fbpx
More

    Ulasan Samsung Galaxy Fold- Peranti boleh lipat pada tahap yang berbeza

    Tahun 2019 bukan sahaja tahun penantian untuk peranti 5G, tetapi juga tahun yang ditunggu-tunggu untuk kemunculan telefon boleh lipat. Namun, telefon boleh lipat kurang kelihatan di pasaran peranti pintar.

    Samsung Galaxy Fold ialah salah satu daripada peranti boleh lipat yang ditunggu-tunggu dengan kemajuan reka bentuknya. Namun, dengan harga RM8399 yang agak ekstrem, Galaxy Fold 6 jelasnya tidak bertujuan untuk dipasarkan dalam pasaran yang besar, tetapi peranti ini dapat menarik pasaran premium yang baru. Jom tengok prestasi peranti ini dalam ulasan kami.

    Reka bentuk- Sememangnya menarik

    Tergolong dalam produk premium dan mewah, kemunculan Galaxy Fold mengejutkan pasaran dengan skrin boleh lipat berinovatif berbanding reka bentuk papan seperti peranti pintar lain. Peranti ini tidak diperbuat daripada skrin peranti pintar yang biasa, tetapi dengan lapisan pelindung khas untuk memastikan skrin yang cukup fleksibel untuk dilipat.

    Walau bagaimanapun, menurut Samsung, pengguna perlu mengelak daripada menekan skrin terlalu kasar atau dengan objek tajam (ucap salam perpisahan kepada pen stilus anda) dan elakkan juga dari menolak skrin dengan terlalu kasar untuk menghindar daripada kerosakan.

    Peringatan penting sebelum mula guna peranti
    Tanda garisan

    Paparan 7.3 inci dinamik AMOLED mempunyai resolusi 2152 x 1536 piksel yang memantapkan pengalaman menonton skrin dengan warna yang terang dan kelihatan hidup. Peranti ini lebih selesa dipegang di tangan, tetapi anda dapat melihat sedikit garis selepas beberapa kali melipatnya.

    Apabila dilipat, skrin 4.6 inci AMOLED yang lebih kecil digunakan untuk mod telefon yang mana lebih senang dimuatkan ke dalam poket anda. Anda boleh menggunakan aplikasi dan memeriksa notifikasi pada skrin yang lebih kecil, tetapi skrin utama 7.3 inci sememangnya adalah lebih baik.

    Lipat seperti dompet
    Ruang antara badan peranti dan engsel apabila dilipat
    Kamera hadapan (front-facing)

    Apabila dilipat, Galaxy Fold agak berat berbanding peranti lain: apabila dibuka, ia terasa lebih ringan tetapi tidak ideal untuk penggunaan sebelah tangan. Selain kelihatan hebat, terdapat beberapa kekurangan peranti ini.

    Peranti ini kekurangan kalis air IP68 dan ketahanan habuk. Dengan hanya menyokong 1 kad SIM sahaja bersama dengan e-SIM dan tiada kad mikroSD untuk perluasan memori, ia agak membebankan untuk sesetengah pengguna. Walaupun peranti ini tiada bicu audio 3.5mm, ia hadir dengan sepasang Galaxy Buds tanpa wayar. Lupakan headphone berwayar!

    Hadir bersama Samsung Galaxy Buds percuma di dalam kotak
    2 sarung Aramid Fiber. Dengan sarung ini, Galaxy Fold lebih kelihatan seperti dompet

    Ciri dan Spesifikasi Teknologi – Peranti mewah dengan spesifikasi flagship

    Sekarang kita lihat pada spesifikasi pula. Sebagai peranti mewah dan kelas atasan, ia bukanlah sesuatu yang mengejutkan bahawa Galaxy Fold hadir dengan spesifikasi flagship seperti cipset Snapdragon 855. Storan 512GB + 12GB RAM dan spesifikasi lain adalah sememangnya dijangkakan pada peranti flagship.

    Selain itu, peranti ini juga dikuasakan oleh bateri 4830 mAh yang mana agak lemah untuk skrin 7.3 inci. Bateri ini menyokong pengecas pantas 15W, bukan pengecas pantas biasa 25W yang mana agak mengecewakan juga, tetapi pengecas pantas 15W lebih baik daripada tiada langsung pengecas pantas.

    Berkenaan kamera, peranti ini mempunyai 6 kamera kesemuanya. Terdapat 3 kamera belakang (kamera biasa 12MP + kamera telefoto 12MP + lensa ultra sudut-lebar 16MP), 2 kamera hadapan (kamera selfie 10MP dan sensor kedalaman (depth) 8MP), serta kamera selfie kedua (cover selfie) 10MP.

    Kamera selfie kedua membenarkan pengguna untuk menangkap gambar dengan satu tangan. Apabila peranti tidak dilipat, agak susah untuk menangkap gambar dari beberapa sudut dengan menggunakan kedua-dua tangan.

    Butang shutter ditetapkan pada bahagian kiri antaramuka (interface) paparan utama kamera. Apa pun, mengambil gambar menggunakan kedua-dua tangan adalah lebih senang

    Berbaloi juga untuk saya nyatakan bahawa pengguna Galaxy Fold dapat menikmati servis premier Galaxy Fold dengan talian bantuan 24 jam, akses dengan pakar produk Samsung secara terus dan keutamaan baris ekspress di pusat servis Samsung. Macam hebat kan?

    Galaxy Fold membolehkan anda menukar peranti tiris ini di antara paparan utama dan paparan kedua (cover display). Namun, anda perlu menetapkan transisi secara manual dari paparan utama untuk menggantikan paparan kedua. Anda juga boleh menggunakan 3 aplikasi pada paparan utama secara serentak.

    Aplikasi kekal aktif walaupun dilipat atau tidak dilipat
    3 aplikasi dalam tontonan skrin terbuka

    Galaxy Fold hadir bersama Samsung Knox dengan peningkatan dalam keselamatan menggunakan pin, cap jari (fingerprint) atau nyahkunci menggunakan pengecaman wajah (face recognition) yang lebih pantas dan mudah digunakan.

    Kenali Knox
    Pengimbas cap jari di hujung sebelah kanan peranti Galaxy Fold (di bawah butang power)

    Prestasi- Reka bentuk mantap dengan prestasi berkuasa

    Dilengkapi dengan Snapdragon 855, Galaxy Fold berhasil mendapat mata 446,847 di AnTuTu. Namun, dalam kemas kini yang terkini di AnTuTu, proses penanda aras dan mekanisme pemarkahan telah berubah, jadi kita tidak boleh mendapatkan perbandingan yang adil. Walaupun begitu, prestasi boleh diuji melalui aplikasi penanda aras yang lain.

    Berkaitan grafik, kami mencuba ujian penanda aras berpandukan gaming 3DMark dan berjaya merebut 5662 di OpenGL 3DMark dan 4910 di Vulkan. Sememangnya, ia adalah peranti penjana yang mementingkan prestasi.

    Selain itu, Galaxy Fold memberikan pengalaman gaming yang menyenangkan terutama apabila bermain COD dalam mod landskap dengan skrin lebih imersif.

    Pada masa yang sama, pembesar suara boleh diputarkan ke bahagian atas, jadi anda tidak akan menutup pembesar suara stereo berkuasa Dolby Atmos yang menawarkan bunyi yang jelas dan memuaskan untuk didengar.

    Tetapan grafik tertinggi
    Bar hitam di sebelah tepi

    Mengenai video, pengalaman tontonan mungkin tidak terlalu baik kerana Galaxy Fold mempunyai ratio aspek 2:3 yang mana cukup berbeza dengan aspek ratio biasa seperti 9:16 atau 9:18. Ini bermakna anda dapat melihat bar hitam di sekitar sisi peranti ketika menonton kebanyakan jenis video.

    Berkaitan bateri, Galaxy Fold boleh bertahan dari 10 hingga 14 jam dengan penggunaan berat yang berterusan (termasuk Google Maps untuk navigasi dan gaming). Namun, sasaran utama peranti ini adalah untuk pengguna dalam bidang perniagaan dan ia boleh bertahan sehingga  16 jam dan lebih untuk penggunaan biasa seperti memeriksa dokumen, melayari laman web, mengedit artikel, membuat panggilan dan bermesej.

    Dalam aspek lain, Galaxy Fold menawarkan audio yang jelas dalam panggilan telefon (berbanding dengan reka bentuk peranti lama), WiFi dan rangkaian 4G LTE yang stabil. Peranti ini juga tidak akan terlebih panas setelah melalui beberapa jam penggunaan gaming yang berat!

    Berkenaan kamera, Galaxy Fold menunjukkan prestasi sama seperti siri Galaxy Note 10 (dengan tetapan kamera yang sama). Penggunaan kedua-dua tangan untuk menangkap gambar adalah satu-satunya perbezaan di antara kedua peranti. Untuk penggunaan satu tangan, lipatkan peranti ke skrin yang lebih kecil!

    Gambar sudut lebar agak baik
    Kamera utama
    Zum optikal 2x, warna dan butiran jelas
    Gambar dalam bangunan dengan lensa sudut-lebar
    Gambar memuaskan dengan mod biasa
    Diambil ketika cahaya terang
    Mod biasa
    Mod malam. Pencahayaan baik, kecerahan gambar dan pengurangan hingar (noise) pada malam yang berhujan
    Malam yang dihujani (mod malam)

    Kesimpulan – Peranti premium menarik

    Harga jualan Galaxy Fold sepertinya tidak dapat dicapai oleh kebanyakan pengguna. Peranti ini mempunyai perbezaan yang ketara pada tetapan skrin berbanding peranti pintar lama yang lain dan merupakan satu simbol status dan kemewahan.

    Selain skrin boleh lipat, Galaxy Fold mempunyai spesifikasi sama dengan peranti hebat Samsung yang lain (kecuali Snapdragon 855 dan Exynos 9825) – jadi anda boleh mengeluarkan siri Galaxy Note 10 dan siri S10 dari fikiran anda jika anda tidak mahu skrin yang boleh dilipat. Jika anda mencari peranti yang dikuasakan dengan Snapdragon 855, terdapat banyak juga pilihan. Samsung Galaxy Fold pula terlalu premium untuk disarankan kepada pasaran biasa, tetapi jika anda mampu atau poket anda tebal dengan duit, tak salah untuk beli.

    Macam mana? Jika anda ada duit yang mencukupi, adakah anda akan mendapatkan Samsung Galaxy Fold? Maklumkan kepada kami di laman Facebook dan nantikan lebih ulasan dan berita teknologi di TechNaveBM.com.

    Diterjemahkan daripada TechNave.com

     

    Artikel Terkini

    Pesaing Tesla, Polestar hasilkan telefon pintar pertama dengan ciri AI khas

    Salah satu pesaing Tesla dalam pasaran kenderaan elektrik, Polestar, baru sahaja melancarkan telefon pertama mereka. Untuk pengetahuan, Polestar Phone dan Meizu 21...

    Elon Musk: Tesla adalah kenderaan EV dengan kos penyelenggaraan paling murah

    Sebuah analisis data yang diterbitkan oleh Consumer Reports pada Jumaat lalu menyatakan Tesla adalah jenama kenderaan elektrik (EV) yang mempunyai kos penyelenggaraan...

    GXBank: Faedah deposit 5% Savings Pockets setahun akan berakhir lebih awal

    Kepada pengguna GXBank yang ingin menikmati diskaun faedah deposit 5% Savings Pockets setahun, ketahuilah bahawa ia akan berakhir walaupun belum sampai 9...

    BYD Hiace 07 EV diperkenal, dilengkapi “God’s Eye” dan jarak pemanduan sehingga 610 km

    Semasa Pameran Auto Beijing, BYD telah memperkenalkan kereta terbaharunya iaitu BYD Hiace 07 EV. Salah satu ciri menonjol Hiace 07 EV ialah...

    CelcomDigi tawarkan internet 1TB pada harga RM15 dan banyak lagi promosi sempena Hari Gaji...

    Seperti biasa, syarikat telekomunikasi CelcomDigi menawarkan promosi Hari Gaji Specials pada hujung bulan dan untuk kali ini ia akan berlangsung daripada hari...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X