fbpx
More

    Ulasan realme 5 Pro – Harga hebat untuk peranti berkamera quad yang mantap

    Peranti pintar kini hadir dengan pelbagai spesifikasi mengagumkan di mana peranti pertengahan terbaru adalah hampir dengan peranti flagship terdahulu, tetapi hanya terdapat segelintir peranti pertengahan dengan harga sederhana di pasaran dengan prestasi yang baik. Baru-baru ini, kita dapat lihat banyak peranti pertengahan hadir bersama ciri menarik dan realme adalah satu daripada jenama yang berkembang pantas dengan peranti mampu milik yang bernilai.

    Banyak peranti pintar realme merupakan pilihan menarik yang menawarkan harga berpatutan. Bagaimana dengan realme 5 Pro yang berharga RM1099? Jom uji sekarang untuk mengetahuinya.

    Reka bentuk – Teliti dan menarik

    Realme 5 pro agak lebih menarik berbanding realme 3 Pro dengan reka bentuk potongan berlian dicampur dengan gradien warna ungu dan biru pada panel belakang. Di bahagian hadapan, realme 5 Pro hadir dengan perlindungan Gorilla Glass 3, manakala panel belakang diperbuat daripada plastik dengan sudahan yang berkilau. Dengan paparan Dewdrop 6.3 inci full-HD+ (1080 x 2340 piksel), ia menjanjikan kecerahan skrin (brightness) yang baik dengan pemaparan yang memuaskan. Peranti ini juga hadir dengan bezel nipis, bersaiz telapak tangan dan reka bentuk ringan, serta mudah. Dengan sudahan berkilau, panel belakang kelihatan seperti kaca yang membuatkan peranti kelihatan begitu menarik.

    Sisi plastik
    Reka bentuk kristal menarik dengan logo realme
    Tetapan kamera quad menegak
    Menyokong VOOC 3.0 dan dulang dwi-SIM, kad mikroSD

    Realme Pro 5 memiliki bicu headphone 3.5mm, port USB Type-C dan gril pembesar suara di bahagian bawah. Di bahagian kiri dan kanan peranti adalah butang power dan butang kelantangan (volume), manakala dwi-SIM + dulang mikroSD terletak di atas butang kelantangan. Di samping itu, terdapat sokongan pengecasan pantas VOOC 3.0. Dengan harga yang sedemikian, pengecasan pantas merupakan nilai tambah yang hebat.

    Ciri dan Spesifikasi Teknologi – Peranti pertengahan yang tidak mengecewakan anda

    Prestasi realme 5 Pro bukan lah satu kejutan tetapi ia juga tidak akan mengecewakan anda. Dikuasai processor Snapdragon 712, prestasi boleh dikatakan stabil untuk peranti kelas pertengahan. Tambahan pula, peranti ini hadir dengan RAM 8GB + storan 128GB dan mempunyai memori yang boleh diperluas melalui kad mikroSD. Jadi, sekurang-kurangnya peranti ini menawarkan lebih nilai dalam kalangan peranti pertengahan.

    Cipset yang betul sepatutnya adalah Qualcomm Snapdragon 712 berbanding Snapdragon 845

    Berkenaan kamera, tetapan kamera quad belakang adalah penarik utama realme Pro 5. Ia menguasakan kamera utama 48MP (sensor SONY IMX586, f/1.8 apertur) + (lensa 8MP sisi ultra-lebar) + lensa makro 2MP dan lensa potret 2MP yang membolehkan anda mengambil gambar dari pelbagai perspektif. Untuk selfie, anda boleh mendapatkan kamera berhadapan (front-facing) 16MP. Anda boleh melihat contoh gambar kemudian dan menilainya sendiri.

    Sejujurnya, realme 5 Pro tidak hadir dengan ciri eksklusif, tetapi padat dengan spesifikasi gagah yang lebih dari mencukupi untuk merangkumi segala fungsi secara umum. Contohnya, terdapat Game Space untuk memastikan permainan game yang lancar, aplikasi Clone untuk menduplikasi aplikasi mesej segera (FB Messenger, WeChat dan lain-lain) dan Smart Sidebar untuk mengakses data dengan lebih pantas dan mudah.

    Lensa utama 48MP dengan HDR dan lensa makro disertakan dengan mod yang berbeza

    Selain itu, realme 5 Pro memiliki sensor cap jari (fingerprint) biasa di bahagian belakang dengan respon yang agak pantas. Bukan teknologi baru, tetapi masih wajar diwujudkan.

    Prestasi – Prestasi gaming dan fotografi lebih daripada jangkaan

    Dilengkapi dengan Snapdragon 712, realme Pro 5 mencapai skor purata sebanyak 178, 655 pada AnTuTu dan mengutip mata 2099 pada 3DMark, 3.1 pada OpenGL dan 1985 pada Vulkan. Walaupun dengan skor yang biasa, peranti ini berfungsi agak baik untuk pelbagai kegunaan.

    Semasa bermain PUBG, realme Pro 5 pada mulanya ditetapkan dengan tetapan grafik tinggi melalui default. Malangnya, walaupun dengan grafik HD dan fps tinggi, peranti ini menawarkan grafik yang lancar, tiada frame jatuh dan sambungan WiFi yang stabil.

    Dalam permainan Asphalt 9, realme 5 Pro memaparkan pengalaman gaming yang mantap tanpa frame jatuh dan lag walaupun dengan grafik dan fps tertinggi untuk lebih dari setengah jam. Prestasi ini agak membanggakan untuk sebuah peranti kelas pertengahan. Selain itu, persembahan audio juga jelas untuk pengalaman bunyi yang memuaskan semasa menonton YouTube atau bermain game.

    Grafik HD kelihatan baik

    Tanpa melupakan kewujudan bateri besar 4035 mAh, realme 5 Pro masih mempunyai 78% jangka hayat bateri selepas 3 jam bermain game dan menjalani ujian AnTuTu + 3DMark. Sebagai tambahan, pengecasan pantas VOOC 3.0 menjanjikan tahap 50% melalui pengecasan selama 30 minit. Kami telah mencubanya dan berjaya mengecas dari 0% ke 43% dalam masa 30 minit yang mana agak memuaskan. Secara keseluruhan, ia menawarkan kualiti bunyi yang baik dan sambungan panggilan yang stabil.

    Sekarang kita lihat pula pada prestasi kamera. Realme 5 Pro memberikan gambar berkualiti dengan penggambaran di siang hari dengan kamera quad 48MP, walaupun apabila gambar dizum sebanyak 2X atau 5X. Tambahan pula, lensa ultra-lebar dan fungsi lensa makro membenarkan anda mengambil gambar dari pelbagai sudut.

    Foto biasa di siang hari
    Sudut-lebar berfungsi dengan baik juga
    Gambar jarak dekat (close-up), sekarang saya terliur sushi!
    Butiran agak jelas dengan pencahayaan rendah
    Uniknya patung ni!
    Zum 1X
    Zum 2X
    Masih jelas walaupun dengan zum 5X
    Latar belakang kabur yang cantik dengan mod potret
    Mod potret lagi
    Gambar menggunakan lensa makro agak pelik kali ini dengan hasilnya yang agak gelap
    Gambar pada waktu malam yang mengagumkan dengan mod Nightscape
    Selfie!

    Tahap kecerahan lensa makro agak mengecewakan, manakala efek bokeh dan sudut tangkapan kadang-kadang kelihatan pelik. Namun, hal ini biasanya hanya terjadi apabila pencahayaan tidak mencukupi. Adakalanya, kamera utama 48MP sudah memadai dengan hanya fungsi zum.

    Kesimpulan – Prestasi melangkaui jangkaan untuk peranti pertengahan

    Sungguhpun dengan lensa makro yang memerlukan sedikit peningkatan, realme 5 Pro menawarkan gabungan ideal di antara pengalaman gaming, jangka hayat bateri mantap, sokongan pengecasan pantas VOCC 3.0, kamera mengagumkan, jumlah storan yang mencukupi dan gaya premium. Melihat kepada harga, ini merupakan tawaran yang baik.

    Jika dibandingkan dengan Xiaomi Mi 9 SE yang juga dikuasai dengan Snapdragon 712, realme 5 Pro mungkin kekurangan dari segi sensor fingerprint in-display, paparan AMOLED, lensa telefoto, jenis kaca di belakang peranti dan pemancar inframerah. Namun, ciri realme 5 Pro seperti RAM 8GB (Mi 9 SE dengan RAM 6GB), pengecasan pantas VOOC 3.0 20W (Mi9 SE dengan 18W), lensa makro, kad SD, audio lebih lantang, kapasiti bateri lebih besar dan bicu headphone 3.5mm membuatkan kebanyakan pengguna tidak akan peduli tentang casis plastik untuk ciri berikut.

    Untuk peranti dengan julat harga sama, Samsung Galaxy A50 mempunyai kelebihan dengan memiliki NFC, manakala OPPO A9 2020 memiliki Dolby Atmos. Pesaing lain ialah Xiaomi Mi 9T yang dikuasakan Snapdragon 730 dengan kamera pop-up. Yang dinyatakan adalah ciri menarik yang tiada pada realme 5 Pro, tetapi untuk pengguna yang mementingkan berat peranti, reka bentuk, sokongan kad SD dan interface UI, realme 5 Pro sememangnya adalah pilihan yang bijak.

    Apa pandangan anda? Adakah anda ingin membeli realme 5 Pro atau anda mengenali sesiapa yang sudah memiliki peranti ini? Ada kekurangan pada ulasan ini? Beritahu kami di laman Facebook dan untuk ulasan dan berita peranti pintar terkini, nantikan di TechNave.com.

     

    Artikel Terkini

    Aeon Bank bakal mulakan operasi perbankan digital Islam pada akhir suku kedua 2024

    Aeon Bank (M) Bhd, yang merupakan salah satu daripada lima pemegang lesen perbankan digital di Malaysia, bakal memulakan operasi serta melancarkan aplikasi...

    Perkhidmatan ETS KTM bakal bermula di Segamat, Johor pada 1 Julai 2024

    Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTM) telah memberikan pendedahan mengenai Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) akan datang di Segamat, Johor yang akan mula beroperasi...

    realme Narzo 70x 5G akan dilancar pada 24 April 2024

    realme akan melancarkan telefon pintar mampu milik, realme Narzo 70x 5G, pada hari Rabu, 24 April 2024 di India jam 12:00 tengah...

    vivo Y200i dilancar: SD 4 Gen 2, bateri 6,000mAh, cas pantas 44W, skrin 120Hz...

    vivo telah memperkenalkan telefon pintar kelas permulaan terbaru di China iaitu vivo Y200i. Ia merupakan varian terbaru yang menggunakan penjenamaan tersebut, selepas...

    Infinix Malaysia ajak anda ke XFans Road Tour, boleh cuba sendiri NOTE 40 Series...

    Infinix Malaysia akan menganjurkan jelajah jerayawara XFans Road Tour di dua bandar utama dalam Semenanjung Malaysia bagi mengajak para pengguna untuk cuba...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X