fbpx
More

    Ulasan OPPO Reno6 5G – Telefon dengan kamera yang bagus dan prestasi sederhana

    Segmen telefon pintar kelas pertengahan merupakan pasaran yang amat sengit di kalangan pengeluar telefon dan siri OPPO Reno telah pun mengukuhkan reputasinya sebagai telefon pertengahan yang bagus, terutamanya di kalangan orang muda. Untuk tahun ini, OPPO telah memperkenalkan varian terbaru iaitu OPPO Reno6 5G yang dijual pada harga RM2,399.

    Jadi adakah ini satu naik taraf yang menarik untuk siri OPPO Reno dan adakah ia bakal menjadi telefon anda yang seterusnya? Ayuh baca ulasan ini yang telah ditulis oleh penulis TechNave CN untuk mengetahuinya!

    Rekaan – Unik untuk kelas pertengahan

    OPPO Reno6 5G menampilkan rekaan yang agak unik berbanding telefon kelas pertengahan lain. Tidak seperti kebanyakan telefon kategori ini yang mempunyai sisi melengkung, Reno6 5G mempunyai sisi rata, seperti yang terdapat pada siri iPhone 12.

    Reka bentuk ini mungkin akan mengundang kritikan daripada pengguna kerana kekurangan kreativiti, namun sekurang-kurangnya ia menawarkan satu kelainan untuk pengguna telefon Android kelas pertengahan. Sisi rata ini membuatkan Reno6 5G lebih mudah dipegang dan akan mengurangkan masalah sentuhan skrin secara tidak sengaja.

    Satu kekurangan yang saya kenal pasti pada rekaan telefon ini adalah ketiadaan bicu audio 3.5mm, manakala pembesar suaranya hanya terdiri daripada pembesar suara tunggal. Oleh yang demikian, jika pengguna ingin mendapatkan kualiti audio yang baik, mereka perlu mendapatkan fon telinga wayarles atau fon telinga berwayar dengan penghubung USB-C. Memandangkan pengguna telefon pertengahan selalunya masih menggunakan fon telinga 3.5mm, ketiadaan bicu audio mungkin akan mengecewakan mereka.

    Spesifikasi – Telefon kelas pertengahan yang lengkap

    Berikut adalah spesifikasi penuh untuk OPPO Reno6 5G:

    • Cipset Dimensity 900 5G
    • Skrin AMOLED 6.43 inci, kadar 90Hz, resolusi 1080 x 2400
    • RAM 8GB
    • Storan 128GB
    • Kamera utama 64MP + kamera ultra-lebar 8MP + kamera makro 2MP
    • Kamera swafoto 32MP
    • Bateri 4,300mAh
    • Pengecasan Super VOOC 2.0 65W
    • Pengimbas cap jari dalam skrin, USB-C 3.1, NFC
    • Sistem operasi ColorOS 11.3 berdasarkan Android 11

    Secara keseluruhannya, Reno6 5G menawarkan spesifikasi yang agak menarik, seperti cipset MediaTek Dimensitu 900 5G dan skrin AMOLED 90Hz. Daripada segi perisian, ia dilengkapi ColorOS V11.3 dan tiga fungsi yang agak menarik adalah Convenience Tools, pengembangan RAM maya dan pembantu permainan (game assistant).

    Convenience Tools merangkumi fungsi umum seperti reka bentuk kunci navigasi, Smart Sidebar, Quick Launch dengan imbasan cap jari dan banyak lagi. Pembantu permainan dan pengembangan RAM akan dibincangkan dalam seksyen prestasi.

    Daripada segi kamera, Reno6 5G menawarkan antara muka (UI) dan fungsi yang lengkap termasuk mod makro, ultra-lebar dan rakaman malam. Mod video profesional seperti Movie Template dan SoLoop akan membenarkan pengguna untuk menyunting video yang mempunyai pelbagai efek menarik dengan mudah.

    Prestasi – Cukup untuk penggunaan harian, serta sedikit “gaming”

    Walaupun anda tidak boleh katakan yang OPPO Reno6 5G mempunyai prestasi terpantas, sekurang-kurangnya ia adalah cukup untuk memenuhi keperluan harian. Jika dilihat pada penanda aras GeekBench 5, anda boleh lihat pada markah prestasi teras tunggal sebanyak 723 dan multi-teras 145 yang menunjukkan bahawa ia lebih daripada cukup untuk kegunaan harian.

    Jika dilihat pada penanda aras 3DMark pula, Reno6 5G menunjukkan markah 2,023 dalam ujian Wild Life, jadi adakah ia memberi prestasi lancar untuk gaming? Jika dilihat pada COD Mobile, telefon ini boleh memberikan kadar bingkai tertinggi jika tetapan grafiknya diletak pada tahap rendah. Jika grafiknya ditetapkan pada tahap tinggi, kadar bingkai akan menjadi lebih perlahan.

    Untuk game yang lebih mencabar dalam segi grafik seperti Genshin Impact, Reno6 5G boleh memainkannya dengan lancar, namun saya perasan bahawa telefon akan menjadi panas dengan cepat. Walaupun saya merasakan ia tidak akan menjadi terlalu panas (overheat), saya berpendapat ia masih perlu diberi perhatian oleh pengguna. Selain itu, Reno6 5G juga memerlukan masa yang lama untuk membuka (loading) Genshin Impact kerana kelajuan pemprosesnya yang tidak begitu laju.

    Boleh memainkan Genshin Impact dengan grafik yang agak tinggi, namun telefon akan menjadi panas dengan lebih cepat

    Pembantu permainan untuk Reno6 5G pula menawarkan fungsi yang serupa dengan aplikasi pembantu permainan pada jenama telefon lain, seperti mod prestasi dan mod jangan ganggu. Sungguh pun begitu, ia turut menawarkan fungsi khas seperti getaran unik untuk beberapa game terpilih termasuklah League of Legends Wild Rift dan PUBG Mobile. Dengan mod ini, Reno6 5G akan menghasilkan getaran tersendiri berdasarkan perkara yang sedang berlaku dalam game.

    Tentang pengembangan RAM maya pula, fungsi ini mungkin tidak akan menawarkan penambahbaikan yang ketara kepada keseluruhan prestasi telefon. Fungsi ini membenarkan telefon untuk gunakan sebahagian daripada storan untuk dijadikan RAM, jadi ia bermanfaat untuk tugasan asas seperti membuka lebih banyak tab dalam pelayar web. Walaupun begitu, ia tidak menawarkan peningkatan prestasi dalam game. Reno6 5G membenarkan pengembangan RAM sehingga 5GB, namun saya berpendapat 2GB sahaja sudah mencukupi.

    Daripada segi haba, Reno6 5G menjadi agak suam sewaktu bermain game namun ia masih terkawal walaupun selepas bermain selama sejam. Sewaktu menggunakan kamera pula, telefon turut menjadi panas dengan agak cepat, jadi ini adalah satu perkara penting yang perlu diketahui jika anda ingin gunakan telefon ini sebagai alat fotografi utama anda.

    Beralih kepada bateri pula, Reno6 5G boleh bertahan sehingga dua hari jika anda sekadar menggunakannya untuk tugasan asas. Jika anda membuka game sekali pun, ia masih boleh bertahan lebih daripada sehari. Satu perkara yang menarik tentang baterinya adalah pengecasan SuperVOOC 2.0 berkadar 65W yang boleh mengecas dari 20% ke 100% dalam masa 30 minit.

    Akhirnya, kini kita akan bercakap tentang kamera di mana OPPO Reno6 5G mempunyai prestasi yang sangat baik dan merupakan salah satu kelebihannya. Kameranya boleh mengambil gambar yang baik pada waktu siang, malam, swafoto, potret dan banyak lagi.

    Untuk rakaman video pula, telefon ini boleh merakam pada resolusi sehingga 4K 30fps. Dengan fungsi SoLoop, anda boleh menyunting pelbagai jenis efek khas dalam video. Tanpa membuang masa, ayuh lihat contoh gambar di bawah:

    Kesimpulan – Rekaan unik, kamera hebat namun harganya agak mengecewakan

    Sepanjang saya menggunakannya, OPPO Reno6 5G adalah sebuah peranti yang amat mudah digunakan. Ia terasa elok apabila dipegang, rekaannya menawan, prestasi gaming pula elok dan kameranya juga menghasilkan gambar yang cantik. Satu kekurangan yang ketara adalah ketiadaan bicu audio 3.5mm kerana ramai pengguna akan mengharapkannya untuk sebuah telefon yang dijual pada harga ini.

    Bercakap tentang harga, ini mungkin merupakan perkara yang paling sukar tentang Reno6 5G. Ia dijual pada harga RM2,399, agak mahal berbanding jenama pesaing yang menawarkan telefon dengan spesifikasi serupa atau lebih baik.

    Sebagai contoh, banyak telefon yang dilengkapi cipset Snapdragon 778 5G dan lebih canggih berbanding Dimensity 900 dijual pada harga yang lebih murah, seperti yang boleh dilihat pada Xiaomi 11 Lite 5G (RM1,199), realme GT Master Edition (RM1,499) dan Samsung Galaxy A52s 5G (RM1,899).

    Walaupun begitu, jika anda utamakan rekaan yang unik dan kamera yang bagus, OPPO Reno6 5G adalah pilihan yang sesuai. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Apple mengalih keluar WhatsApp dan Thread daripada App Store di China

    Menurut Reuters, Apple melaporkan bahawa Pentadbiran Ruang Siber China (CAC) meminta Apple untuk mengalih keluar aplikasi WhatsApp dan Threads daripada App Store...

    Nubia Neo 2 5G akan dilancar di Malaysia pada 22 April 2024

    ZTE Malaysia telah memberi petunjuk ketibaan telefon pintar gaming jarak pertengahan di halaman Facebook yang akan dilancarkan pada 22 April 2024. Telefon...

    Meta AI umum akan datang ke Facebook, WhatsApp, Messenger dan Instagram kelak

    Meta AI yang dibina dengan Meta Llama 3 kini tersedia untuk beberapa negara di luar AS tetapi Malaysia masih belum menerimanya...

    HUAWEI nova 12i dilancar di Malaysia: SD 680, kamera 108MP dan storan 256GB pada...

    HUAWEI memperkenalkan HUAWEI nova 12i di seluruh negara, tambahan terbaru kepada siri nova dengan reka bentuk anggun. Ia menampilkan reka bentuk Cincin...

    Sony menukar polistirena kepada biopolimer biodegradasi dalam bungkusan untuk pelihara alam

    Sony merupakan syarikat pertama dalam industri yang menghapuskan penggunaan bahan kusyen buih polistirena untuk TV besar melibatkan BRAVIA 9 dan TV LED...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X