fbpx
More

    Ulasan POCO F4: Telefon pintar dengan prestasi “gaming” dan kamera yang baik

    Xiaomi Malaysia telah mengeluarkan dua telefon bimbit sekaligus iaitu POCO F4 dan POCO X4 GT. POCO F4 dilengkapi dengan Snapdragon 870, skrin AMOLED 120Hz dan pengecasan pantas 67W membawa harga RM1,599. Namun, adakah ia berbaloi untuk dibeli untuk keperluan harian anda? Mari lihat ulasan di bawah untuk tahu lebih lanjut, seperti yang telah ditulis oleh pengulas TechNave CN.

    Reka bentuk: Skrin dan bingkai rata

    Dalam kotak: Telefon pintar, sarung telefon, Pin SIM, manual, pengecas dan kabel pengecas Jenis-A hingga USB-C dan sebagainya.
    Sarung lembut lutsinar POCO F4
    POCO F4 juga menyediakan kabel antara bicu audio 3.5mm ke jenis-C
    Pengecas 67W

    POCO F4 mempunyai 3 warna iaitu Moonlight Silver, Nebula Green, dan Night Black seperti yang telah dipinjamkan kepada kami. Bahagian belakang POCO F4 membawa kemasan cermin kaca, rata, sudut bulat modul kamera bulat. Namun, bahagian cermin kaca meninggalkan kesan cap jari manakala bahagian tepinya yang lurus tidak terasa begitu selesa dipegang dan mudah tergelincir.

    Modul kamera belakang
    Skrin AMOLED 6.67 inci
    Kamera swafoto 20MP

    Modul kamera POCO F4 tidak begitu menonjol di mana tiga modul kamera dalam bentuk bulat dan lampu kilat (flash) panjang disediakan di bawah kamera. Logo POCO diletakkan di bahagian belakang sebelah kiri agak rendah dan tidak begitu menonjol.

    Slot kad SIM (dua kad SIM boleh diletakkan), jenis-C dan pembesar suara
    Di atas telefon: pembesar suara dan mikrofon
    Sebelah kiri telefon
    Bahagian kanan telefon: Butang audio dan butang kuasa yang juga berfungsi sebagai pengimbas cap jari

    Pada bahagian hadapan, POCO F4 menampilkan skrin AMOLED 6.67 inci dengan memberikan kawalan yang baik  dan bezel yang nipis. Keseluruhan reka bentuk adalah segi empat tepat memberikan pengalaman menonton yang selesa. Tidak dilupakan, kamera swafoto berada di lubang tebuk bahagian tengah dengan diameter kamera yang sangat kecil. Oleh itu, ia tidak terlalu jelas dan menjejaskan pengalaman visual.

    Dalam aspek lain, POCO F4 menyokong kad dwi-SIM, pengimbas cap jari di sisi dan dilengkapi dengan dwi-pembesar suara pada bahagian atas dan bawah telefon. Akan tetapi, tidak seperti kebanyakan telefon pintar, ia tidak mempunyai bicu audio 3.5mm.

    Spesifikasi dan konfigurasi: Spesifikasi yang baik

    • Skrin AMOLED 6.67 inci, kadar pensampelan sentuh 360Hz, kadar penyegaran semula 120Hz
    • Cipset Snapdragon870
    • RAM 6/8GB dan ROM 128/256GB 
    • Tri-kamera belakang: kamera utama 64MP + lensa ultra lebar 8MP + lensa makro 2MP
    • Kamera swafoto 20MP 
    • Bateri 4,500mAh, menyokong pengecasan pantas 67W
    • Pengimbas cap jari di sisi dan menyokong pengimbas muka
    • Warna: Moonlight Silver, Nebula Green, dan Night Black

    Daripada segi prestasi, POCO F4 dilengkapi dengan cipset Snapdragon 870, menyediakan RAM sehingga 8GB dan storan UFS 3.1 sehingga 256GB. Snapdragon 870 masih memberikan prestasi yang baik (dilancarkan pada tahun lepas) tetapi agak kurang dalam skor prestasi jika dibandingkan dengan cipset MediaTek Dimensity 8100 pada POCO X4 GT. Namun, skrin AMOLED 6.67 inci yang menyokong kadar segar semula 120Hz dan kadar bacaan sentuh 360Hz membantu untuk memberikan pengalaman gaming yang baik.

    Daripada segi tangkapan imej, POCO F4 dilengkapi dengan tri-kamera belakang yang terdiri daripada kamera utama 64MP + lensa ultra lebar 8MP + lensa makro 2MP sama seperti telefon kelas pertengahan standard.

    Berbanding dengan POCO X4 GT, POCO F4 mempunyai lebih banyak sistem anti-getaran, penstabilan imej optikal (OIS) dan rakaman 4K 60 FPS.  Walau bagaimanapun, rakaman 4K 60 FPS dihadkan kepada sehingga 8 minit.

    Suntingan ajaib

    Selain itu, POCO F4 mempunyai fungsi suntingan ajaib tambahan yang boleh memadam orang yang tidak diingini dalam foto dengan satu klik. Fungsi ini dapat membantu mereka yang tidak pandai menggunakan aplikasi penyuntingan foto yang lain.

    Game Space
    Mod gaming: menyediakan mod seimbang dan pemilihan mod prestasi

    Untuk bahagian gaming, POCO F4 turut menyediakan fungsi Game Space di mana setelah ciri ini dihidupkan, anda boleh melihat game yang disediakan dalam telefon. Apabila bermain game, anda boleh leret ke kanan untuk mengaktifkan mod Game Turbo. Gamer juga boleh memilih mod seimbang dan mod prestasi mengikut keperluan mereka sendiri. Mod prestasi akan mengambil sedikit kuasa bateri tetapi ia akan meningkatkan prestasi gaming anda. 

    Dalam aspek lain, POCO F4 dilengkapi dengan dwi-pembesar suara dan kualiti bunyi yang sederhana. Bunyinya agak pecah sedikit jika ia dimainkan dalam audio yang maksimum.

    Prestasi: Keseluruhannya agak baik tetapi cepat panas

    Prestasi keseluruhan POCO F4 adalah sangat lancar, sama ada bermain game atau membuka aplikasi. Ia mampu memberikan respon yang pantas tanpa sebarang lag. Selain itu, ia menggunakan perisian MIUI 13 namun terdapat sedikit iklan. Di Geekbench, POCO F4 mendapat 980 dalam ujian teras tunggal dan 2927 dalam berbilang teras.

    Prestasi game “Glory of the King” atau “Genshin Impact” berfungsi dengan lancar sambil mengekalkan kualiti gambar serta “Honor of Kings”pula mudah dikendalikan tanpa sebarang gangguan skrin. Pengulas menghidupkan relosulusi yang tinggi ketika bermain Game “Yuan Shen” dan ia tidak menjejaskan prestasi gaming sama sekali. 

    Namun, pengulas dapat merasakan peranti menjadi panas dalam beberapa minit ketika bermain “Yuan Shen”. Hayat bateri juga cepat menurun ke 17% ketika pengulas bermain “Genshin Impact” selama hampir 35 minit.

    Bagi pengecasan, POCO F4 mempunyai bateri 4,500mAh yang menyokong pengecasan pantas 67W dan pengecas 67W turut disediakan di dalam kotak. Ia hanya mengambil masa hampir 11 minit sahaja untuk mengecas daripada 0% kepada 36% dan 42 minit boleh meningkat ke 98%. Ia mengambil masa 3 minit untuk mengecas daripada 98% kepada 100%. Anda akan memiliki satu jam hayat bateri untuk menonton filem apabila kuasa bateri mencecah 8-10%. Tanpa penggunaan yang berat, hayat bateri boleh bertahan selama sehari.

    Tangkapan gambar

    Daripada segi tangkapan gambar, POCO F4 menghasilkan kontras warna yang lebih terang dan imej kelihatan memuaskan di bawah cahaya yang mencukupi. Sementara itu, butiran daun yang ditangkap menggunakan fungsi makro nampak agak jelas.

    Fungsi yang sangat mengagumkan adalah peranti ini masih menghasilkan imej yang jelas pada waktu malam. Pengguna tidak akan mengalami masalah imej yang kabur dan lebihan cahaya malah ia memberikan prestasi kawalan yang sangat baik.

    Dalam mod potret, POCO F4 akan mengasingkan watak dan latar belakang dengan sempurna walaupun model mempunyai rambut yang nipis.

    Mod potret
    Mod makro
    Mod standard
    Mod standard
    Lensa ultra lebar
    Mod standard
    Zum 2x
    Zum 4x
    Zum 6x
    Zum 10x
    Mod standard
    Mod standard
    Mod standard
    Mod standard
    Mod standard
    Mod standard
    Mod standard
    Mod standard
    Mod malam
    Mod standard
    Mod standard
    Mod malam
    Mod standard

    Ringkasan – Prestasi kamera dan sentuhan skrin yang bagus

    Walaupun POCO F4 dilengkapi dengan cipset Snapdragon 870, ia masih boleh digunakan untuk bermain game dengan sentuhan sentuhan yang pantas pada skrin AMOLED. Tetapi peranti ini cepat panas untuk  penggunaan yang sekejap. Bahagian kameranya sesuai untuk rakaman harian umum dan rakaman 4K 60fps.

    POCO X4 GT yang dilengkapi dengan cipset Dimensity 8100 adalah lebih menarik daripada segi prestasi dan fungsi yang lain manakala POCO F4 akan lebih sesuai untuk pengguna yang ingin tangkapan imej yang baik dan gaming. Dengan harga RM1,599, anda juga boleh mendapatkan OPPO Reno 7 Z 5G yang dilengkapi dengan cipset Snapdragon 695 5G sambil membawa reka bentuk yang selesa. Anda hanya perlu menambah RM100 sahaja untuk mendapatkan Samsung Galaxy M53 yang membawa cipset Dimensity 900 dan bateri 5,000mAh.

    Pokok pangkalnya, anda harus memilih telefon yang mengikut keperluan mereka. Begitulah penilaian POCO F4 daripada Technave! Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

     

    Artikel Terkini

    Infinix GT 20 Pro akan dilancar di Malaysia pada 2 Mei 2024

    Infinix Malaysia bakal melancarkan telefon pintar terbaru, Infinix GT 20 Pro, pada hari Khamis, 2 Mei 2024. Telefon kelas pertengahan ini bakal...

    Tesla Model 3 Performance rasmi di Malaysia, 0-100km/j hanya 3.1 saat bermula RM242,000

    Hari ini, Tesla Malaysia telah melancarkan Tesla Model 3 Performance secara rasmi. Untuk pengetahuan, Tesla Model 3 Performance telah dilancarkan sebelum laporan...

    Pesaing Tesla, Polestar hasilkan telefon pintar pertama dengan ciri AI khas

    Salah satu pesaing Tesla dalam pasaran kenderaan elektrik, Polestar, baru sahaja melancarkan telefon pertama mereka. Untuk pengetahuan, Polestar Phone dan Meizu 21...

    Elon Musk: Tesla adalah kenderaan EV dengan kos penyelenggaraan paling murah

    Sebuah analisis data yang diterbitkan oleh Consumer Reports pada Jumaat lalu menyatakan Tesla adalah jenama kenderaan elektrik (EV) yang mempunyai kos penyelenggaraan...

    GXBank: Faedah deposit 5% Savings Pockets setahun akan berakhir lebih awal

    Kepada pengguna GXBank yang ingin menikmati diskaun faedah deposit 5% Savings Pockets setahun, ketahuilah bahawa ia akan berakhir walaupun belum sampai 9...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X