fbpx
More

    Ulasan Razer Seiren V2 Pro – Mikrofon lengkap untuk penggiat “streaming”

    Kini, semakin ramai gamers di seluruh dunia ingin berkecimpung dalam industri streaming di mana mereka menyiarkan sesi gaming mereka secara langsung dalam platform Twitch atau Facebook Gaming. Demi memenuhi permintaan yang semakin tinggi ini, pelbagai syarikat perkakasan gaming termasuk Razer telah menghasilkan pelbagai produk audio yang dikhaskan untuk streaming.

    Terbaru, mereka telah melancarkan Razer Seiren V2 Pro iaitu sebuah mikrofon USB yang bukan sahaja boleh merakam suara anda dengan jelas, malah menawarkan fungsi-fungsi khas untuk streamer seperti pengacuan bunyi (audio mixing) dan penapis high pass filter untuk menapis bunyi-bunyi persekitaran yang tidak diingini. Jadi adakah mikrofon ini sesuai untuk gamers dan streamers di luar sana? Ayuh baca ulasan ini untuk mengetahuinya.

    Daripada segi rekaan, Seiren V2 Pro mempunyai rekaan yang menarik dan ringkas. Mikrofonnya berbentuk pil dan boleh diputarkan hampir 360° pada tongkatnya (mount). Berbeza dengan produk Razer lain yang selalunya mempunyai gabungan warna hitam dan hijau, Seiren V2 Pro diselubungi warna hitam sepenuhnya jadi ia nampak lebih berprofil rendah. Logo Razer juga tidak kelihatan jelas, ia hanya tertera secara halus di depan mikrofon.

    Reka bentuk pil yang ringkas
    Logo Razer kecil di bahagian depan
    Boleh disengetkan supaya suara anda boleh dirakam dengan lebih jelas
    Desk stand base dengan tongkat yang pendek
    Piring desk stand base ini boleh ditanggalkan

    Seluruh mikrofon ini diperbuat daripada besi, membuatkannya rasa berat, amat kukuh dan berkualiti tinggi. Razer turut menyediakan piring desk stand base yang turut dibuat daripada besi bagi mendirikan mikrofon ini di atas meja. Sungguh pun begitu, anda boleh menggantikan piring ini dengan tongkat boom arm bagi mendekatkan mikrofon ini ke mulut anda.

    Di hadapan ia mempunyai butang bisu (mute) dan dua tombol untuk melaraskan kelantangan volume dan gain, manakala di belakang pula terdapat bicu audio 3.5mm dan port USB-C. Tombol volume digunakan untuk mengawal kelantangan dalam fon telinga yang dihubungkan kepada bicu audio 3.5mm, manakala tombol gain pula mengawal tahap audio yang dirakam untuk suara anda. 

    Satu perkara yang saya suka adalah kabel USB-C mempunyai bahagian hujung yang boleh diratakan dengan permukaan belakang mikrofon, membuatkannya nampak sangat kemas. Kabelnya juga dijalin dengan benang (braided) untuk penampilan yang lebih kemas dan tahan lama.

    Butang mute, tombol Volume dan Gain di depan
    Warna merah jika mikrofon dimatikan (kiri) dan hijau jika dihidupkan (kanan)
    Bicu audio 3.5mm di belakang
    Port kabel USB-C boleh diratakan dengan bahagian belakang mikroofon
    Kabel USB-C ke USB-A yang dijahit (braided)
    Tongkat mikrofon ini boleh diskrukan dengan boom arm untuk mendekatkan mikrofon kepada mulut anda

    Seperti yang anda boleh jangkakan dengan mikrofon pada taraf ini, Seiren V2 Pro boleh merakam suara anda dengan sangat jelas. Saya telah mencubanya dalam beberapa game serta panggilan video dan mereka boleh mendengar suara saya tanpa sebarang perubahan (distortion) ketara. Saya juga mendapati penapis high pass filter berjaya menapis bunyi persekitaran seperti angin kipas atau penghawa dingin dengan baik.

    Sungguh pun begitu, anda perlu pastikan bahawa bahagian atas mikrofon ini perlu disengetkan ke arah mulut anda untuk bunyi yang terbaik, kerana medan pendengarannya dipancarkan daripada bahagian atas. Mikrofon ini juga mempunyai penyerap hentakan dalaman (built-in shock absorber) untuk mengurangkan sebarang bunyi kecil yang dihasilkan daripada hentakan atau getaran meja sewaktu anda menaip pada papan kekunci.

    Apabila mikrofon ini dihubungkan melalui USB, anda boleh memasang perisian Razer Synapse ke dalam komputer ini untuk tujuan pengacuan audio. Dalam seksyen Stream Mixer, anda boleh ubah tetapan seperti sampling rate dan tahap kelantangan untuk game, muzik atau suara anda secara berasingan. Ini pastinya amat berguna buat streamer yang perlu mengimbangkan kelantangan di antara suara dengan audio daripada game atau pemain muzik.

    Contoh audio daripada Razer Seiren V2 Pro
    Tetapan asas dalam Razer Synapse
    Stream Mixer dalam Razer Synapse

    Sungguh pun begitu, Razer Synapse adalah perisian yang tidak diwajibkan untuk mengguna Seiren V2 Pro. Jika anda sekadar menggunakannya sebagai mikrofon USB biasa, ia sudah boleh merakam kualiti audio yang jelas.

    Satu perkara yang saya kurang gemar tentang mikrofon ini adalah kerana tongkatnya yang pendek, ia berada agak jauh daripada mulut saya. Ini bukanlah masalah yang sangat rumit, namun untuk mendapatkan bunyi yang lebih jelas, saya menasihatkan anda untuk memasangkan mikrofon ini pada boom arm supaya ia boleh diletakkan lebih dekat kepada mulut anda.

    Selain itu, tombol gain dan volume boleh diputarkan tanpa sebarang had, jadi mungkin sukar untuk mengagak sama ada anda berada pada tahap kelantangan maksimum atau minimum sewaktu anda melaraskan kelantangannya.

    Sewaktu menggunakan Stream Mixer pula, ia mungkin sukar digunakan oleh mereka yang baru ingin berjinak dalam dunia streaming. Seiren V2 Pro terus menyediakan sepuluh jenis output dan tiga input untuk audio, dan ini mungkin akan menyukarkan streamer pemula untuk menghasilkan acuan audio yang sempurna untuk siaran mereka.

    10 jenis input untuk Razeri Seiren V2 Pro (kiri) dan tiga jenis input

    Dan mungkin kekurangan terbesar tentang Seiren V2 Pro ini adalah pada harganya yang sangat mahal iaitu RM709. Razer memang terkenal sebagai sebuah jenama yang menjual produk gaming bermutu tinggi pada harga mahal, namun dengan harga sedemikian, anda boleh mendapatkan mikrofon lain dengan kebolehan serupa pada harga yang lebih murah.

    Secara keseluruhan, saya berpuas hati dengan apa yang ditawarkan dalam mikrofon Razer Seiren V2 Pro kerana rekaannya yang menarik untuk ditunjukkan dalam siaran anda serta kualiti audio yang jelas. Walaupun harganya mahal, kualiti audio serta fungsi yang disediakan membuatkannya sangat berbaloi untuk mereka yang ingin berkecimpung dalam dunia streaming.

    Alternatif yang sesuai kepada mikrofon ini termasuklah HyperX QuadCast yang menyediakan pencahayaan RGB jika anda lebih gemar mikrofon yang berwarna-warni untuk siaran anda, Shure MV7 jika anda inginkan gabungan port USB dan XLR, serta Razer Seiren Mini untuk mikrofon Razer yang lebih murah daripada Seiren V2 Pro.

    Beritahu kami di Facebook jika ulasan ini membantu anda dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Spesifikasi

    • Tenaga diperlukan: 5V/350mA
    • Kadar sampling: 44.1kHz, 48kHz, 96kHz
    • Kadar bit: 24 bit
    • Pemacu 30mm dinamik
    • Bentuk medan pendengaran: Cardioid
    • Tindak balas frekuensi: 20~20kHz
    • Sensitiviti: -34dB
    • Max SPL: 120dB
    • Signal to Noise: 105dB
    • Boleh digunakan dengan Razer Synapse 3

    Kelebihan: Kualiti audio jelas, reka bentuk ringkas

    Kekurangan: Harga mahal, sukar dilaraskan untuk golongan pemula

    Kesimpulan: Mikrofon menarik untuk mereka yang serius dengan streaming

     

    Artikel Terkini

    CelcomDigi perkenalkan pakej “roaming” khas untuk jemaah umrah dan haji

    Syarikat telekomunikasi CelcomDigi kini memperkenalkan pakej perayauan baharu Hajj Roaming Pass yang dikhaskan untuk para pelanggan yang ingin menunaikan ibadat haji atau...

    Infinix GT 20 Pro akan dilancar di Malaysia pada 2 Mei 2024

    Infinix Malaysia bakal melancarkan telefon pintar terbaru, Infinix GT 20 Pro, pada hari Khamis, 2 Mei 2024. Telefon kelas pertengahan ini bakal...

    Tesla Model 3 Performance rasmi di Malaysia, 0-100km/j hanya 3.1 saat bermula RM242,000

    Hari ini, Tesla Malaysia telah melancarkan Tesla Model 3 Performance secara rasmi. Untuk pengetahuan, Tesla Model 3 Performance telah dilancarkan sebelum laporan...

    Pesaing Tesla, Polestar hasilkan telefon pintar pertama dengan ciri AI khas

    Salah satu pesaing Tesla dalam pasaran kenderaan elektrik, Polestar, baru sahaja melancarkan telefon pertama mereka. Untuk pengetahuan, Polestar Phone dan Meizu 21...

    Elon Musk: Tesla adalah kenderaan EV dengan kos penyelenggaraan paling murah

    Sebuah analisis data yang diterbitkan oleh Consumer Reports pada Jumaat lalu menyatakan Tesla adalah jenama kenderaan elektrik (EV) yang mempunyai kos penyelenggaraan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X