan kuasa dan menjadikannya lebih baik daripada generasi sebelumnya.

    Adalah perkara biasa bagi Apple apabila lewat untuk menghasilkan ciri andalan bagi perantinya. Sebagai contoh, paparan kadar penyegaran 120Hz yang telah wujud selama lebih setahun akhirnya dibawakan pada iPhone 13 Pro. Skrin OLEDnya menggunakan teknologi superfluid dan ia sangat jelas apabila anda bermain game dengan kadar bingkai tinggi seperti Call of Duty Mobile dan terasa berbeza apabila anda memainkannya pada telefon andalan Android. Untuk lebih menjimatkan hayat bateri, ProMotion telah disepadukan untuk melaraskan kadar penyegaran secara automatik daripada 10Hz kepada 120Hz.

    Kadar segar semula antara iPhone 12 Pro (kiri) dan iPhone 13 Pro (kanan)
    Sensor kamera iPhone 13 Pro lebih besar daripada iPhone 12 Pro

    Untuk iPhone 13 Pro dan iPhone 13 Pro Max, Apple memberi banyak penekanan pada ciri kamera baharunya. Mod makro akhirnya membuat kemunculan pada siri iPhone 13 Pro walaupun ia merupakan ciri lama pada telefon Android. Mod makro Apple berada pada tahap tersendiri dan ia muncul secara automatik apabila anda mendekati subjek sehingga 2cm.

    Terdapat juga Mod Sinematik baharu yang turut muncul pada iPhone 13 dan iPhone 13 mini. Ciri ini direka untuk membantu semua pengguna mencapai tangkapan sinematik yang lancar dengan menekan butang rekod. Ia juga menyokong Dolby Vision dan penyuntingan apertur. Anda boleh menganggap Mod Sinematik serupa dengan Mod Potret tetapi untuk segmen video.

    Mod sinematik (kiri) dan Photographic Styles filter (kanan)

    Selain itu, anda boleh memilih Gaya Fotografi untuk pilihan tetapan warna dan kecerahan untuk foto anda. Sejujurnya, saya tidak begitu nampak kesan dengan penambahan ini kerana anda masih boleh menetapkan ton warna selepas mengambil gambar. Tetapi, saya rasa ia membantu jika anda ingin menetapkannya ketika sesi menangkap gambar. Akhir sekali, ProRes memberikan pilihan untuk merakam video berkualiti super tinggi sehingga 4K pada 60FPS yang boleh mengambil storan 6GB (dan ke atas) untuk satu minit rakaman.

    Prestasi – Perbezaan minimum?

    Mungkin anda tertanya-tanya mengapa saya menulis subtajuk “perbezaan minimum”. iPhone 12 Pro sendiri sudah pun menjadi peranti berkuasa dengan prestasi peringkat atasan. Dengan cipset A15 Bionic, iPhone 13 Pro lebih berkuasa berbanding sebelum ini tetapi sukar untuk membezakan prestasi antara kedua-dua peranti ini. Walau bagaimanapun, ProMotion sedikit sebanyak membantu untuk meningkatkan pengalaman ketika sesi gaming.

    Automatik grafik maksimum ketika bermain game Asphalt 9
    Skor ujian AnTuTu (kiri) dan 3DMark (kanan)
    Anda boleh tetapkan kesan grafik kepada maksimum ketika bermain game Genshin Impact (tetapi bateri akan habis dengan cepat)
    Bermain game menyebabkan kehabisan bateri dengan cepat namun untuk penggunaan harian ia adalah sangat sesuai dan tahan

    Sebelum ini, saya sudah menyebut bahawa skrin dengan kadar penyegaran 120Hz mungkin yang terbaik yang pernah gunakan. Setakat ini, saya telah bermain banyak game Call of Duty Mobile pada beberapa telefon andalan (termasuk iPhone). Tetapi dengan telefon ini, grafiknya SANGAT LANCAR. Anda boleh memaksimumkan semua tetapan grafik untuk mana-mana game mudah alih dengan telefon ini. Malah Genshin Impact akhirnya boleh menggunakan kadar penyegaran dengan kadar 120Hz pada iPhone 13 Pro ini. Perlu diingatkan bahawa baterinya habis dengan lebih cepat kerana ia ‘bekerja keras’ untuk mengoptimumkan pengalaman bermain game.

    Bercakap tentang bateri, anda mungkin tidak pasti dengan angka mAh pada iPhone 13 Pro. Tetapi, lebih mengejutkan baterinya boleh bertahan lebih lama daripada yang dijangkakan. Untuk pengetahuan, saya membawa telefon ini selama tiga jam pergi ke taman untuk sesi fotografi dan ia menunjukkan bateri 75%! Biasanya telefon andalan akan memerlukan banyak kuasa pemprosesan untuk menghasilkan foto berkualiti tinggi (yang menghabiskan bateri dengan cepat). Tetapi iPhone 13 Pro nampaknya menunjukkan kualiti tersendiri dalam ujian ini.

    Bercakap tentang fotografi, prestasi kamera iPhone 13 Pro adalah sama terbaik seperti yang anda jangkakan. Apertur pada sensor 12MP ini membolehkan pengambilan cahaya yang lebih tinggi. Malangnya, sukar untuk membezakan sama ada terdapat peningkatan yang ketara berbanding generasi sebelumnya. Namun, Mod makro membuatkannya berbeza dengan iPhone 12 Pro. Anda boleh menyemak sampel foto kami di bawah untuk menilai sendiri.

    Warna kontras saya boleh beri skor A+
    Mod ultra-lebar, kadar jarak dinamik yang sangat mantap
    Mod kamera biasa
    Mod potret
    Mod makro
    Mod makro no. 2
    Mod makro no. 3
    Gambar amat terang walaupun situasi sebenarnya dalam keadaan gelap
    Mod ultra-lebar ketika matahari terbenam
    Mod malam, mirip iPhone 12 Pro tetapi dengan peningkatan pencahayaan

    Kesimpulan – Ia masih iPhone terbaik (tetapi saya kekal bersama 12 Pro)

    Jadi, untuk menjawab soalan pertama, adakah pengguna iPhone 12 Pro perlu menaik taraf kepada iPhone 13 Pro atau hanya menunggu generasi seterusnya? Secara peribadi, saya rasa saya cukup gembira dengan telefon yang saya gunakan sekarang iaitu iPhone 12 Pro. Jadi, saya tidak mengesyorkan untuk menaik taraf. Tetapi jangan silap, iPhone 13 Pro dan Pro Max adalah andalan terbaik daripada Apple.

    Sudah pasti tanda harga sering menjadi topik hangat di kalangan peminat teknologi terutamanya rakyat Malaysia. Pada harga permulaan RM4899, iPhone 13 Pro (128GB) lebih mahal daripada kebanyakan telefon pintar Android. Jika anda mahukan model 1TB, harganya lebih mahal iaitu RM7199. Tetapi dengan tanda harga yang tinggi, ia mungkin tidak menjadi masalah bagi kebanyakan pengguna Apple. Ia terbukti daripada jumlah unit pra-pesanan yang habis dijual di Malaysia.

    Daripada segi persaingan, beberapa telefon Android segmen andalan boleh mencabar iPhone 13 Pro. Jika anda mempunyai bajet yang lebih rendah, pertimbangkan Samsung Galaxy S21+ 5G (bermula dari RM4299) atau Sony Xperia 5 III (RM4599) yang mempunyai sistem kamera yang baik. Ia bergantung sama ada anda meminati ekosistem iOS atau tidak. Pilihan ditangan anda.

    Namun, apa pendapat anda tentang Apple iPhone 13 Pro? Adakah kami terlepas apa-apa lagi dalam ulasan? Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Aeon Bank bakal mulakan operasi perbankan digital Islam pada akhir suku kedua 2024

    Aeon Bank (M) Bhd, yang merupakan salah satu daripada lima pemegang lesen perbankan digital di Malaysia, bakal memulakan operasi serta melancarkan aplikasi...

    Perkhidmatan ETS KTM bakal bermula di Segamat, Johor pada 1 Julai 2024

    Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTM) telah memberikan pendedahan mengenai Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) akan datang di Segamat, Johor yang akan mula beroperasi...

    realme Narzo 70x 5G akan dilancar pada 24 April 2024

    realme akan melancarkan telefon pintar mampu milik, realme Narzo 70x 5G, pada hari Rabu, 24 April 2024 di India jam 12:00 tengah...

    vivo Y200i dilancar: SD 4 Gen 2, bateri 6,000mAh, cas pantas 44W, skrin 120Hz...

    vivo telah memperkenalkan telefon pintar kelas permulaan terbaru di China iaitu vivo Y200i. Ia merupakan varian terbaru yang menggunakan penjenamaan tersebut, selepas...

    Infinix Malaysia ajak anda ke XFans Road Tour, boleh cuba sendiri NOTE 40 Series...

    Infinix Malaysia akan menganjurkan jelajah jerayawara XFans Road Tour di dua bandar utama dalam Semenanjung Malaysia bagi mengajak para pengguna untuk cuba...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X