fbpx
More

    Ulasan Samsung Galaxy Note 10+ – Produktiviti yang gah! Adakah S-Pen terbaru satu perubahan besar?

    Siri Samsung Galaxy Note sentiasa menonjol sejak pelancaran pertama Galaxy Note. Ia secara praktikalnya telah mempelopori phablet dan peranti dengan paparan yang lebih besar serta membawa banyak inovasi bersama stilus S-Pen. Jadi, selepas Samsung menaik taraf Galaxy Note 9 dengan Bluetooth S-Pen, mereka turut menambah pengawal gerakan 6-axis dan banyak lagi pada Galaxy Note 10 dan Galaxy Note 10+.

    Berikutan pelancaran siri Galaxy Note 10, bukan itu sahaja yang telah dinaik taraf, malah reka bentuk dan prestasi juga meningkat dengan ketara dan mungkin mengejutkan anda. Baca ulasan penuh kami untuk mengetahui dengan lebih lanjut!

    Reka bentuk – Berkotak dan seperti baji

    Skrin penuh hadapan: Skrin tanpa gangguan dan imersif dengan hanya rekaan kamera kecil
    Dulang SIM dengan sokongan perluasan mikroSD, pembesar suara dan mikrofon di bahagian atas
    Di bahagian bawah, terdapat port USB Type-C, S-Pen, gril pembesar suara tetapi tiada bicu audio headphone bersaiz 3.5mm
    Butang Bixby kekal di sebelah kiri
    Butang power hilang

    Berbanding dengan siri Galaxy S, siri Note kelihatan lebih berdimensi seperti kotak. Samsung Galaxy Note 10+ direka bersisi-lurus, seperti baji dan skrin melengkungnya tidak begitu curam seperti S series. Reka bentuk paparan Infinity-O yang memperlihatkan skrin kelihatan hampir tanpa bezel hadir bersama resolusi Dinamik AMOLED 2K. Pengalaman menonton adalah sangat imersif. Jika anda memilih warna Aura Glow, anda dapat melihat warna pelangi beranimasi yang terpantul ketika anda menggerakkannya menggunakan tangan anda. Kesannya benar-benar memukau.

    Kekurangan bicu headphone 3.5mm di Galaxy Note 10+ adalah satu kelemahan. Walau bagaimanapun, turut disertakan adalah sepasang headphone AKG-tuned USB Type-C. Perlu diingatkan bahawa anda perlu mendapatkan penyesuai (adapter) dengan DAC untuk penukaran audio. Satu lagi perkara yang mengecewakan adalah bahawa unit Galaxy Note 10+ Malaysia tidak hadir bersama penukar mikroUSB atau USB-A ke kabel USB-C. Anda perlu mendapatkan USB-A untuk membolehkan kabel USB-B untuk disambungkan ke komputer. Walau bagaimanapun, terdapat pengecas pantas 25W untuk anda.

    Potongan kamera kecil
    Kad mikroSD untuk penambahan 1TB
    Pengecas pantas 25W di sini!

    Ciri dan Spesifikasi Teknologi – Peningkatan terbaru 2019 di tahap yang lebih baik

    Sebagai peranti flagship, Samsung Galaxy Note 10+ dikuasakan oleh cipset Exynos 9825, yang mana melangkaui 9820, terutamanya sebagai processor yang pertama kali dibina oleh proses 7nm EUV. Walaupun peranti ini muncul dengan variasi storan 512GB, versi 256GB mungkin lebih daripada cukup untuk kebanyakan pengguna.

    Berkaitan kamera, siri Galaxy Note hadir dengan kamera utama 12MP (f/1.5-2.4) + 12MP telefoto (f/2.1) + 16MP ultra-lebar (F2.2) dan kamera quad belakang dengan kedalaman 3D ToF VGA. Fotografi menjadi serba boleh dengan tetapan kamera yang sedemikian, tetapi pengimbas 3D memerlukan perubahan pada ketepatan walaupun masih berfungsi dengan pantas. Selain daripada keadaan pencahayaan yang baik, objek besar yang diimbas dengan kontras yang baik dan kurang ruang kosong adalah penting untuk mendapatkan imbasan objek 3D yang baik.

    Antaramuka kamera dengan pelbagai mod dan ciri
    Proses pengimbasan 3D
    Objek yang diimbas agak terganggu tetapi butiran masih jelas
    S-Pen lebih tebal dan besar
    Dibandingkan dengan S-Pen Note 9

    Kami suka mengambil gambar dan rakaman video terutamanya dengan menggunakan S-Pen yang dilengkapi dengan ciri AR Doodle. AR Doodle membolehkan anda melakar dan lejang akan kekal di kedudukan di mana ianya dilukis pada awalnya. Sudah tiba masanya untuk menjadi kreatif dengan AR Doodle!

    Butang power telah dikeluarkan dalam siri Samsung Galaxy Note 10 dan digantikan dengan butang Bixby. Oleh itu, semua butang ditetapkan di sebelah kiri peranti. Butang Bixby boleh digunakan untuk mengaktifkan Bixby serta untuk membuka dan menutup laman web. Tambahan pula, anda kini boleh menetapkan pengaktifan dua kali ketik berbanding satu kali ketik. Peranti ini tidak mempunyai butang power tetapi anda boleh meluncurkan (slide) telapak tangan anda di skrin untuk mendapatkan tangkapan skrin.

    Prestasi – Berprestasi gah

    Samsung Galaxy Note 10+ berjaya mendapatkan 349015 mata yang membuktikan kehebatannya sebagai peranti flagship. Pada ujian grafik, peranti ini mendapat 4963 pada OpenGL ES 3.1 dan 4811 pada Vulkan. Oleh itu, game 3D tidak menjadi masalah lagi.

    Permainan yang pantas seperti PUBG Mobile dan permainan grafik intensif seperti FFIX Android berjalan tanpa sebarang masalah. Malah, jika permainan ditetapkan ke tetapan tertinggi, tidak ada lag mahupun frame jatuh kelihatan. Rakaman skrin sekarang adalah jauh lebih mudah dengan hanya menyeret bar notifikasi ke bawah dan mengetik butang perakam skrin.

    PUBG Mobile pada tetapan tertinggi seboleh mungkin
    GameBench mengukur kadar frame yang stabil 41 FPS pada PUBG Mobile
    Grafik 3D menakjubkan tanpa lag atau butiran yang kabur
    Menggunakan DeX pada komputer riba

    Seperti sebelumnya, Galaxy Note 10+ adalah telefon yang mantap untuk produktiviti kerja. Dengan Samsung DeX, anda boleh berinteraksi dengan telefon secara terus dari komputer riba anda tanpa papan kekunci dan tetikus yang berasingan.

    Dengan bateri 4300 mAh yang besar, Galaxy Note 10+ pastinya akan bertahan selama 16 jam dengan penggunaan yang sederhana dan akan bertahan 12 hingga 14 jam jika anda menghidupkan GPS atau bermain game secara kerap. Tentang pengecasan, Note Galaxy 10+ mengambil masa hanya setengah jam untuk mencapai tahap 40% -45% melalui kehebatan pengecas pantas 25W. Peranti boleh dicas lebih cepat dengan pengecas pantas 45W. Malangnya, kami tidak mempunyai pengecas 45W untuk menjalankan sebarang ujian.

    Di tahap 40% selepas penggunaan 5 jam (dengan penghidupan GPS)

    Samsung Galaxy Note 10+ tidak menggunakan pembesar suara earpiece yang lama, tetapi menggunakan bunyi pada paparan. Skrin menggunakan teknologi getaran untuk membawa bunyi ke telinga anda. Kualiti audio adalah baik tetapi berasa agak janggal semasa menjawab panggilan. Teknologi ini berjaya menghalang bunyi daripada didengar oleh orang lain (terdapat lubang kecil di bahagian atas untuk membiarkan bunyi keluar) tetapi apa yang mengejutkan, anda masih boleh mendengar bunyi dari depan dan belakang.

    Akhirnya, sudah tiba masa untuk menyemak prestasi kamera. Walaupun Galaxy Note 10+ tidak dinaik taraf kepada resolusi 40MP dan ke atas, prestasi masih sangat menyenangkan. Apa yang telah dipertingkatkan adalah keupayaan rakaman video. Lihat di bawah untuk foto dan video!

    Hampir tiada apa yang boleh dirungut
    Gambar Live Focus semulajadi
    Makanan membuatkan saya lapar
    Warna yang baik dalam gambar 2x zum optikal
    Gambar di dalam bangunan tidak mengecewakan
    Gambar sudut-lebar
    Lagi gambar sudut-lebar diambil di dalam bangunan
    Pencahayaan dalam bangunan yang baik
    Butiran lebih baik dengan filter pengurangan hingar (noise)
    Gambar waktu malam dengan butiran dan warna yang baik
    Kontras baik
    Ayuh lihat video kami yang dirakam menggunakan mod Super Steady

    Kesimpulan- Peranti yang memfokuskan produktiviti

    Tidak dapat dinafikan, siri Samsung Galaxy Note menyasarkan keutamaan kepada pengguna dalam perniagaan. Prestasi Galaxy Note 10+ terkini adalah pada tahap yang hebat terutama komputer meja Samsung DeX yang telah dipertingkatkan di mana anda boleh mengakses DeX pada PC yang sedia ada, kemudian mengaksesnya pada telefon anda. Jika videografi dan kreativiti adalah selera anda, Galaxy Note 10+ tidak akan membiarkan anda kecewa dengan rakaman video dan juga ciri S-Pen.

    Setakat ini, persaingan sebenar yang dihadapi Galaxy Note 10+ adalah termasuk Apple iPhone 11 Pro dan siri Huawei Mate 30. Siri iPhone 11 Pro berkongsi banyak persamaan terutamanya pada aspek rakaman video. Walau bagaimanapun, Galaxy Note 10+ hadir bersama S-Pen dan ia lebih serasi dengan pelbagai jenis persekitaran pejabat (melainkan jika anda telah biasa menggunakan Macbook atau peranti Apple yang lain). Bagi siri Huawei Mate 30, peranti ini menawarkan perbezaan ketara dari segi kamera. Kami akan mengemaskini ulasan peranti ini sebaik sahaja kami menilai sepenuhnya ciri-ciri peranti tersebut.

    Selain itu, HONOR 20 Pro mempunyai prestasi yang baik dalam video tetapi anda tidak boleh mengharapkan prestasi yang sangat baik dari segi paparan, stilus (peranti ini tidak mempunyai stilus) dan ciri-ciri perniagaan. Namun, ia adalah pilihan dengan nilai yang baik. Sekiranya anda mencari satu lagi penetapan kamera yang hebat pada julat harga sama, anda boleh memilih untuk Xiaomi Mi 9 atau Mi 9T Pro yang menawarkan paparan AMOLED (tetapi spesifikasi bateri, reka bentuk dan teknologi tidak begitu mengagumkan). Apapun, pilihan akhirnya bergantung kepada keutamaan peribadi.

    Kami ingin melihat penggunaan lebih mantap melalui 6-axis S-Pen, mungkin sebagai pengawal pergerakan? Walau apa pun, Galaxy Note 10+ memiliki prestasi yang lebih baik daripada yang terdahulu, jadi jika anda mencari telefon perniagaan terkini dan anda seorang pengguna stilus, anda semestinya harus mempertimbangkan Galaxy Note 10+.

    Untuk peranti pintar terbaru, nantikan di TechNave.com.

     

    Artikel Terkini

    Ulasan HONOR X7b 5G – ‘Entry level’ tapi macam ‘mid-range’?

    HONOR X7b versi 5G telahpun dilancarkan pada 22 April 2024 di pasaran Malaysia dengan harga RM899 memberikan spesifikasi tersendiri dan membawa storan...

    Kerjasama PETRONAS, CelcomDigi bakal transformasi tekno-digital 5G untuk sektor tenaga

    PETRONAS dan CelcomDigi bekerjasama melalui satu Memorandum Persefahaman (MoU) bagi memacu usaha transformasi digital dan kemampanan untuk industri tenaga dengan memanfaatkan kuasa...

    TSMC bakal hasilkan cip dengan proses 1.6nm menjelang 2026

    TSMC mengumumkan proses pembuatan 1.6nm untuk cip dan ia juga termasuk rangkaian penghantaran kuasa yang meningkatkan kecekapan kuasa dan ketumpatan transistor dengan...

    Kejohanan MLBB Infinix GT 20 Pro tawar hadiah sehingga RM10,000, acara bakal diadakan pada...

    Sempena pelancaran Infinix GT 20 Pro pada 2 Mei ini, Infinix Malaysia akan menganjurkan Kejohanan MLBB Infinix GT 20 Pro iaitu sebuah...

    Samsung Galaxy Unpacked kedua dijadualkan pada 10 Julai 2024

    Acara Samsung Galaxy Unpacked yang akan datang dijadualkan pada 10 Julai 2024 di Paris, bertepatan dengan penganjuran City of Love Sukan Olimpik...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X