fbpx
More

    Ulasan OnePlus Buds Pro 2 – Mengjangkau jangkaan

    Fon telinga OnePlus Buds Pro 2 diumumkan penghujung Februari lalu bersama-sama dengan telefon OnePlus 11 baharu yang hadir dengan cipset Snapdragon 8 Gen 2. Untuk pengetahuan, OnePlus Buds Pro merupakan salah satu fon telinga yang mempunyai nilai terbaik. Jadi, saya menaruh harapan tinggi untuk Pro 2 ini.

    Saya tertarik dengan model Pro 2 ini yang dicipta bersama Dynaudio iaitu pakar audio Denmark yang mempunyai profil hi-fi yang besar dan sesuai untuk audiophile. Tambahan, hayat bateri yang tahan lebih lama sentiasa diingini apabila mencari fon telinga wayarles tetapi terdapat banyak ciri tambahan yang perlu dipertimbangkan termasuk Audio Bluetooth LE dan audio resolusi tinggi sokongan melalui LHDC. Ayuh kita lihat apa yang menarik pada fon telinga ini!

    Pakej yang anda dapat

    Rekaan luaran OnePlus Buds Pro 2 sama seperti model sebelumnya kecuali untuk pilihan warna yang berbeza. Saya suka rekaan yang nipis serta kemasan dwi-tona dengan plastik matte di bahagian atasnya dan krom pada sekeliling batang (stem). Binaannya berkualiti dan mempunyai penarafan IP55 untuk kalis habuk dan air. 

    Bekas pengecas mempunyai ciri bertaraf IPX4 untuk kalis peluh dan air. Bekas pengecas mempunyai berat yang sesuai dan magnet kuat yang memastikan penutup tertutup rapat. Saya menikmati tahap keselesaan yang baik selama beberapa jam semasa kerja dan terdapat tiga pilihan saiz silikon untuk pengedapan bunyi yang optimum.

    Pilihan saiz silikon

    Ujian Kesesuaian Earbud (Earbud Fit Test) membantu anda menentukan saiz silikon yang betul untuk pengedap saluran telinga yang terbaik dan prestasi optimum. Ujian boleh diaktifkan pada bila-bila masa dan sangat tepat setiap kali saya mencubanya. Saya berjaya mencapai kesesuaian sempurna setiap kali memakainya tetapi beberapa kali aplikasi itu memberitahu bahawa saya perlu membetulkan kedudukan fon telinga untuk mencapai prestasi terbaik.

    Bahagian kawalan sentuhan terletak pada batang fon telinga yang mempunyai kemasan krom. Tekan dan tahan untuk mendayakan  siri kawalan dan fungsi main balik yang telah ditetapkan. Ia sangat responsif dan mempunyai maklum balas sentuhan yang sensitif. Set kawalannya sama dengan AirPods dan terdiri daripada gerak isyarat seperti main/jeda (tekan sekali), trek seterusnya (tekan dua kali), trek sebelumnya (tekan tiga kali) serta pengaktifan mod mendengar (tekan dan tahan).

    Sentuhan kawalan pada bahagian krom

    Tekan dan tahan selama beberapa saat mengaktifkan Zen Mode Air di mana anda boleh mendengar muzik yang sudah tersedia di dalam aplikasi My Melody dengan pilihan trek Warm Sunrise, Iceland, Nighttime Camping, Summer Seashore dan Meditation. Pengesanan pada telinga membolehkan main balik dijeda apabila satu fon telinga dikeluarkan dan kemudian disambung semula secara automatik sebaik sahaja fon telinga diletakkan semula di telinga.

    Bergantung pada peranti, sokongan pembantu digital boleh ditetapkan untuk Siri, Google Assistant dan Bixby. Mikrofon fon telinga ini mempunyai pengecaman pertuturan yang sangat baik dan menerima permintaan saya dengan kelajuan dan ketepatan yang mengagumkan. OnePlus Buds Pro 2 menggunakan dwi pemacu yang canggih iaitu MelodyBoost.

    Port pengecasan USB-C

    Dengan pemacu (drivers) 11mm untuk frekuensi bass dan pemacu 6mm untuk treble, Dynaudio memberikan penalaan profil bunyi utama termasuk Balanced, Bold, Serenade dan Bass. Saya memilih Balanced kerana ia neutral dan ia sememangnya memberikan julat keseimbangan frekuensi yang besar.

    Prestasi kualiti bunyi OnePlus Buds Pro 2 bagi saya mantap. Saya berkata begini kerana saya rasa seperti berada di ‘dunia’ yang lain jika mendengarnya dengan pengaktifan ANC serta tetapan equalizer yang paling optimum untuk telinga saya. Fungsi Golden Sound sangat-sangat membantu bagi memberikan anda pengalaman audio terbaik. Menariknya, profil bunyi itu akan disimpan untuk kegunaan peribadi.

    Bagi menyediakan profil Golden Sound untuk telinga anda, anda perlu mengambil ujian dalam tetapan senyap sepenuhnya. Ia mengambil masa beberapa minit untuk diselesaikan tetapi setelah selesai, anda boleh mengaktifkan peta frekuensi yang disesuaikan dengan pendengaran anda. Namun, dalam pada ‘kesempurnaanya’ terdapat beberapa kelemahan daripada segi butiran kecil dalam lagu terutama treble.

    Pembatalan hingar adaptif dapat mengurangkan tahap hingar latar belakang sehingga 48dB dan menawarkan mod Pembatalan Bunyi Peribadi. Terdapat beberapa tetapan ANC seperti Max, Moderate, and Mild serta mod Smart iaitu penyesuaian automatik pengurangan tahap hingar paling berkesan berdasarkan persekitaran anda.

    Max menawarkan peneutralan hingar latar belakang terbaik semasa persekitaran anda bising. Mod Ketelusan membolehkan saya mendengar persekitaran dan berguna untuk berbual ringkas dengan rakan. Aplikasi HeyMelody membawa ciri dan kawalan Pro 2 pada peranti Android dan iOS.

    Menu utama terdapat Sound Master EQ dengan Penyama tersuai, Mod Hi-Res, ANC Hidup/Mati/Ketelusan, Pembatalan hingar diperibadikan, Golden Sound, Audio Spatial Android, penyesuaian Kawalan Fon Telinga, Ujian Kesesuaian Fon Telinga, Find My Earbud dan Kemas Kini. Google Fast Pair juga disokong untuk sambungan ke peranti mudah alih yang menjalankan Android 11 dan ke atas.

    Zen Mode Air menampilkan set rakaman audio yang dicirikan sebagai membantu pendengar berehat dengan mendengar bunyi yang menenangkan seperti Warm Sunrise, Iceland, Nighttime Camping, Summer Seashore dan Meditation. Sebaik sahaja audio pilihan anda dimuat turun ke fon telinga, ia dimainkan secara berterusan walaupun peranti anda tidak aktif.

    Meditasi adalah salah satu pilihan bunyi Zen Mode Air kegemaran saya dan cukup berkesan untuk menenagkan diri. Buds Pro 2 mempunyai hayat bateri selama 6 jam dengan ANC diaktifkan berdasarkan tahap kelantangan berada pada 50% dan dengan mod Hi-Res dimatikan. Mematikan ANC melanjutkan masa mendengar kepada 9 jam.

    Seperti OnePlus Buds Pro, pengecasan pantas 10 minit memberikan masa main balik sehingga 10 jam. Perlu diingat bahawa ini adalah untuk gabungan fon telinga dan bekas pengecasan serta menjamin hampir 2 kali pengecasan fon telinga penuh dalam masa 10 minit. Bekas pengecasan itu sendiri tahan antara 25 dan 39 jam bergantung pada mod digunakan. Kabel pengecas USB-C dibekalkan dan menyokong pengecasan Qi wayarles.

    Daripada segi panggilan, OnePlus Buds Pro 2 memberikan pengalaman terbaik. Saya menerima maklum balas ini daripada setiap pemanggil ketika panggilan menggunakan fon telinga ini. Mereka mengatakan bahawa suara saya kuat dan jelas. Dalam masa yang sama juga saya berpuas hati dengan penghasilan audio ketika membuat panggilan.

    OnePlus Buds Pro 2 mempunyai prestasi kependaman yang baik dengan kadar respon 53ms dengan mod gaming diaktifkan. Saya tidak mempunyai sebarang masalah ketika menggunakannya ketika bermain game seperti PUBG Mobile dan Mobile Legends.OnePlus Buds Pro 2 adalah sekuel yang baik berbanding model asal. 

    Ia bertambah baik dalam pelbagai aspek termasuk pembatalan hingar, hayat bateri dan prestasi kependaman. Reka bentuknya walaupun serupa dengan model sebelumnya tetapi ia tetap kelihatan menarik. Untuk nilai, OnePlus Buds Pro 2 berharga RM829 dan ia tidak terasa menarik seperti mana-mana pesaingnya dengan tanda harga tersebut.

    Ketika memakainya

    Selain daripada reka bentuk dan keselesaan, tiada sebarang ciri yang menonjol untuk anda pertimbangkan. Anda boleh lihat dan bandingkan dengan Sony LinkBuds S yang menawarkan pakej keseluruhan yang lebih baik di samping mempunyai prestasi ANC dan mikrofon yang jelas.

    Adakah ulasan ini membantu anda untuk membuat pertimbangan ingin memilikinya atau tidak? Kongsi pendapat anda tentang ulasan ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Spesifikasi lengkap OnePlus Buds Pro 2

    • Rintangan air: fon telinga IP55 (tahan peluh); kes IPX4
    • Sambungan: Bluetooth 5.3, SBC, AAC, LC3, LHDC
    • Hayat bateri: 6 jam dengan mengaktifkan ANC, 9 jam dengan ANC dimatikan, 25 jam dengan bekas pengecasan atau 39 jam dengan ANC dimatikan
    • Ukuran fon telinga: 24.3 x 20.9 x 32.2mm
    • Berat fon telinga: 4.9g setiap satu
    • Saiz pemacu: 11 dan 6mm
    • Dimensi bekas pengecasan: 61 x 50 x 25.4mm
    • Berat bekas pengecas: 47.3g
    • Pengecasan: USB-C, pengecasan wayarles Qi

    Kebaikan – ANC yang baik, Audio Spatial, sambungan berbilang peranti, sokongan codec Bluetooth yang luas, aplikasi dengan tetapan EQ, IP55 dan sarung pengecasan IPX4

    Kelemahan – Prestasi Audio Spatial berbeza-beza, tetapan standard agak berat pada bahagian bass, mod ketelusan tidak begitu baik

    Kesimpulan – Berbaloi untuk membeli OnePlus Buds Pro 2 jika terdapat diskaun yang tinggi melainkan OnePlus bersedia membuat beberapa perubahan besar melalui kemas kini akan datang

     

    Artikel Terkini

    KWSP bakal umumkan Akaun 3 pada hari ini sebagai Akaun Fleksibel

    Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bersedia untuk mendedahkan Akaun 3 atau akaun Fleksibel pada 25 April hari ini, menandakan penstrukturan semula yang...

    AS akan haramkan TikTok jika ia tidak dilepaskan daripada syarikat China

    Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden telah menandatangani satu rang undang-undang yang akan mengharamkan penggunaan platform media sosial TikTok dalam negara itu,...

    Qualcomm umumkan Snapdragon X Plus, cipset komputer riba berasaskan ARM

    Qualcomm Technologies, Inc. memperkenalkan Snapdragon X Plus, mengembangkan portfolio platform siri Snapdragon X yang terkenal. Snapdragon X Plus adalah CPU Qualcomm Oryon...

    WhatsApp sedang uji ciri berkongsi fail tanpa sambungan internet

    WhatsApp sedang bersiap untuk kemas kini penting yang satu memberi tumpuan kepada membolehkan perkongsian fail melalui rangkaian tempatan dan menambah ciri mengambil...

    CelcomDigi perkenalkan pakej “roaming” khas untuk jemaah umrah dan haji

    Syarikat telekomunikasi CelcomDigi kini memperkenalkan pakej perayauan baharu Hajj Roaming Pass yang dikhaskan untuk para pelanggan yang ingin menunaikan ibadat haji atau...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X