More

    Ulasan realme Buds Air Neo – Fon telinga wayarles berpatutan untuk pengguna Android

    Seperti yang anda sudah ketahui, terdapat fenomena kehadiran fon telinga TWS (True Wireless Stereo) oleh jenama telefon pintar di serata pasaran. Terdapat beberapa daripadanya yang diingini ramai, tetapi tidak mampu dibeli. realme mengambil kesempatan ini dengan menghadirkan realme Buds Air Neo, berharga hanya RM199.

    Untuk sepasang fon telinga TWS, peranti ini adalah sangat berpatutan berbanding yang lain. Namun, perlu diingatkan bahawa harganya adalah setimpal dengan apa yang anda akan dapat. Jadi, adakah realme Buds Air Neo TWS berbaloi dibeli? Jika anda ada merancang untuk membelinya, semak kelebihan dan kelemahannya dalam ulasan kami.

    “Macam pernah ku lihat mukanya, tapi dimana ya?” -Petikan skrip filem Senario
    Keserupaannya yang luar biasa

    Tentunya, perkara pertama yang menjengah minda anda apabila melihat reka bentuk fon telinga ini adalah keserupaannya dengan Apple AirPods. Ini bukan kali pertama, kerana beberapa jenama lain turut mengikut jejak langkah Apple. Namun, realme mempunyai varian warna merah dan hijau yang kelihatan menarik. Memandangkan reka bentuknya seakan sama dengan AirPods, ini bermakna Air Buds Neo adalah ringan dan muat di telinga anda dengan baik.

    Bercakap tentang persamaannya, bekas pengecasannya juga hampir sama dengan bekas pengecasan Apple AirPods. Namun, terdapat beberapa perbezaan juga seperti badannya adalah plastik. Ia juga kelihatan berkilauan dan turut dilengkapi port mikro-USB untuk pengecasan. Selain itu, terdapat butang yang kelihatan di hadapan bekas pengecasan, bertindak sebagai penanda semasa pengecasan sedang berjalan.

    Fon telinga wayarles Buds Air Neo mempunyai rating tahan air IPX4, tetapi bekas pengecasan tidak memiliki rating ini
    Pandangan lebih dekat terhadap bekas pengecasan
    Aplikasi realme Link

    Untuk menyambungkan Buds Air Neo pertama kali kepada peranti anda, anda wajib memuat turun aplikasi realme Link. Hal ini agak pelik kerana kebanyakan fon telinga boleh disambung kepada peranti dengan hanya menggunakan Bluetooth. Memandangkan aplikasi ini membenarkan anda menyambung dan menjejak tahap bateri, jadi ianya tidak menjadi masalah buat kami. Eh, tunggu! Sebenarnya ada masalah kerana aplikasi ini tidak wujud dalam Apple App Store, jadi anda tidak boleh menggunakannya pada iPhone anda.

    Mengenai prestasi audionya, Buds Air Neo agak seimbang pada pandangan kami. Kebanyakan lagu yang dimainkan agak jelas, membenarkan anda untuk mendengar instrumen muzik pada latar belakang lagu dan dalam masa yang sama, bass yang agak lemah menghasilkan dinamik yang “rata” sahaja. Dengan ini, kami berpendapat bahawa Buds Air Neo sesuai dengan muzik akustik berbanding tempo muzik laju.

    Untuk gaming mudah alih, Buds Air Neo memberi prestasi yang baik. Jika anda bermain Call of Duty: Mobile atau PUBG Mobile, anda boleh mendengar tapak kaki musuh tanpa sela masa audio. Sambungan Bluetooth juga agak kuat, jadi ia tidak akan terputus dengan mudah jika anda beralih ke bilik lain.

    Di samping itu, kami menemui bahawa Buds Air Neo mempunyai kelewatan semasa menjeda (pause) lagu. Semasa menggunakan kawalan sentuhan, ia mengambil masa sekurang-kurangnya 2 saat untuk lagu tersebut berhenti, yang mana agak mengecewakan. Jadi, jika anda ingin jeda, ia akan melebihi titik yang anda ingin jeda sebenarnya.

    "
    "

    Mengenai ketahanan bateri, fon telinga ini mampu bertahan sehingga 3.5 jam, dengan bekas pengecasan yang memberi 4-5 kali ganda pengecasan penuh. Secara teorinya, anda boleh menggunakan Buds Air Neo selama 17 jam. Agak mengagumkan kerana anda tidak perlu risau tentang tidak cukup bateri.

    Secara keseluruhan, realme Buds Air Neo mampu memuaskan keperluan penggunaan harian dengan baik. Anda boleh menggunakannya semasa bersenam, panggilan, gaming di telefon pintar dan muzik. Namun, kami agak kecewa dengan bass yang lemah dan latensi pada kawalan sentuh. Jika anda pengguna iPhone, anda tidak perlu mempertimbangkannya kerana ketiadaan realme Link pada Apple App Store. Jika anda tiada jangkaan tinggi, anda cuma mahukan fon telinga berpatutan yang boleh berfungsi, realme Buds Air Neo berharga RM199 adalah tawaran yang baik.

    Ciri teknologi dan spesifikasi

    Ini adalah ciri teknologi dan spesifikasi realme Buds Air Neo:

    • Frekuensi – 20Hz-20000Hz
    • Sensitiviti – -88dB (-80 – -92)
    • 13mm pacuan bunyi (sound driver)
    • Latensi 119.2ms
    • Penyahkod audio – SBC, AAC
    • Berukuran 40.5mm × 16.59mm × 17.70mm (fon telinga), 51.3mm × 45.25mm × 25.3mm (bekas pengecas)
    • Berat 4.1g (fon telinga), 30.5g (bekas pengecas)
    • IPX4 tahan air, Kawalan Sentuhan (Touch Controls)

    Kelebihan dan Kelemahan

    Kelebihan – Harga berpatutan, rating tahan air IPX4, bateri tahan sehingga 17 jam, ringan dan kompak.

    Kelemahan – Eksklusif untuk pengguna telefon pintar Android sahaja, bass lemah dan kelewatan latensi dari kawalan sentuhan.

    Kesimpulan – Sesuai dengan pengguna Android yang tidak mempunyai jangkaan tinggi terhadap kualiti bunyi dan cuma inginkan fon telinga yang boleh berfungsi.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured