fbpx
More

    Ulasan OPPO Pad Air – Tablet pertama yang mantap daripada OPPO Malaysia

    Sewaktu pelancaran siri telefon pintar OPPO Reno8 pada bulan lepas, OPPO Malaysia turut melancarkan tablet pertamanya untuk pasaran Malaysia iaitu OPPO Pad Air. Tablet ini menampilkan skrin dengan resolusi 2K berukuran 10.36 inci, RAM 4GB dan storan 128GB serta dijual pada harga bermula RM1,099.

    Walaupun dengan skrin 10 inci, ia masih mempunyai berat 440 gram dan senipis 6.94mm sahaja. Dengan sistem operasi ColorOS for Pad 12.1 berdasarkan Android 12, adakah ini tablet yang sesuai untuk keperluan anda? Ayuh baca ulasan yang ditulis oleh penulis TechNave English ini untuk mengetahuinya.

    Daripada segi rekaan, ciri yang paling menonjol pada tablet ini pastinya adalah corak garisan air di bahagian belakang. Ia bukan sahaja menarik perhatian, malah memberikan lebih banyak cengkaman sewaktu memegangnya. Warna kelabu tablet ini turut membuatkan tablet ini nampak profesional, manakala bahagian sisinya yang rata menghasilkan imej yang lebih moden.

    Dengan nisbah aspek 5:3, peranti ini selesa untuk dipegang dalam mod lanskap dengan selesa, namun ia mungkin terlalu panjang jika dipegang secara potret. Skrin ini mempunyai resolusi 2K (2000×1200) dan pengiktirafan TÃœV Rheinland untuk pancaran cahaya biru yang rendah bagi membuatkannya mudah untuk ditonton.

    Walaupun ia tidak cerah seperti panel AMOLED, skrin LCD pada OPPO Pad Air adalah mencukupi untuk kebanyakan pengguna dan ia tidak mengalami masalah memainkan video atau bermain game. Sungguh pun begitu, kadar segar semula 60Hz agak mengecewakan, namun pada masa yang sama ini adalah kadar standard untuk sebuah tablet dalam kategori harga ini.

    Daripada segi kualiti audio, penulis sangat berpuas hati dengan bunyi yang dihasilkan daripada empat pembesar suara Dolby Atmos. Untuk sebuah tablet yang agak nipis, kualiti bunyinya masih kuat dan jelas sewaktu menonton video. Malangnya, OPPO memutuskan untuk membuang bicu audio 3.5mm jadi anda perlu gunakan fon telinga wayarles untuk audio yang lebih peribadi.

    Kini, mari kita beralih kepada prestasi OPPO Pad Air pula. Berikut adalah keputusan daripada penanda aras Geekbench 5 dan 3DMark:

    Spesifikasi dalamannya terdiri daripada cipset Snapdragon 680 dan RAM 4GB. Daripada segi prestasi, tablet ini boleh mengoperasikan tugas harian dengan cemerlang seperti melayari internet, media sosial dan banyak lagi. Untuk gaming, tablet ini boleh memainkan game popular seperti Asphalt 9, Apex Legends Mobile dan PUBG Mobile dengan kadar bingkai yang memuaskan.

    Penulis mencadangkan anda untuk meletakkan tetapan grafik kepada medium atau rendah bagi menghasilkan pengalamang gaming yang lebih lancar, terutamanya untuk game berat seperti Genshin Impact. Berikut adalah contoh tangkapan skrin yang diambil sewaktu bermain game dalam OPPO Pad Air:

    Seperti yang dikatakan awal tadi, tablet ini mempunyai perisian antara muka ColorOS for Pad 12.1 yang menawarkan fungsi menarik untuk skrin besar seperti ini, seperti Split Screen, Flexible Window, Dual Windows dan Smart Sidebar.

    Terdapat juga fungsi Multi-Screen Connect yang memudahkan pemindahan fail secara wayarles. Apabila sebuah telefon OPPO dihubungkan kepada Pad Air, anda boleh pindahkan fail di antara dua-dua peranti secara drag-and-drop. Selain itu, anda juga boleh menyalin teks dalam sebuah peranti dan menampalnya dalam peranti lagi satu.

    OPPO Pad Air boleh melaksanakan fungsi multi-tugas dengan lancar dan tidak menjadi terlalu panas apabila bermain game. Model paling rendah dilengkapi dengan storan 64GB, namun ia masih boleh dibesarkan dengan kad memori microSD. Jika anda inginkan storan dalaman yang lebih besar, tablet ini mempunyai varian 128GB.

    Fungsi khas dalam ColorOS for Pad
    Smart Sidebar memudahkan pengguna untuk mengaktifkan Split Screen
    Rupa Split Screen apabila ia diaktifkan

    Untuk hayat bateri, pengecasan penuh boleh bertahan selama dua hari dengan penggunaan biasa, manakala penggunaan berat pula mungkin boleh bertahan selama sehari sahaja. Sebuah pengecas 18W turut disertakan dalam kotak tablet yang boleh mengecas penuh bateri tablet ini sepantas 1 jam 40 minit melalui port USB-C.

    Seperti kebanyakan tablet, kamera pada Pad Air ini menghasilkan kualiti gambar yang sekadar biasa kerana fotografi bukanlah tugas utama untuk sebuah tablet. Kamera utama 8MP dan kamera swafoto 5MP boleh hasilkan gambar yang bagus dalam situasi cahaya terang.

    Kamera swafotonya juga sangat sesuai untuk digunakan dalam mesyuarat video seperti Zoom. Dengan kedudukannya di dalam sempadan bezel, ia sesuai untuk membuat panggilan video dalam mod lanskap.

    Contoh gambar daripada kamera utama
    Contoh gambar daripada kamera swafoto

    Secara keseluruhannya, OPPO Pad Air adalah tablet yang mantap dengan harganya RM1,099 untuk varian 4GB+64GB dan RM1,299 untuk varian 4GB+128GB. Dengan skrin 2K 10.36 inci, pembesar suara jelas, rekaan menarik dan hayat bateri lama membuatkannya tablet yang sesuai untuk majoriti kegunaan.

    Jika bajet anda dalam lingkungan ini, tidak banyak tablet lain yang boleh menyaingi OPPO Pad Air. Sungguh pun demikian, satu benda yang anda perlu pertimbangkan adalah sama ada anda sanggup menambah wang sedikti untuk mendapatkan tablet yang lebih berbaloi seperti Apple iPad (RM1,499).

    Walaupun prestasinya lebih pantas, ia juga mempunyai harga yang lebih mahal dan rekaannya agak ketinggalan dengan bezel skrin yang tebal. Selain itu, antara muka iPadOS juga mungkin agak pelik jika anda sudah terbiasa dengan Android.

    Satu lagi pilihan untuk tablet Android adalah Nokia T20 yang dijual pada harga sama RM1,099, tetapi dengan sokongan 4G LTE. Keburukan tablet Nokia ini adalah skrinnya yang tidak setanding dengan Pad Air.

    Beritahu kami di Facebook jika ulasan ini membantu anda dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Spesifikasi teknologi

    • Skrin LCD 10.36 inci, resolusi 2000×1200, kadar 60Hz, nisbah aspek 5:3, nisbah skrin-ke-badan 80.5%
    • Cipset Qualcomm Snapdragon 680
    • RAM 4GB
    • Storan 64GB atau 128GB
    • Kamera utama 8MP
    • Kamera swafoto 5MP
    • Bateri 7,100mAh
    • Pengecasan pantas 18W
    • ColorOS for Pad 12.1 berdasarkan Android 12
    • Empat pembesar suara Dolby Atmos
    • Warna kelabu Fog Grey

    Kelebihan: Skrin besar untuk sebuah tablet mampu milik, pembesar suara jelas dan kuat

    Kekurangan: Kadar segar semula 60Hz, tiada sokongan 4G LTE, tiada bicu audio 3.5mm

    Kesimpulan: Tablet bergaya yang dilengkapi Android 12

     

    Artikel Terkini

    DNB, Ericsson bekerjasama untuk memajukan perusahaan di Malaysia melalui teknologi 5G

    Digital Nasional Berhad (DNB) dan Ericsson, sebuah syarikat teknologi komunikasi global yang terkemuka telah mengumumkan secara rasmi rancangan untuk memacu transformasi digital...

    Kempen Jualan Super 5.5 realme: Baucar sehingga RM1,800 di Shopee, Lazada dan TikTok Shop

    Bermula 3 Mei 2024, realme Malaysia bekerjasama dengan Shopee, Lazada dan TikTok Shop mengadakan Kempen Jualan Super 5.5. Dalam tempoh tiga hari,...

    OPPO A38 dan A18 kini mendapat penurunan harga sebanyak RM50

    OPPO Malaysia telah mengumumkan pelarasan harga yang ketara untuk model OPPO A38 dan A18 dengan menawarkan penjimatan sehingga RM50. Harga baharu itu...

    Sony Xperia 1 VI mungkin bawa peningkatan lensa telefoto, Snapdragon 8 Gen 3 dan...

    Sony bersedia untuk mendedahkan telefon pintar andalan terbaru mereka, Xperia 1 VI yang dijadualkan untuk dilancarkan pada 17 Mei 2024. Walaupun dianggap...

    WhatsApp sedang uji ciri sekat pengguna sementara jika langgar dasar khusus

    WhatsApp memperkenalkan ciri sekatan akaun baharu seperti yang dilihat dalam versi beta Android baru-baru ini. Ciri ini akan sementara menghalang pengguna daripada...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X