fbpx
More

    Ulasan OnePlus 7 Pro – Memperkenalkan peranti flagship yang sebenar

    Sejujurnya, saya merupakan penyokong OnePlus yang agak tegar. Sejak pelancaran OnePlus 5, kami telah memberi banyak pujian kepada OnePlus di dalam ulasan kami. Sekarang, tibalah masanya untuk lihat jika OnePlus 7 Pro layak mendapat pujian yang sama.

    Dengan harga yang bermula dari RM2999, OnePlus Pro 7 jelasnya bukan lagi pembunuh peranti flagship seperti peranti sebelumnya. Dengan ciri dan spesifikasi yang dinyatakan, saya boleh katakan ia lebih kepada pesaing peranti flagship. Terfikir apa yang membuatkan peranti ini sebagai bintang peranti flagship? Teruskan membaca.

    Reka bentuk – Ringkas, tetapi premium

    Berbeza dengan OnePlus yang lepas, 7 Pro memiliki sedikit peningkatan dari segi reka bentuknya. Peranti ini direka dengan kaca di panel hadapan dan belakang, dilengkapi paparan sisi dwi-lengkung (dual-curve) yang membuatkan peranti seperti lebih tiris. Namun, peranti masih sebuah peranti besar dengan paparan besar 6.67 inci (saiz dan tahap nipis sama seperti Samsung Galaxy Note 9).

    Kamera pop-up kemas

    Bahagian belakang peranti kelihatan minimal dengan hanya satu reka bentuk kamera. Kamera pop-up membuatkan paparan skrin penuh tanpa bezel kelihatan mengagumkan tanpa takuk dan potongan.

    Di bahagian kiri dan kanan peranti andalah kawalan kelantangan (volume) dan butang power, manakala gril pembesar suara, dulang SIM dan USB Type-C diletakkan di bahagian bawah. Malangnya, bicu headphone hilang (aduhai).

    Di atas butang power adalah gelongsoran notifikasi (alert slider). Ia menawarkan tiga posisi berbeza untuk dipilih seperti mod bunyi, senyap dan getaran
    Dulang dwi-SIM dua sisi
    Apa yang ada di dalam kotak

    Ciri dan spesifikasi – Padat dengan spesifikasi berkuasa

    Sebagai pesaing peranti flagship, OnePlus 7 Pro dilengkapi dengan cipset terbaik Snapdragon 855 bersama RAM 8GB + storan 256GB, kamera pop-up dan paparan dengan nilai penyegaran (refreshment rate) 90Hz. Kelihatan seperti OnePlus cuba untuk memandu semua yang dimahukan oleh pengguna ke jalan peranti flagship.

    Nilai Penyegaran 90Hz memberikan pengalaman lancar dalam setiap laman utama, FB, Instagram, YouTube dan Internet. Oleh kerana masalah teknikal, saya tidak dapat memaparkan pengalaman lancar di sini, tetapi untuk pengetahuan anda, terdapat pilihan untuk anda pilih bagi nilai penyegaran sama ada 90Hz atau 60Hz.

    Berkenaan kamera, OnePlus 7 Pro mempunyai tetapan 3 kamera yang mengandungi Sensor Sony IMX586 (kamera utama belakang) + 16MP (117 degree sudut-lebar) + 8MP (3x zum optikal). Ini semua menawarkan fleksibiliti yang baik terhadap jenis gambar yang anda ingin ambil.

    Mengenai kamera selfie, ia mempunyai sensor kamera pop-up 16MP yang hadir dengan AI Face Beauty, mod potret dan mod gerak perlahan (slow motion). Jika anda ingin mencipta pelekat maya (stickers) menggunakan gambar anda, anda memerlukan aplikasi pihak ketiga lain.

    OnePlus 7 Pro mempunyai salah satu daripada sensor cap jari dalam paparan (fingerprint in-display) dengan proses yang sangat pantas, tepat dan selamat. Walaupun ia hadir dengan facial unlock, saya tidak mempercayai sepenuhnya realibiti sistem ini. Saya masih rasa penyahkuncian menggunakan sensor cap jari dalam paparan lebih boleh diharap.

    Peranti ini dikuasai OxygenOS 9.5 berasaskan Android 9 Pie dengan hanya aplikasi asas dan sedikit jumlah perisian remeh (bloatware) (selain dari Google Pixel) yang dapat dilihat. Secara keseluruhan, spesifikasi secara idealnya bagus dan saya hargai nilai penyegaran 90Hz yang membuatkan pengalaman penatalan (scrolling) pada antaramuka (interface) sangat lancar.

    Mengenai peranti

    Prestasi – Prestasi meliar!

    OnePlus sentiasa dikenali dengan prestasi menjanjikan yang baik. Dengan OnePlus 7, OnePlus telah melangkaui peranti lain dengan mata AnTuTu sebanyak 371,349 dan berada dalam kalangan tempat teratas. Pada 3DMark, peranti ini mencapai skor sebanyak 5500 melalui OpenGL (saya tidak pernah lihat skor yang sebegitu tinggi sebelum ini) dan hampir 5000 pada Vulkan. Keputusan yang mengagumkan!

    Tanpa keraguan, pengalaman gaming adalah hebat. Gameplay PUBG Mobile berjalan dengan lancar dan kemas tanpa lag atau frame jatuh (frame drop) walaupun ditetapkan pada tetapan tertinggi (peranti masih tidak menyokong grafik Ultra HD). Peranti berfungsi dengan baik pada Honkai Impact 3 dan Final Fantasy IX yang agak memerlukan prestasi grafik.

    Tiada lag semasa bermain game ini!

    OnePlus 7 Pro tidak panas semasa permainan game, tetapi agak sedikit suam semasa menggunakan kamera yang mana merupakan isu biasa peranti. Bateri berprestasi agak baik, bertahan sehingga 14 jam walaupun dengan meninggalkan GPS aktif atau bermain game bergrafik tinggi.

    Berkenaan audio, terdapat gelongsoran notifikasi untuk melaraskan kelantangan media dan Dolby Atmos yang membawa pengalaman bunyi yang imersif. Walaupun peranti kekurangan bicu headphone 3.5mm, ini sangat bermakna kerana terdapat banyak headset menggunakan Bluetooth di pasaran. Isyarat agak kuat, memadai untuk anda tidak perlu risau tentang kehilangan isyarat.

    Penarik seterusnya ialah kamera. Sejujurnya, sejak kemunculan OnePlus 5T, kebanyakan peranti OnePlus agak tidak memenuhi jangkaan kerana tiada lensa telefoto. Lensa telefoto akhirnya membuat kemunculan kembali dengan OnePlus 7 Pro yang hadir bersama dengan lensa ultra sudut-lebar dan pengoptimuman perisian. Jom lihat contoh gambar di bawah!

    Gambar makanan selalu buat saya lapar
    Diambil dengan lensa telefoto
    Gambar matahari terbenam yang cantik dengan lensa telefoto
    Banyak butiran yang boleh ditangkap menggunakan kamera utama
    Gambar lampu dan cahaya menggunakan lensa ultra-lebar memperlihatkan ia seakan bersinar dalam kegelapan
    Kamera utama berfungsi seperti peranti flagship
    Anda boleh lihat keseluruhan pokok ini dengan lensa sudut-lebar
    Anda boleh lihat banyak lagi dengan penggunaan lensa yang berlainan
    Anda boleh lihat pantai dari sudut yang berbeza dengan lensa yang berbeza
    Gaya dan sudut berbeza boleh diambil dengan kamera sudut lebar
    Lensa kelihatan hampir seperti mikroskop
    Tangkapan waktu malam yang menakjubkan
    Warna masih kekal dengan mod malam
    Hai, ini saya!

    Kesimpulan – Harga tidak mempamerkan prestasi

    Harga jualan RM2999 mungkin bukan harga yang rendah, tetapi jika anda berhajat untuk melabur dalam peranti flagship, OnePlus 7 Pro adalah pilihan bijak. Menawarkan paparan penuh 90Hz, kamera yang hebat dan Qualcomm Snapdragon 855 yang terbaru dengan memori yang banyak, OnePlus 7 Pro boleh melakukan apa sahaja dengan mudah termasuk gaming dan fotografi.

    Pesaing terdekat dengan prestasi kamera dan spesifikasi sama adalah Huawei P30 (RM2299) dan Xiaomi Mi 9 (RM1699). Walau bagaimanapun, OnePlus 7 Pro mempunyai spesifikasi teknologi lebih baik dan lancar penggunaannya berbanding Huawei P30 (berdasarkan keputusan penanda aras AnTuTu), manakala ia lebih baik dari Xiaomi Mi 9 bagi aspek skrin paparan dan kapasiti bateri. Apa pun, ia bergantung kepada pilihan sendiri kerana 2 peranti selain OnePlus 7 Pro mempunyai kelebihan yang tersendiri.

    Untuk peranti pintar terkini, nantikan di TechNave.com.

     

    Artikel Terkini

    Dyson Airstrait kini boleh didapati di Malaysia pada harga RM2,599

    Dyson memperkenalkan Dyson Airstrait, alat penggayaan rambut revolusioner yang menawarkan pelurus basah ke kering menggunakan udara, menghapuskan keperluan untuk plat panas dan...

    Siri HUAWEI P70 mungkin dilancar pada 2 April 2024

    HUAWEI bersedia untuk memperkenalkan siri HUAWEI P70 pada 2 April 2024, seperti yang ditunjukkan oleh tangkapan skrin yang tersebar di Weibo. Kebocoran...

    Siri vivo V30 5G dedahkan rahsia kesempurnaan potret dengan kelebihan Zeiss

    Dengan bangga, vivo Malaysia mempersembahkan siri vivo V30 5G yang begitu dinantikan di negara kita. Penuhi keperluan teknologi anda dengan peranti yang...

    iPhone 12 dapat sokongan cas tanpa wayar Qi2 15W pada iOS 17.4

    Keluaran kemas kini Apple baru-baru ini, iOS 17.4 mendapat perhatian terutamanya kerana pematuhannya dengan Akta Pasaran Digital Eropah (EU) baharu. Ia juga...

    Xiaomi SU7 dilancar: Pecutan 100 km/j dalam 2.78 saat bermula ~RM141,387

    Model kereta pertama Xiaomi, Xiaomi SU7 secara rasmi dilancarkan dengan versi standard berharga daripada 215,900 yuan (~RM141,387). CEO Xiaomi, Lei Jun memperkenalkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X