fbpx
More

    Ulasan OPPO A9 2020 – Peranti pertengahan tetapi ada kelas dengan memberi nafas baru kepada bateri

    Jika wujud drama TV tentang peranti pintar, drama ini mungkin bertajuk Perang Telefon Pertengahan. Hal ini kerana dalam masa lebih kurang 10 bulan, pelbagai jenama peranti pintar bersaing untuk melancarkan peranti kelas pertengahan mereka, berperang untuk menunjukkan siapa yang lebih mendapat tempat di hati peminat dari segi aspek harga dan kualiti. Salah satu calonnya adalah OPPO A9 2020.

    Sebelum A9 2020, Siri OPPO A tidak dipasarkan dengan meluas, tetapi ia popular dalam kalangan pengguna yang tidak berpoket tebal. Dipasarkan dengan harga RM1199, peranti pintar ini sememangnya mempunyai kelebihan tetapi adakah ia sebaik yang dinyatakan dalam spesifikasi di seperti yang diberitahu? Jom ketahui ulasan penuh OPPO A9 2020.

    Reka bentuk- OPPO Reno! Hello, awak ke tu?

    Peranti yang kelihatan premium adalah tema yang biasa digunakan oleh peranti tahap pertengahan, tetapi OPPO membawa A9 2020 pada tahap yang seterusnya. Jika anda sudah mengenali reka bentuk OPPO Reno, anda boleh tersilap pandang akan A9 2020 sebagai peranti flagship dan setakat ini, ia adalah peranti paling berkelas dengan gaya yang kami pernah lihat berbanding peranti tahap pertengahan yang lain.

    Salah satu daripada peranti pertengahan yang kelihatan menarik pada tahun ini
    Tengok lengkung dia
    3 dulang slot SIM untuk pengguna yang menggunakan dwi-SIM dan kad mikroSD
    Kesemua butang power asas, bicu headphone 3.55mm, USB C dan ciri fungsi gril pembesar suara

    Reka bentuk belakang mungkin akan ada kesan kotor cap jari, tetapi sekurang-kurangnya anda tidak perlu bimbang peranti ini akan pecah kerana ia terbina dari kaca akrilik (plastik berkualiti tinggi). Peminat teknologi akan suka dengan peranti yang menyokong port USB Type-C dan bicu headphone 3.5mm. Selain itu, ciri lain peranti adalah agak standard.

    Spesifikasi dan ciri teknologi – Ciri yang agak mengelirukan

    Berikut adalah spesifikasi teknologi OPPO A9 2020:

    • Cipset Qualcomm Snapdragon 665
    • RAM 8GB
    • ROM 128GB (penambahan memori sehingga 256GB)
    • Berukuran 163.6 x 75.6mm x 9.1mm, dengan berat 195g
    • Paparan takuk-Waterdrop (Waterdrop-notch) 6.5-inci (Gorilla Glass gred 3)
    • Kamera belakang quad – 48MP (f/1.8, main) + 8MP (f/2.3, ultra-lebar) + 2MP (f/2.4, potret) + sensor 2MP (f/2.4, monokrom)
    • Kamera hadapan – 16MP (f/2.0) 
    • Menampilkan sensor cap jari (fingerprint) belakang, face unlock, pembesar suara dwi-stereo Dolby Atmos, Game Boost 2.0, Mod Ultra-Malam (Ultra-Night Mode) 2.0, 3 slot SIM, pengecasan reverse
    • Menyokong 4G LTE, Wi-Fi 802.11 a/b/g/n/ac, Bluetooth 5.0, NFC, sambungan USB Type-C (OTG)
    • Color OS 6.0.1 berdasarkan Android 9 Pie
    • Bateri 5000 mAh

    Secara teori, A9 2020 menawarkan banyak ciri tambahan yang berpatutan. Yang paling menambat hati adalah kapasiti memori RAM 8GB + storan 128GB yang boleh diperluas melalui kad mikroSD, paparan besar 6.5 inci, bateri 5000mAh dan pembesar suara dwi-stereo Dolby Atmos.

    Namun, antaramuka pengguna (user interface) ialah perkara yang perlu dibincangkan. Pada pandangan pertama, ia mungkin kelihatan seperti peranti biasa sehingga anda meneroka dengan lebih mendalam dan mendapati bahawa terdapat aplikasi perisian remeh (bloatware) (kenapa peranti pintar berjenama buat kita macam ini?). Tidak termasuk Google Play Store, OPPO membawa masuk 4 aplikasi dengan fungsi lebih kurang sama dan agak membingungkan. Aplikasi ini mengambil ruang storan yang banyak dan kita juga tidak dapat membuangnya.

    Jadi, saya boleh muat turun benda yang sama di AppMarket
    Tak pasti apa beza antara Game Center dan aplikasi Hot Games
    Dalam aplikasi Game Space, game yang disokong oleh peranti akan mempunyai ikon kilat berwarna hijau

    Aplikasi yang membawa seribu persoalan lain adalah aplikasi Game Space di mana terdapat ciri Game Boost 2.0. Aplikasi ini mempunyai fungsi sekatan panggilan dan ciri mesej yang asas. Peranti ini juga mempunyai fungsi pengoptimuman mod competitive dan balanced untuk gaming (paling kecewa, tak ada perakam semasa dalam game). Namun, Game Boost 2.0 tidak menyokong banyak game. Setakat perkongsian artikel ini, game yang disokong adalah PUBG Mobile dan Arena of Valor yang mana agak sedikit berat dan berlebihan.

    Akhir sekali, ciri membingungkan terakhir adalah mod monokrom dalam antaramuka kamera. Peranti ini dipasarkan dengan fungsi lensa mono yang baik, jadi secara automatiknya kami berharap untuk melihat mod tersebut tapi di mana dia? Kami dengan mudah menemukan ultra-lebar, potret dan mod ultra malam, jadi dimanakah mod mono? Kami merasakan bahawa ianya sebenarnya adalah mod filter dan jika kekeliruan ini sememangnya benar, saya tak tahu nak cakap apa.

    Antaramuka kamera pengguna
    Pemain muzik OPPO, Dolby Atmos bergandingan dengan baik bersama earphone yang tersedia atau headphone yang menyokong perisian ini

    Prestasi – Ada apa dengan Snapdragon 665?

    Qualcomm Snapdragon 665 adalah peneraju SD 660 dan ia sepatutnya adalah lebih baik. Secara teorinya seperti yang dinyatakan, ya, ianya adalah lebih baik. Menurut pengalaman kami, ‘macam ya tapi bukan’. Anda masih boleh bermain game, tetapi game yang bergrafik intensif seperti Asphalt 9 tidak disarankan.

    Sebenarnya, untuk bermain game dengan lancar pada A9 2020; peranti akan menetapkan game pada tetapan rendah secara automatik melalui default. Game Boost 2.0 juga tidak mampu menyelamatkan sepenuhnya PUBG Mobile dan Arena of Valor, jadi anda perlu mengorbankan grafik untuk permainan game.

    Tetapan grafik rendah melalui default
    Terima kasih kepada Game Boost 2.0, permainan PUBG boleh dimainkan dengan agak lancar
    Dengan tetapan terendah, Asphalt 9 tidak terlalu baik. Penstabilan FPS Cuma 69%
    Skor AnTuTu, prestasi SD 665 dibawah jangkaan
    Tiada apa yang boleh dilihat di 3DMark
    Jika bateri berada pada tahap 23% ke bawah, peranti mengambil masa lebih kurang 3 jam untuk pengecasan penuh

    Pada sisi yang lain, pembesar suara dwi-stereo Dolby Atmos adalah mantap (pastikan anda memiliki headphone untuk lebih feel). Panggilan telefon dan rangkaian penyambungan tidak mempunyai sebarang masalah. Bateri besar 5000 mAh boleh menemani anda seharian, tetapi mengambil masa yang agak lama untuk pengecasan (hampir 3 jam) kerana tidak ada sokongan pengecasan pantas.

    Di samping itu, kamera quad belakang dan hadapan berfungsi dengan baik. Kami sememangnya tertarik dengan lensa potret dan ultra-lebar, menyediakan pemandangan 119 degree yang agak lebar dengan pemisahan yang baik di antara subjek dah efek bokeh. Walau bagaimanapun, tidak banyak yang boleh diperkatakan tentang lensa mono kerana ia cuma mod filter dan pada tetapan terbaik, hasil gambar agak biasa. Anda boleh lihat contoh gambar di bawah.

    Mod malam diaktifkan, keadaan sebenar lebih gelap
    Mesti ada gambar makanan
    Mod ultra-lebar
    Pemandangan biasa
    Gambar ultra-lebar dari posisi sama
    Gambar panorama
    Gambar ultra-lebar dalam paparan penuh (fullscreen)
    Gambar waktu malam di sekitar bandar

    Kesimpulan – Hampir, tetapi tak sampai

    Terdapat tiga sebab untuk menyukai OPPO A9 2020; reka bentuk yang berkelas, sistem bunyi Dolby Atmos yang mantap dan prestasi kamera yang baik. Hal ini mencukupi untuk melonjakkan peranti ini bagi penggunaan kasual yang biasa, terutama kepada yang suka mengambil gambar cantik, menonton filem dan mendengar muzik, tetapi ia bukan peranti terbaik untuk gamer.

    Mengenai pesaing lain dengan harga lebih kurang sama dengan RM1199, ulasan vivo S1 sebelum ini mempunyai fungsi yang agak lebih baik. Namun, Xiaomi Mi 9T adalah dominan dari pelbagai aspek. Begitu juga dengan OPPO F11 Pro, tetapi peranti yang dinyatakan tidak mempunyai reka bentuk berkelas. Jadi, terdapat dua pilihan sama ada reka bentuk atau fungsi.

    Secara adilnya, bukan salah OPPO secara keseluruhannya kerana mereka tidak mengilangkan cipset Snapdragon 665 tetapi saya dapat melihat peranti pintar lain yang menggunakan cipset sama turut mengalami masalah sama atau tidak kerana jenama berbeza menetapkan cipset dengan cara yang berbeza.

    Sungguhpun begitu, apa pandangan anda mengenai OPPO A9 2020? Terima kasih kerana membaca dan nantikan lebih ulasan peranti pintar di TechNave.com.

     

    Artikel Terkini

    Infinix GT 20 Pro akan dilancar di Malaysia pada 2 Mei 2024

    Infinix Malaysia bakal melancarkan telefon pintar terbaru, Infinix GT 20 Pro, pada hari Khamis, 2 Mei 2024. Telefon kelas pertengahan ini bakal...

    Tesla Model 3 Performance rasmi di Malaysia, 0-100km/j hanya 3.1 saat bermula RM242,000

    Hari ini, Tesla Malaysia telah melancarkan Tesla Model 3 Performance secara rasmi. Untuk pengetahuan, Tesla Model 3 Performance telah dilancarkan sebelum laporan...

    Pesaing Tesla, Polestar hasilkan telefon pintar pertama dengan ciri AI khas

    Salah satu pesaing Tesla dalam pasaran kenderaan elektrik, Polestar, baru sahaja melancarkan telefon pertama mereka. Untuk pengetahuan, Polestar Phone dan Meizu 21...

    Elon Musk: Tesla adalah kenderaan EV dengan kos penyelenggaraan paling murah

    Sebuah analisis data yang diterbitkan oleh Consumer Reports pada Jumaat lalu menyatakan Tesla adalah jenama kenderaan elektrik (EV) yang mempunyai kos penyelenggaraan...

    GXBank: Faedah deposit 5% Savings Pockets setahun akan berakhir lebih awal

    Kepada pengguna GXBank yang ingin menikmati diskaun faedah deposit 5% Savings Pockets setahun, ketahuilah bahawa ia akan berakhir walaupun belum sampai 9...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X