fbpx
More

    Ulasan realme C3 – Telefon pintar bateri besar 5000mAh dengan harga dibawah RM500

    Apabila realme C3 mula diperkenalkan di Malaysia dengan harga RM499, ianya hadir dengan beberapa spesifikasi utama seperti tetapan tiga kamera dan bateri 5000mAh. Walaupun ia dianggap sebagai peranti mampu milik, tetapi peranti ini muncul dengan spesifikasi yang agak menarik seperti pengecasan berbalik (reverse charging), paparan 6.5 inci dan banyak lagi.

    Bukan itu sahaja, realme juga menyatakan bahawa realme C3 berupaya untuk gaming, hasil daripada cipset MediaTek G70 dan kapasiti bateri besar seperti yang dinyatakan di atas. Jom lihat telefon pintar ini dengan lebih dekat dan tentukan adakah ianya berfungsi dengan baik.

    Reka bentuk – Sudahan ‘Matte’ di belakang menjadikan ia kelihatan premium!

    Lihatlah sudahan ‘matte’ di belakang!
    Apa yang anda akan dapat di dalam kotak

    Bermula dengan penampilannya, realme C3 hadir dengan pilihan warna Frozen Blue atau Blazing Red, kedua-duanya kelihatan sangat menarik. Walaupun reka bentuk belakangnya agak biasa, C3 yang hadir dengan sudahan matte di belakang menjadikan ia kelihatan unik berbanding peranti lain dengan reka bentuk yang sama.

    Tambahan pula, sudahan matte di belakang bukan sahaja membantu pengguna yang cenderung berpeluh apabila memegang peranti, tetapi turut berfungsi untuk mengelakkan calar dan mengurangkan kesan cap jari. Di bahagian hadapan peranti, anda boleh melihat kehadiran takuk titisan embun (dewdrop) dan bezel nipis pada sisi paparan.

    Dulang SIM yang memuatkan 2 SIM Nano dan satu kad MikroSD
    Butang ‘volume’ dan slot SIM pada bahagian kiri
    Butang ‘power’ yang kesunyian di sebelah kanan

    Jika anda perhatikan di sebelah sisi peranti, anda dapat melihat butang volume ditempatkan di sebelah kiri, di bawah dulang SIM (yang menempatkan dua SIM Nano dan satu kad MikroSD). Sementara itu, di sebelah kanan pula anda dapat menemukan butang power. Sebagai tambahan, anda pasti gembira kerana peranti ini hadir dengan slot bicu audio 3.5mm, MikroUSB dan gril pembesar suara di bawah.

    Ciri teknologi dan spesifikasi – Seperti yang dijangkakan untuk telefon pintar berharga RM499

    • Cipset MediaTek Helio G70
    • RAM 3GB + storan dalaman 32GB (boleh ditambah sehingga 256GB)
    • Paparan 6.5-inci HD+ LCD dengan nisbah skrin-ke-badan 89.9%
    • 12MP (kamera utama) + 2MP (kamera potret) + 2MP (kamera makro), kamera selfie hadapan 5MP
    • Bateri dalaman 5000mAh yang menyokong pengecasan 10W
    • Menyokong pengecasan berbalik (reverse charging), sensor cap jari kapasitif di hadapan, face unlock
    • 164.4mm  x  75mm  x  9mm, 195g
    • Hadir dalam Frozen Blue dan Blazing Red

    Mengenai spesifikasi teknologinya, realme C3 dilengkapi cipset Helio G70, RAM 3GB, storan dalaman 32GB yang boleh ditambah sehingga 256GB dan paparan HD+ 6.5 inci dengan nisbah skrin-ke-badan 89.9%. Bukan itu sahaja, ia turut dihuni bateri 5000mAh yang agak besar untuk harga sedemikian. Ia juga menyokong pengecasan berbalik yang membenarkan pengecasan telefon pintar lain seperti powerbank.

    Maklumat yang disenaraikan oleh CPU-Z
    Penukaran ke video mengakibatkan kamera untuk zum sedikit
    Game Space

    Mengenai kamera, peranti ini dihuni tetapan kamera 12MP + 2MP + 2MP di belakang, manakala bahagian hadapan dihuni kamera selfie 5MP. Kamera-kamera ini berupaya untuk menyokong zum digital sehingga 5x dan berupaya mengambil gambar makro dengan jarak 4cm.

    Ia juga hadir dengan Game Space yang menyediakan pelbagai fungsi kepada pengguna seperti mod Do Not Disturb, modulasi suara, rakaman skrin dan banyak lagi. Bagi aspek keselamatan, realme C3 membenarkan pengguna menyahkunci menggunakan face unlock, sensor cap jari atau pin peribadi anda.

    Prestasi – Boleh tahan jika anda sanggup melihat beberapa kekurangan

    realme C3 yang dilengkapi cipset MediaTek G70 mencapai markah sekitar 178152 di AnTuTu, menandakannya di tempat ke-49 yang agak boleh tahan memandangkan peranti ini berharga kurang daripada RM500. Apabila mengujinya di 3DMark, ia mencapai mata sekitar 1189 pada OpenGL ES 3.1 dan 1171 mata di Vulkan.

    Semasa menikmati game Mobile Legends: Bang bang, peranti ini berupaya untuk berfungsi dengan lancar walaupun semasa perlawanan yang serius. Namun, terdapat sedikit unsur perlahan pada skrin menu game tersebut.

    Tambahan pula, peranti ini cenderung untuk lag apabila butang pengatup ditekan untuk mengambil gambar yang mana agak mengecewakan kerana saya sentiasa terlepas peluang mengambil gambar sempurna. Bateri 5000mAh pada peranti ini adalah daya penarik utama realme C3 kerana bateri ini mampu bertahan sehingga 3 hari dalam satu kali pengecasan.

    Apa yang mengecewakan, peranti ini hanya hadir dengan pengecasan 10W yang bermakna pengecasan penuhnya mengambil masa sehingga 2 jam. Apa pun, ia hadir dengan fungsi pengecasan berbalik yang boleh digunakan untuk mengecas telefon pintar rakan atau keluarga anda jika berlaku kecemasan. Ini juga boleh menjadi langkah pertama untuk memulakan perbualan dengan orang yang anda suka (kenyit mata).

    Pembesar suara pada peranti bukan sahaja jelas, tetapi tiada bunyi pecah apabila dimainkan pada kelantangan paling tinggi. Namun, jika anda bermain game mudah alih, saya sarankan agar anda menggunakan headset wayarles atau berwayar.

    Hal ini adalah kerana apabila bermain game, kedudukan tapak tangan anda mengganggu gril pembesar suara yang menyebabkan audio agak perlahan. Akhirnya, untuk prestasi mengambil gambar, realme C3 mampu menangkap gambar menarik dengan pencahayaan yang cukup.

    Malangnya, hasil warna pada sesetengah gambar tidak memuaskan dan kiraan-megapiksel yang rendah menyebabkan gambar tidak teliti. Walaupun peranti ini tidak hadir dengan mod malam, ia masih berfungsi dengan baik selagi keadaan tersebut tidak terlalu gelap. Jom tengok gambar-gambar yang diambil menggunakan realme C3.

    Menggunakan kamera utama, warna dan ketelitian agak baik
    Kualiti agak sedikit berkurangan
    Penangkapan gambar dalam pencahayaan rendah agak kasar
    Sandwich nampak sedap sekarang
    Saya lapar!
    Tiada apa yang boleh mengalahkan Maggi Goreng di waktu petang!
    Tangkapan makro Maggi Goreng
    Mod potret berfungsi dengan baik!

    Kesimpulan – Telefon pintar mesra bajet dengan bateri BESAR

    Untuk telefon pintar yang berharga RM499, realme C3 agak boleh tahan dengan harga dan prestasi yang sedemikian. Peranti ini sesuai untuk pengguna yang mencari peranti berpatutan, menarik, berfungsi dengan baik dan mempunyai ketahanan bateri yang lama.

    Namun, untuk harga yang sama, anda mungkin boleh mempertimbangkan sama ada vivo Y11 atau Xiaomi Redmi 8 kerana kedua-duanya dilengkapi bateri 5000mAh. Redmi 8 yang menyokong pengecasan pantas 18W adalah lebih pantas pengecasannya berbanding realme C3, manakala vivo mempunyai kamera selfie yang lebih baik.

    Dengan ini, apakah pandangan anda mengenai ulasan realme C3 kami? Beritahu di laman Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Diterjemahkan daripada TechNave.com

     

    Artikel Terkini

    WhatsApp Web akan bawa kemas kini dengan bar sisi baharu

    WhatsApp sentiasa menyegarkan antara mukanya untuk melibatkan pengguna dengan kemas kini terkini memfokuskan pada meningkatkan perkongsian media dan navigasi. WhatsApp Web sedang...

    Pembayaran parkir tanpa tunai Dakan dilaksanakan di Seremban dan Nilai mulai 2 Mei ini

    Bermula 2 Mei ini, Majlis Bandaraya Seremban akan melaksanakan caj parkir tanpa tunai di pelbagai kawasan di bawah bidang kuasanya di Nilai...

    Siri realme P1 Pro 5G dilancar: AMOLED 120Hz, bateri 5,000mAh, cas pantas 45W bermula...

    realme telah memperkenalkan siri telefon pintar kelas pertengahannya yang terbaru di India iaitu siri realme P. Dua produk pertama dalam siri ini...

    Adakah anda masih boleh gunakan telefon atau peranti dengan versi Android lama? Ini yang...

    Pada waktu ini, kebanyakan jenama telefon pintar dengan sistem operasi Android menjanjikan tempoh kemas kini utama (major updates) selama sekurang-kurangnya dua tahun...

    X bakal kenakan ‘yuran kecil’ kepada pengguna baru untuk siarkan kandungan

    Platform media sosial X, sebelum ini dikenali sebagai Twitter, akan memperkenalkan yuran kecil untuk pengguna baharu, meliputi aktiviti seperti menyiarkan kandungan, menyukai,...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X