fbpx
More

    Ulasan OPPO Reno4 Pro – Bukan sahaja kamera bagus, tapi ringan + ada cas pantas 65W!

    Sejak OPPO melancarkan siri Reno, siri peranti ini kelihatannya disukai ramai. Dalam generasi siri OPPO Reno3 sebelum ini, ia mula menunjukkan belang dalam segmen fotografi telefon pintar dengan kewujudan anti-gegar, yang memudahkan penciptaan video mudah alih.

    Tidak terhenti di situ, OPPO telah mengeluarkan siri OPPO Reno4 terbaru pada bulan lepas. Bukan setakat mengekalkan ciri ringan, ciri rakaman video dan fotografi, tetapi juga menambah teknologi pengecasan pantas 65W! Jadi, apakah ‘rasa’ semasa menggunakan OPPO Reno4 Pro? Baca ulasan kami mengenai OPPO Reno4 Pro!

    Reka bentuk yang kemas, lebih selesa dipegang

    Apabila memandang OPPO Reno4 Pro buat kali pertama, kami tertarik dengan reka bentuk belakangnya yang seperti warna mutiara bersama campuran teknologi kristal Reno Glow. Rekaan ini menyerlahkan rupa OPPO Reno4 Pro secara keseluruhan. Terdapat dua pilihan warna peranti ini iaitu Starry Night dan Silky White; kami mendapat varian Silky White.

    Bahagian kamera belakang OPPO Reno4 Pro mengekalkan konsep reka bentuk seperti generasi sebelumnya, kamera ditempatkan dalam satu barisan. Namun, apa yang berbeza adalah kali ini OPPO Reno4 Pro mendedahkan keempat-empat lensa kamera dengan lebih jelas seperti dalam gambar di atas. Reka bentuk sebegini sepertinya membuatkan orang lain mengenali OPPO Reno4 Pro dengan hanya sekali pandang. Apa pun, reka bentuk menarik atau tidak bergantung kepada citarasa anda sendiri.

    Apa ada dalam kotak: OPPO Reno4 Pro, pelindung silikon, SIM Pin, buku manual, pengecas OPPO SuperVOOC 2.0 65W, kabel Type-C dan fon telinga berwayar
    OPPO Reno4 Pro
    Skrin hadapan
    kamera belakang

    Perlu anda tahu bahawa OPPO berjaya memuatkan lensa ke dalam telefon pintar, menjadikan ianya tidak terbonjol. Peranti ini adalah sebuah peranti yang nipis dan ringan. Pada OPPO Reno3, OPPO mula menggunakan rekaan skrin pop-up seperti sirip ikan jerung. Rekaan ini kelihatannya terhenti pada siri itu sahaja.

    Kali ini, OPPO Reno4 Pro mewarisi rekaan skrin berlubang. Walaupun ia bukan skrin penuh, tetapi kamera hadapan kelihatan sangat kecil dan ianya tidak menganggu skrin hadapan anda jika anda bermain game atau menonton filem.

    Pandangan lebih dekat kamera swafoto di skrin
    Slot SIM pada bahagian atas
    Bahagian bawah; gril pembesar suara, port Type-C dan bicu audio 3.5mm
    Bahagian kiri; Butang ‘power’ dan butang yang dihiasi warna biru kehijauan
    Bahagian kanan; butang kelantangan

    Mengenai keselesaan, OPPO Reno4 Pro adalah sangat ringan apabila dipegang. Oleh kerana ianya sangat ringan, kami menasihatkan anda untuk tidak terlupa mengenai peranti jika ianya diletakkan di dalam poket. Sebenarnya, rekaan ringan ini agak mengagumkan memandangkan ia turut dilengkapi bateri 4000mAh dan merupakan sebuah peranti berfokuskan kamera.

    OPPO Reno4 Pro juga menggunakan reka bentuk pusam (matte). Jadi, ianya sangat mesra dengan pengguna yang mempunyai tangan kerap berpeluh. Anda juga tidak perlu bimbang akan kesan cap jari memandangkan ia adalah pusam.

    Ciri teknologi dan spesifikasi – Kamera bukan satu-satunya fokus Reno, teknologi cas pantas ditambah

    • Paparan AMOLED 6.55 inci
    • Cipset Snapdragon 720G
    • RAM 8GB RAM + storan 256GB
    • Empat kamera belakang, 48MP (lensa utama) + 8MP (ultra lebar) + 2MP (makro) + 2MP (lensa B&W)
    • Kamera swafoto 32MP
    • 4000mAh
    • Menyokong cas pantas 65W SuperVOOC 2.0
    • Kadar segar semula 90Hz + 180Hz kadar bacaan sentuhan
    • Menyokong sensor cap jari di bawah skrin
    • Pilihan warna: Starry Night dan Silky White

    Mengenai konfigurasinya, OPPO Reno4 Pro menggunakan cipset Snapdragon 720G dan hanya pilihan RAM 8GB + storan 256GB. Pengguna yang bimbang akan masalah storan boleh memperluas storan melalui slot kad MikroSD.

    Menyokong dua kad ‘standby’, dengan sokongan MikroSD

    Dalam generasi OPPO baharu ini, selain memfokuskan kepada fotografi, OPPO juga membawa masuk trend telefon pintar digemari ramai seperti kadar segar semula tinggi 90Hz. Pengguna boleh mengubah suai skrin kepada 90Hz, 60Hz atau mod automatik. Dalam penggunaan sebenar, 90Hz adalah lebih lancar berbanding 60Hz, dan penggunaan kuasanya juga tidak banyak berbeza.

    OPPO Reno4 Pro dilengkapi 4 kamera belakang, 48MP (lensa utama) + 8MP (ultra lebar) + 2MP (makro) + 2MP (B&W [hitam putih]). Sebagai penambahan kepada fungsi anti-gegaran, OPPO Reno4 Pro menambah ciri gambar AI Color Portrait. Tanpa pengeditan, warna latar belakang gambar akan menjadi hitam dan putih, memfokuskan kepada subjek sahaja yang berwarna.

    Ciri ini juga sesuai dengan pengulas yang tidak berapa gemar akan fotografi. Setiap mod atau ‘filter’ mempersembahkan suasana yang berlainan. Tambahan pula, OPPO Reno4 Pro turut menaik taraf ciri anti-gegaran; Ultra Steady Pro yang memberi lensa yang lebih luas dan stabil.

    Dalam penggunaan sebenar, apabila Ultra Steady Mode Pro diaktifkan, kualiti rakamannya agak tidak memuaskan memandangkan ia menggunakan lensa ultra lebar 8MP, terutamanya apabila anda merakam dalam keadaan kurang cahaya. Jika anda merakam pada waktu malam, kami menggalakkan anda untuk mengaktifkan Ultra Steady Mode sahaja.

    Kiri; Ultra Steady Mode aktif, kanan; Ultra Steady Mode Pro aktif
    Kiri; Ultra Steady Mode aktif, kanan; Ultra Steady Mode Pro aktif. Video di kiri lebih luas, tetapi kualiti lebih rendah

    Dalam penggunaan biasa, Ultra Steady Mode adalah stabil; contohnya semasa berjalan. Namun, rakaman akan menjadi sedikit bergegar jika anda merakam semasa berlari. Jika anda ingin berlari, anda boleh mengaktifkan Ultra Steady Mode Pro.

    OPPO Reno4 Pro bukan sahaja menambah fungsi Ultra Steady Mode pada kamera belakang, tetapi juga hadir pada kamera hadapan. Mod anti-gegar pada kamera hadapan masih tidak se-stabil yang diharapkan, tetapi kualiti keseluruhannya memuaskan sahaja.

    Ultra Steady Mode
    Ultra Steady Mode Pro
    Ultra Steady Mode menegak
    Ultra Steady Mode Pro menegak
    Ultra Steady Mode kamera hadapan

    OPPO Reno4 Pro menyokong ciri nyahkunci cap jari di bawah skrin dan Face Unlock. Ciri Face Unlock adalah lebih pantas dari nyahkunci cap jari walaupun dalam keadaan kurang pencahayaan. Namun, disebabkan kewajipan untuk memakai pelitup muka, kami menggalakkan anda untuk menggunakan sensor cap jari. Walaupun ianya tidak sepantas Face Unlock, tetapi anda masih boleh menyahkunci walaupun dengan jari yang basah.

    Dari aspek lain, OPPO Reno4 pro membekalkan fungsi seperti Smart Assistant, Game Assistant dan Game Space. Di antara semuanya, Game Assistant membantu pengguna untuk kembali ke aplikasi WhatsApp/Message semasa sedang bermain game tanpa kelewatan masa.

    Seret ke kiri untuk buka Smart Assistant
    Seret ke bahagian atas kiri untuk buka Game Assistant

    Prestasi bukan yang tertinggi, tetapi cukup untuk penuhi keperluan

    OPPO Reno4 Pro yang dilengkapi Snapdragon 720G, mendapat poin 281,603 di dalam penanda aras AnTuTu, manakala mendapat 250 pada ES 3.1 OpenGL dan 2338 pada Vulkan melalui 3DMark.

    Untuk peranti kelas pertengahan, peranti ini sudah lulus pada tahap prestasi. Namun, pemaparan markah hanya data semata-mata. Perkara paling penting adalah prestasi dalam keadaan sebenar.

    Semasa bermain King of Glory dan KartRider Rush, tiada masalah besar yang dapat dikesan. Kualiti gambar dan pengalaman gaming adalah baik, tiada kelewatan masa. Untuk gamer yang bertahap biasa, prestasi peranti ini sudah memadai.

    Ketika bermain PUBG, sebuah game yang memerlukan pemproses grafik yang lebih tinggi, terdapat elemen tidak lancar sedikit, tetapi masih memuaskan prestasinya.

    Mengenai ketahanan bateri, OPPO Reno4 Pro mempunyai bateri 4000mAh terbina dalam dan menyokong teknologi pengecasan pantas 65W SuperVOOC 2.0. Dalam penggunaan sebenar, peranti ini boleh dicas kepada 61% dalam masa 15 minit sahaja, dicas penuh selama 38 minit. Testimoni ini sekaligus mengesahkan apa yang dikatakan oleh OPPO dalam helaian spesifikasinya.

    Dari segi penggunaan harian, peranti ini boleh dicas 2 hari sekali, bergantung kepada penggunaan. Kami telah mencuba menonton YouTube selama 30 minit semasa bateri peranti hanya tingga 4-5%, barulah peranti akan mati. Jadi, jika anda adalah gamer tegar atau suka menjalankan sesi fotografi di luar, tiada masalah untuk anda mengekalkan jangka hayat bateri. Hal ini kerana teknologi cas pantas 65W boleh mengecas peranti anda dalam masa lebih kurang 30 minit.

    Adalah penting untuk anda tahu bahawa OPPO Reno4 Pro dilengkapi Super Power Saving Mode. Selepas memasuki mod ini, peranti boleh menjimatkan bateri pada tahap ekstrem. Pengguna masih boleh menggunakan fungsi permesejan, membuat panggilan, menggunakan penggera dan memilih sendiri 3 aplikasi berbeza untuk digunakan dalam mod ini; contohnya WhatsApp. Dengan ini, jika anda hampir kehabisan bateri, anda boleh mengaktifkan fungsi ini, jadi anda tidak akan terlepas maklumat penting dari bos anda.

    Aspek yang terakhir untuk diulas adalah dari segi fotografi telefon pintar ini. Pengalaman menggunakan kamera OPPO Reno4 Pro adalah baik, tetapi kepekatan warnanya agak terlebih cerah dan produksi warnanya perlu ditambah baik. Dalam gambar, warnanya kelihatan lebih pekat dari keadaan sebenar, tetapi tiada masalah overexposure yang boleh didapati. Punca utamanya adalah kerana OPPO Reno4 Pro akan mengubah suai gambar mengikut kilauan cahaya dan menahan highlight ke tahap yang tertentu. Tahap kepekatan warna pada gambar sebenarnya adalah untuk mengekalkan butiran yang lebih baik.

    Penggambaran di luar: Mod biasa
    Penggambaran di luar: Mod biasa
    Penggambaran di luar: Mod biasa
    Penggambaran di luar: Mod biasa. Apabila mengambil gambar ‘overexposed’, OPPO Reno4 Pro akan ubah suai tahap kecerahan sendiri
    Penggambaran di luar: Mod biasa
    Penggambaran di luar: Mod biasa
    Penggambaran di luar: Lensa ultra lebar
    Penggambaran di luar: Lensa ultra lebar
    Penggambaran di luar: Mod biasa
    Penggambaran di luar: Mod biasa
    Penggambaran di luar: Lensa ultra lebar
    Penggambaran di luar: Mod biasa
    Penggambaran di luar: Zum 2x
    Penggambaran di luar: Zum 3x
    Penggambaran di luar: Zum 5x
    Penggambaran di luar: Mod biasa

    Pengguna juga boleh mengubah suai piksel kamera kepada 48MP secara manual. Berbanding dengan mod biasa, prestasi warna pada gambar yang diambil oleh 48MP adalah lebih kurang sama sahaja. Agak susah untuk kami bezakan mana satu yang diambil oleh lensap 48MP. Apa pun, anda tidak perlu mengaktifkan mod 48MP untuk menjimatkan ruang storan dalam peranti.

    OPPO Reno4 Pro menyokong sehingga 10x zum. Walaupun keupayaan zum ini tidak tinggi, tetapi untuk kelas pertengahan ianya sudah memadai.

    Penggambaran di luar: Mod biasa
    Penggambaran di luar: Penggunaan lensa 48MP
    Penggambaran di luar: Mod biasa
    Penggambaran di dalam: Mod biasa
    Penggambaran di dalam: Mod biasa
    Penggambaran di dalam: Mod biasa
    Penggambaran di luar: Mod biasa
    Penggambaran di luar: Mod biasa
    Penggambaran di dalam: Mod malam
    Kiri: Mod biasa. Kanan: Mod malam
    Kamera hadapan: Mod biasa
    Kamera hadapan: Mod Portrait
    Kiri: Kamera hadapan biasa. Kanan: Ultra Night Mode diaktifkan

    Penggunaan kamera pada waktu malam berfungsi dengan baik termasuklah dalam keadaan dengan cahaya lampu. Butiran gambar pada waktu malam dapat dikekalkan dengan baik. Apabila Ultra Night Mode diaktifkan, tahap kecerahan gambar swafoto ditambah baik, tetapi gambar waktu malam tertentu akan hilang kecantikannya yang asli. Jadi, mod ini hanya sesuai digunakan dalam keadaan yang gelap sahaja.

    Kesimpulan – Prestasi kamera lebih baik dengan cas pantas 65W + rekaan menarik dan ringan

    Sebagai kesimpulan, ciri rakaman dan fotografi OPPO Reno4 Pro telah diperbaik. Pelbagai ciri rakaman dan fotografi dapat membantu pencipta video untuk menghasilkan video yang lebih kreatif. Sebagai tambahan, OPPO Reno4 Pro juga menyokong 65W SuperVOOC 2.0, yang mana memberi kesan besar kepada prestasi peranti ini. Peranti ini yang ringan dan nipis dengan sudahan pusam memberi keselesaan kepada pengguna. Rekaannya juga menghidupkan jiwa muda untuk pengguna.

    Dari segi prestasi, OPPO Reno4 Pro dikira bertahap lulus, di mana ia masih boleh menangani game besar, namun beberapa aspek perlu diperkuat untuk permainan yang lebih lancar. Harga RM2,399 tidak berapa mesra jika anda melihat pada spesifikasinya. Namun, ia mempunyai prestasi bagus dari segi kamera, ketahanan bateri dan teknologi cas pantas. Jika anda menyukai fotografi, peranti ini mungkin wajar dipertimbangkan.

    Antara pesaing OPPO Reno4 Pro untuk harga yang lebih kurang sama adalah vivo X50, realme X3 Super Zoom dan nubia Red Magic 5G. Jika hobi anda adalah bermain game berbanding dari mengambil gambar, anda boleh memilih nubia Red Magic. Jika anda meminat kedua-duanya sekali; game dan fotografi, anda boleh memilih realme X3 SuperZoom. Jika anda tidak kisah dengan prestasi, tetapi ingin peranti yang berupaya merakam video dan gambar yang baik, anda boleh memilih vivo X50 atau OPPO Reno4 Pro. Tambahan pula, OPPO Reno4 Pro memiliki pengecasan pantas 65W berbanding yang lain.

    Kelebihan: Selesa dipegang, rekaan bergaya, ciri fotografi baik, Ultra Steady Mode, Ultra Steady Mode Pro, Ultra Night Mode dan menyokong cas pantas 65W

    Kelemahan: Game yang memerlukan grafik tinggi akan mengalami kelewatan masa sedikit (lag). Ultra Steady Mode Pro menggunakan lensa 8MP ultra lebar, pemandangan luas tetapi kualiti tidak sebaik mod biasa

    Kesimpulan: Prestasi keseluruhan adalah baik. Kehadiran pengecasan pantas yang sangat berguna, peranti yang selesa dipegang, namun perlu diperbaik dari segi penghasilan warna dalam gambar

    Jika anda mempunyai ulasan tersendiri mengenai peranti ini, kongsikan bersama kami di laman Facebook. Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi dan ulasan gajet terkini.

    Diterjemahkan dari TechNave中文版

     

    Artikel Terkini

    Redmi Note 13R dilancar: SD 4 Gen 2 dan skrin 120Hz bermula ~RM907

    Selepas mengeluarkan Redmi Note 13R Pro tahun lepas, anak syarikat Xiaomi kini melancarkan varian standard peranti tersebut iaitu Redmi Note 13R di...

    Samsung sindir iklan Apple iPad Pro 2024 dengan video “Uncrush”

    Apple telah melancarkan iPad Pro 2024 baharunya dengan cip M4. Walau bagaimanapun, kemunculannya telah mencipta kontroversi dengan iklan Crush!. Iklan itu mungkin...

    Samsung Galaxy Z Fold6 muncul dalam Geekbench dengan Snapdragon 8 Gen 3, RAM 12GB

    Peranti boleh lipat Samsung Galaxy generasi seterusnya akan dikeluarkan pada 10 Julai dan kini, salah satu telefon pintar dalam barisan tersebut telah...

    Twitter secara rasmi telah tamat, beralih kepada domain X.com

    Landskap media sosial telah mengalami perubahan ketara dengan peralihan lengkap Twitter kepada X. Ini berikutan langkah besar yang dimulakan oleh pengambilalihan Elon...

    Anthony Loke: Tiada rancangan untuk mewajibkan pemasangan “dashcam”

    Baru-baru ini, Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata bahawa tiada rancangan untuk mewajibkan pemasangan dashcam (kamera papan pemuka) di semua kenderaan di negara...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X