More

    Ulasan OPPO Reno7 Z 5G – Telefon kelas pertengahan dengan penampilan menarik & fotografi jelas

    Siri OPPO Reno7 terdiri daripada OPPO Reno7 dan OPPO Reno7 Pro. Tetapi, ada lagi satu model yang dikeluarkan oleh OPPO Malaysia pada baru-baru ini iaitu OPPO Reno7 Z 5G. Mari kita lihat ciri dan spesifikasi menarik OPPO Reno7 Z 5G kepada pengguna biasa.

    Reka bentuk – Premium dan berkilau

    OPPO Reno7 Z mempunyai bahagian belakang dan tepi yang rata memberikan penampilan yang elegan dan premium. Kami telah mendapat varian Rainbow Spectrum yang merupakan pilihan yang lebih baik berbanding warna hitam kerana kesan pelangi yang berubah-ubah di bahagian belakang apabila anda menggerakkan telefon pada pelbagai sudut.

    Ad
    Barang-barang di dalam kotak
    Di bahagian belakang berkilau dan bertekstur matte!
    Warna berubah apabila anda menggerakkan pada sudut yang berbeza
    Selesa digenggam
    Nisbah skrin-ke-badan yang baik
    Lubang tebuk (punch-hole) untuk kamera hadapan di bahagian atas kiri
    Bicu audio + port USB-C + pembesar suara
    Butang pembesar suara berada di sebelah kiri dengan dulang SIM
    Hanya butang kuasa di bahagian kanan

    Selain daripada rupa keseluruhan, telefon pintar ini amat selsa dipegang. Ia hadir dengan tekstur 3 lapisan yang memberikannya rasa matte dan masih mengekalkan kilauan. Modul kamera juga membantu menjadikan keseluruhan reka bentuk belakang kelihatan eksklusif. Selain itu, peranti ini adalah ultra nipis berukuran 159.9 x 73.2 x 7.5 mm dan seringan 173g.

    Kamera belakang terdiri daripada kamera utama sudut lebar, kamera makro di bawahnya, sensor kedalaman dan flash LED di antara kamera utama dan makro. Seperti yang anda lihat, dua kamera pertama agak besar namun ia tidaklah terlalu tebal. Ini bermakna anda tidak perlu memakai sarung getah getah jika anda menyukai warna dan tekstur peranti. Namun, kami mencadangkan agar anda memakai sarung getah untuk melindungi lensa kerana ia mungkin mudah tercalar akibat reka bentuk belakangnya yang tidak rata.

    Kamera agak menonjol
    Dulang SIM menyokong dua SIM atau 1x SIM + 1x kad microSD

    Di sebelah kiri dan kanan masing-masing membawa ciri tersendiri. Butang kuasa berada di sebelah kanan manakala butang pembesar suara di sebelah kiri bersama dulang SIM. Di bahagian bawah terdapat bicu audio 3.5mm, port USB-C dan pembesar suara.

    Ad

    Spesifikasi & ciri – Semua yang diperlukan bagi telefon kelas pertengahan

    Berikut ialah spesifikasi teknologi untuk OPPO Reno7 Z 5G:

    • OLED 6.43 inci, 1080×2400 piksel, kadar penyegaran semula 60Hz, kecerahan 600nits
    • Cipset Qualcomm Snapdragon 695 5G
    • LPDDR4x RAM 8GB, pengembangan RAM sehingga 5GB dengan 
    • Storan 128GB UFS 2.2
    • Kamera utama OmniVision OV64B 64MP + kamera makro 2MP GalaxyCore GC02M1 + sensor kedalaman 2MP GalaxyCore GC02M1B
    • Kamera swafoto 16MP
    • 4,500mAh
    • Pengecasan pantas SuperVOOC 33W 
    • Warna – Cosmic Black & Rainbow Spectrum
    • Pengimbas cap jari optik bawah paparan
    • Dimensi – 159.9 x 73.2 x 7.5 mm, Berat – 173g

    Daripada segi spesifikasi, OPPO Reno7 Z diperitngkatkan dalam beberapa bahagian jika dibandingkan dengan OPPO Reno6 Z. Ia menggunakan cipset Snapdragon 695 5G yang memberikan prestasi dan hayat bateri yang lebih baik untuk kegunaan keseluruhan. RAM LPDDR4x 8GB dan storan UFS 2.2 128GB adalah sama dengan Reno6 Z dan tidak banyak boleh diulas tentangnya.

    ColorOS 12 berdasarkan Android 11

    Namun begitu, ia juga mempunyai penurunan taraf yang ketara. Model pada tahun lepas membawa kamera swafoto 32MP manakala Reno7 Z kali ini sekadar menampilkan kamera hadapan 16MP sahaja. Ia tidak memberikan isu besar bagi kebanyakan orang tetapi peminat swafoto pasti perasan akan penurunan dalam perincian imej.

    Peranti ini membawa skrin AMOLED 6.43 inci dengan resolusi 2400×1080 (FHD+) dan kadar penyegaran semula 60Hz. Ia turut dilengkapi dengan pengimbas cap jari optik dalam paparan. Apa yang kami tahu, ia menggunakan paparan yang sama seperti Reno6 Z. Memandangkan ia menggunakan panel OLED, skrin peranti ini boleh menghasilkan warna dan kontras yang lebih bagus.

    Skrin AMOLED yang bagus, kadar segar semula yang bersesuaian
    Beberapa fungsi berguna boleh didapati dalam tetapan

    Terdapat beberapa fungsi menarik dalam menu tetapan telefon. Salah satunya adalah Breathing Light yang berfungsi untuk mengawal cahaya di sekeliling dua kamera di bahagian belakang. Anda boleh menetapkannya untuk menyala semasa mengecas atau menerima panggilan telefon. Terdapat juga tetingkap (window) Fleksibel yang membolehkan anda membuka dua aplikasi atau tab dibuka pada satu masa.

    Dalam aplikasi kamera, anda akan melihat pelbagai ciri termasuk mod malam, perlahan (slow-mo), selang masa (time-lapse), panorama dan makro. Ciri Potret Suar Bokeh dalam mod Potret juga terdapat pada kamera swafoto. Sekiranya anda mahukan lebih banyak kawalan manual, mod Pakar (Expert) membolehkan anda melaraskan kelajuan pengatup (shutter speed), apertur, ISO, imbangan putih (white balance) dan tahap pendedahan (exposure level). Rakaman video adalah standard dengan resolusi 720p atau 1080p.

    Mod permainan melakukan perkara biasa seperti pemberitahuan blok

    Satu lagi ciri adalah mod Games yang membolehkan anda menyekat semua pemberitahuan ketika bermain game. Ia boleh membuka game mudah alih dengan pantas. Terdapat juga aplikasi pra-pasang seperti Netflix, WhatsApp, Lazada dan banyak lagi. Bloatware pada peranti tidak begitu berguna dan anda boleh menyahpasang kebanyakan aplikasi yang tidak diperlukan.

    Bagi ciri keselamatan, terdapat pengimbas cap jari bawah paparan dan pengimbas muka. Sensor cap jari bersesuaian pada telefon ini dan membolehkan anda mengunci aplikasi atau fail terpilih yang mungkin berguna untuk bisnes. Anda juga boleh menggunakan pengimbas muka yang berfungsi agak pantas, tetapi malangnya, ia tidak akan berfungsi jika anda memakai pelitup muka.

    Prestasi – Lancar dan ciri fotografi yang bagus

    Penanda aras CPU Geekbench & penanda aras 3DMark Wild Life

    OPPO Reno7 Z mungkin tidak sekuat seperti model Pro. Namun, peranti jarak pertengahan ini bukan sahaja kelihatan menarik tetapi juga berpatutan jika anda memerlukan telefon 5G pertama. Dengan cipset Snapdragon 695, ia mampu melakukan pelbagai tugas. Ia mencatatkan markah 687 dan 1998 pada ujian tunggal dan berbilang teras Geekbench, iaitu seperti apa yang anda boleh jangkakan untuk prestasi CPU.

    Untuk game mudah alih, ia hanya berjaya mendapat markah 1218 pada ujian Wild Life 3DMark. Secara keseluruhan, anda boleh bermain game seperti PUBG Mobile tanpa banyak masalah. Tetapi Genshin Impact akan dihadkan kepada kadar bingkai dan kualiti grafik yang rendah, jadi anda tidak boleh nikmati sepenuhnya dunia yang cantik dalam game tersebut. Anda masih boleh menonton video 1080p di YouTube kerana cipset masih mampu untuk mengendalikan kebanyakan perkara tanpa lag atau isu lain.

    Anda boleh bermain game kelas bawah seperti PUBG Mobiles, tanpa harapan tinggi
    Seperti yang anda boleh lihat, grafik kelihatan agak berhalangan
    Genshin Impact tetapi hanya dengan menyesuaikan beberapa tetapan

    Seperti yang dinyatakan di atas, panel OLED menghasilkan warna dan kontras yang baik. Menonton video di YouTube agak menyeronokkan kerana warna-warnanya terang dengan warna hitam kontras. Pembesar suara juga cukup kuat untuk menikmati kebanyakan video, tetapi kualiti audio tidak begitu mengagumkan, maka kami memilih untuk memakai fon kepala untuk video.

    Sesetengah orang tidak menggunakan telefon mereka sepanjang hari, tetapi kebanyakan pengguna pasti ingin ketahui hayat bateri telefon. OPPO Reno7 Z mempunyai bateri 4,500mAh yang cukup besar untuk bertahan sepanjang hari. Video 1080p selama 1 jam di YouTube menggunakan bateri sebanyak 9%, jadi anda boleh menonton sehingga 11 jam. Daripada segi pengecasan, pengecas 33W boleh meningkatkan hayat bateri sehingga 67% dalam masa 45 minit dan 85% bateri dalam masa kira-kira sejam.

    Bateri pada 10% dan pengecasan bermula pada 7:03 malam. Dicas semula 67% dalam 45 minit, 85% dalam kira-kira 1 jam
    LED ini menyala apabila telefon dicas

    Seterusnya, perkara yang diharapkan oleh kebanyakan peminat OPPO adalah bahagian fotografi. Pada pendapat saya, kamera utamanya menghasilkan tangkapan gambar yang jelas di bawah cahaya matahari, memberikan kontras dan warna semula jadi. Anda akan mendapat kontras yang lebih baik dengan mengaktifkan HDR, tetapi warna akan menjadi lebih tepu. Mod peningkatan AI juga sama walaupun foto kelihatan lebih semula jadi daripada mod HDR. Di bawah merupakan beberapa contoh gambar yang kami ambil.

    Pelbagai ciri yang tersedia membantu anda mengambil pelbagai foto yang berbeza juga. Mod malam membolehkan pengguna mengambil foto dengan kontras dan perincian yang tinggi walaupun dengan cahaya malap. Bagi mereka yang gemar mengambil swafoto, Potret Bokeh Flair dan Potret Warna AI juga bagus manakala mod makro tidak begitu mengagumkan. Namun, kami lebih suka dengan mod video dwi-paparan.

    Mod normal
    Mod normal + HDR
    Mod normal + peningkatan AI
    Mod 64MP (kiraan piksel lebih tinggi)
    1x zum – Focus pada kawasan permainan di tengah
    2x Zum
    5x Zum – Perincian imej masih bagus, tidak kabur
    Mod swafoto – Potret AI dan Potret Suar Bokeh
    Mod malam dimatikan
    Mod malam diaktifkan

    Kesimpulan – Telefon menarik dan prestasi bagus

    Banyak telefon kelas pertengahan yang tersedia tetapi pengguna pasti ingin memilih yang berpatutan. Kebanyakan peranti mempunyai ciri yang lebih baik di beberapa bahagian atau yang lain, maka agak sukar untuk mendapat peranti yang seimbang. OPPO Reno7 Z tidak begitu hebat dalam prestasi umum atau gaming. Sekiranya anda mahukan peranti kelas pertengahan yang menarik perhatian dengan prestasi fotografi yang baik, kami mengesyorkan OPPO Reno7 Z.

    Walau bagaimanapun, harga yang diminta iaitu RM1,699 bermakna ia lebih mahal daripada kebanyakan telefon kelas pertengahan yang tersedia pada masa ini. POCO X3 GT (RM1,299) lebih berpatutan jika anda mahukan telefon gaming, manakala OnePlus Nord N10 (RM1,199) mempunyai spesifikasi dan prestasi yang setanding juga. Bagaimanapun, kedua-dua telefon itu tidak dapat mengalahkan OPPO Reno7 Z daripada segi reka bentuk.

    Adakah ulasan OPPO Reno7 Z 5G ini membantu anda untuk memilih telefon kelas pertengahan yang lebih berpatutan? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

     

    Artikel Terkini

    OPPO A57 4G dilancar: Helio G35, skrin 6.56″ dan bateri 5,000mAh bermula ~RM705

    OPPO A57 4G telah diumumkan baru-baru ini. Telefon ini berbeza daripada OPPO A57 5G yang diumumkan bulan lepas di China kerana ianya...

    Pelancaran tablet PerantiSiswa ditangguh, tender pembekal awal dibatalkan

    Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa mengatakan pengagihan tablet percuma kepada pelajar universiti kategori B40 akan ditangguhkan selepas tender pembekal...

    ShopeeFood kini beroperasi di Pulau Pinang bermula Jun 2022

    Selepas pelancarannya di Lembah Klang dan Johor Bahru, ShopeeFood meluaskan perkhidmatan penghantaran makanannya di Pulau Pinang bermula Jun ini. Penduduk di Pulau...

    MySejahtera diaktifkan semula mulai hari ini untuk menangani jangkitan cacar monyet

    Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mengumumkan aplikasi MySejahtera akan diaktifkan semula mulai hari ini bagi menangani jangkitan cacar monyet dengan lebih baik. Beliau...

    Diablo Immortal bakal dilancar di Malaysia pada 22 Jun 2022, kini boleh pra-muat turun...

    Sesetengah gamer sudah mula pra-muat turun game Diablo Immortal untuk PC sementara menunggu game tersebut dikeluarkan pada 22 Jun nanti. Game ini tersedia dalam Open Beta, Android dan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X