fbpx
More

    Ulasan MSI PS63 Modern – Komputer riba berfokuskan produktiviti yang mementingkan ciri mudah alih

    Pada masa kini, komputer riba merupakan peranti elektronik serba boleh yang berupaya melakukan apa sahaja bermula dari pengeditan video, pengubah suaian dokumentasi elektronik, sehinggalah ke pengeditan gambar. Dengan ini, MSI PS63 Modern adalah tidak terkecuali kerana peranti ini adalah untuk pengguna mudah alih yang memerlukan komputer riba ringan berfokuskan produktiviti.

    Dengan harga terkini RM4799, komputer riba ini merupakan salah satu komputer riba paling ringan pernah saya gunakan dengan berat hanya 1.6KG dan ketebalan 15.9mm apabila ditutup. Walaupun komputer riba ini ringan dan tiris, bateri terbina dalam (bulit-in) berupaya untuk memastikan komputer riba hidup sehingga 16 jam sebelum perlu dicas semula.

    Menyingkap ke dalam komputer riba, anda akan disapa trackpad besar unik dengan sensor cap jari (fingerprint) berkapasitif pada bahagian atas sebelah kiri yang menyokong Windows Hello. Trackpad besar menjadikan komputer riba agak senang digunakan, terutamanya jika anda terlupa membawa tetikus dan perlu bekerja menggunakan lebih satu monitor pada satu masa.

    Berkenaan monitor, komputer riba hadir dengan panel FHD IPS 15.6 inci yang hampir kepada sokongan 100% sRGB. Dengan tambahan bezel tiris 5.6mm, ia memberikan komputer riba ini nisbah skrin-ke-badan 86%. Jika anda melihat lebih dekat pada paparan di bahagian atas, anda dapat menemui satu kameraweb (webcam) HD kecil yang boleh digunakan untuk panggilan video apabila perlu. Mengenai kualiti badan komputer riba, engselnya kelihatan agak kuat kerana terdapat sedikit bengkokan di atas paparan housing.

    MSI PS63 Modern menawarkan port yang banyak seperti port HDMI, port USB 3.1 GEN1 Type-A, pembaca kad MikroSD, port USB Type-C, slot kombo bicu audio, USB 3.1 Type-A dengan sokongan QC3.0. Slot USB Type-A dengan sokongan QC3.0 membenarkan pengguna mengecas peranti pintar mereka 4 kali lebih pantas berbanding port USB Type-A biasa, yang mana sangat berguna untuk pengguna dengan rutin mudah alih.

    Mengenai prestasi, komputer riba ini menonjolkan kehebatan dalam aspek tugasan reka bentuk, kreativiti dan produktiviti oleh kerana paparan dengan gabungan hampir 100% sRGB. Tambahan pula, kebanyakan perisian kreatif biasanya dioptimumkan untuk kegunaan teras campuran dan jalur campuran pada processor 8th Generation Intel Core-i7 yang terbina di dalam komputer riba.

    Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna PS63 Modern tidak berupaya untuk menjalankan game kerana Dota 2, League of Legends dan Counter-Strike: Global Offensive berjalan dengan lancar melalui tetapan grafik rendah atau medium. Ini merupakan sumbangan daripada Nvidia GTX 1050 Max-Q. Semasa gaming, saya menyedari tentang tempat rehat tangan di atas komputer riba agak suam sedikit, tetapi masih selesa disentuh.

    Kesimpulannya, MSI PS63 Modern merupakan calon yang sesuai jika anda mencari komputer riba ringan yang memfokuskan produktiviti. Sebagai tambahan, MSI PS63 juga berfungsi dengan baik semasa gaming selagi tetapan grafik ditetapkan sama ada pada tahap rendah atau medium.

    Satu-satunya perkara yang kurang digemari mengenai komputer riba ini adalah kehadiran pembaca kad MikroSD berbanding pembaca kad SD bersaiz biasa. Hal ini mungkin kelihatan tidak penting buat sesetengah pengguna, tetapi perlu diingatkan bahawa majoriti peralatan rakaman profesional seperti kamera menggunakan kad SD bersaiz penuh.

    Dengan harga RM4799, tidak banyak komputer riba di pasaran yang setanding dengan MSI PS63 Modern. Walau bagaimanapun, jika anda berminat untuk menghasilkan kandungan anda pada tahap yang seterusnya, anda perlu pertimbangkan untuk menaikkan bajet anda. Jadi, anda boleh dapatkan Acer ConceptD 3 Pro yang harganya bermula dari RM5999, hadir dengan cipset 9th Generation Intel dan RAM mencapai sehingga 32GB.

    Seterusnya, ConceptD 3 Pro juga dilengkapi kad grafik Nvidia Quadro T1000 dengan paparan FHD IPS 15.6 inci bersama kadar Delta E<3 yang penting dalam pengurusan grafik dan kandungan video. Jika anda lebih suka mendapatkan sesuatu yang lebih murah, anda mungkin ingin pertimbangkan Acer Aspire 5 yang bermula dengan harga RM3699 yang hadir dengan spesifikasi lebih kurang sama atau lebih rendah berbanding PS63 Modern.

    Senarai ciri dan spesifikasi teknologi MSI PS63 Modern 8RC:

    • Processor 8th generation Intel Core i7-8565U
    • Menyokong RAM DDR4 sehingga 32GB
    • 512GB NVMe PCIe SSD
    • Paparan 15.6-inch FHD
    • Nvidia GTX 1050 Max-Q dengan 4GB GDDR5
    • 1x Type-C (USB3.1 Gen1 / DP), 1x Type-A USB3.1 Gen1/ QC3.0, 1x HDMI Port, Type-A USB3.1 Gen1, Type-A USB3.1 Gen2
    • Menyokong sama ada Windows 10 Home or Windows 10 Pro
    • 356.8 x 233.7 x 15.9 mm | 1.6kg
    • 802.11 ac Wi-Fi + Bluetooth v5
    • Papan kekunci bercahaya di belakang

    Kelebihan dan Kekurangan

    Kelebihan – Ringan dan tiris, bersesuaian dengan pengguna yang sentiasa bergerak ke mana sahaja. Dilengkapi kad grafik yang baik, membenarkan pengguna untuk memainkan kebanyakan game e-sukan pada tetapan rendah atau medium.

    Kekurangan – Penambahan pembaca kad MikroSD berbanding pembaca kad SD bersaiz penuh menjadi satu persoalan kerana kebanyakan peralatan rakaman profesional menggunakan kad SD bersaiz penuh.

    Ringkasan – Komputer riba berfokuskan produktiviti yang mementingkan ciri mudah alih dengan harga kurang dari RM5k.

    Diterjemahkan daripada TechNave.com

     

    Artikel Terkini

    Siri iQOO Z9 disahkan SIRIM, mungkin dilancar di Malaysia tidak lama lagi

    iQOO sedang bersiap sedia untuk melancarkan siri iQOO Z9 di China tidak lama lagi dengan jangkaan model standard akan menampilkan spesifikasi berbeza...

    Acer lancarkan Swift Go 14: Dinaik taraf dengan Intel Core Ultra 9 berharga RM3,899

    Acer Malaysia telah memperkenalkan versi terkini bagi siri Acer Swift Go 14 yang nipis dan ringan, menampilkan grafik Intel ARC untuk meningkatkan...

    Acer Swift Go 14 (2024) dilancar di Malaysia: Komputer riba dengan fungsi AI, skrin...

    Pada hari ini, Acer Malaysia melancarkan komputer riba multimedia Acer Swift Go 14 terbaru yang menampilkan rekaan nipis (14.9mm) dan ringan (1.32kg),...

    NASA sahkan objek yang menembusi bumbung di AS adalah serpihan roket

    Pada 8 Mac 2024, satu serpihan roket angkasa lepas dari Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) terhempas dan menembusi bumbung sebuah rumah di Naples,...

    Panduan beli-belah gajet dan peranti murah sempena Hari Raya 2024!

    Sambutan Hari Raya Aidilfitri merupakan salah satu daripada perayaan terbesar di Malaysia, jadi pelbagai syarikat teknologi dan elektronik akan mengambil kesempatan ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X