fbpx
More

    Ulasan Samsung Galaxy Tab S6 – Komputer riba berproduktiviti yang tiris dalam satu tablet ultra-nipis, lengkap dengan semuanya

    Tablet yang boleh menjadi komputer riba. Terima kasih kepada papan kekunci tambahan yang sememangnya adalah satu kebiasaan pada zaman kini. Namun, tablet yang memiliki papan kekunci efektif adalah satu dalam seribu. Samsung Galaxy Tab S6 dilihat sebagai satu petanding hebat dengan reka bentuk 5.77mm ultra-nipis, stilus S-Pen dan papan kekunci.

    Tidak seperti tablet ultra-boleh ubah lain yang berukuran kira-kira 10.1 inci, Galaxy Tab S6 hadir dengan paparan 10.5 inci, cipset Qualcomm Snapdragon 855 yang hebat, sensor cap jari dalam paparan (in-screen fingerprint) dan banyak lagi. Jadi, adakah tablet ini berupaya membawa imej sebagai pakar produktiviti mudah alih atau adakah ia sekadar tablet dengan pelbagai fungsi yang terlebih mencuba untuk membawa imej tersebut?

    Samsung Galaxy Tab S6 bersama papan kekunci + stilus S-Pen
    Samsung Galaxy Tab S6 agak nipis tetapi premium
    Stilus S-Pen melekap di bahagian bawah secara magnetik
    Stilus S-Pen terbaru dengan sensor pengesanan gerakan 6-axis
    Stilus S-Pen selesa dipegang

    Tentang reka bentuk, susah untuk tidak membandingkan Galaxy Tab S6 dengan Apple iPad Pro oleh kerana papan kekunci dan stilus S-Pen yang melekap secara magnetik pada sisi belakang tablet. Dengan iPad sebagai peranti yang memulakannya, Galaxy Tab S6 pula mendahului saingan sebagai penginovasi yang menjadikan tablet dan papan kekunci lebih mudah alih dan tiris. Ini bermakna, peranti ini juga agak ringan dengan berat 420g dan lebih senang dibawa ke mana sahaja.

    Terdapat beberapa kelemahan dalam menjadikan tablet ini satu tablet mudah alih walaupun dengan kewujudan papan kekunci dengan kekunci chiclet, namun ia sedikit janggal pada permulaannya.  Sememangnya masa diperlukan untuk membiasakan diri (saya tak sengaja menekan kekunci ] apabila mahu menekan kekunci backspace), tetapi anda akan terbiasa dengan agak pantas. Bezel juga agak nipis dan peranti tablet ini juga mempunyai sedikit lengkung tersendiri. Keseluruhannya, peranti ini terasa seperti premium dengan badan logam, tetapi papan kekunci agak terasa seperti plastik.

    Itu dia paparan AMOLED 10.5 inci dengan resolusi 2560 x 1600 piksel
    Bahagian belakang dengan logam premium
    Port USB Type-C dan 2 daripada 4 pembesar suara AKG Dolby Atmos

    Audio pada tablet dengan paparan 10.5 inci ini adalah mengagumkan. Dengan lagu yang sesuai, secara praktikalnya audio boleh didengar dengan jelas dalam setiap inci ruangan bilik. Range audio juga bagus dengan audio yang jelas walaupun pada ketetapan teratas dan tahap kelantangan maksimum. Audio yang baik ini sangat membantu untuk pengalaman menonton filem yang lebih memuaskan walaupun dengan paparan lebih kecil. Paling penting, sensor cap jari dalam paparan terbukti pantas dan sensitif.

    Semestinya terdapat sedikit kebiasaan yang boleh dilihat. Contohnya, jika anda klik pada butang di tetikus, tempat selain jari yang telah menekan butang pada trackpad tersebut tidak akan dapat dikesan. Jadi, untuk klik dan seret, anda perlu menggunakan touchpad di sebelah kanan, klik dan tahan di sebelah kiri. Di atas sebab tertentu, apabila anda menekan 2 + Shift, hasilnya ialah , bukan @. Sama juga apabila anda menekan ‘ + Shift, hasilnya ialah @. Hal ini semestinya memberikan sedikit masalah dalam kelajuan menaip, jadi saya harap agar hal ini dapat diperbaiki pada kemas kini yang seterusnya.

    Papan kekunci pada Samsung Galaxy Tab S6

    Tablet ini secara automatiknya beralih kepada mod DeX apabila anda menyambung papan kekunci magnetik. Anda dapat merasakan ianya seperti Windows, yang mana sememangnya lebih baik untuk pengguna yang gemar menggunakan tetikus atau touchpad yang memudahkan pengaksesan aplikasi. Untuk pengguna yang menggunakan skrin sentuh, mod Android adalah lebih baik dan sesuai. Kedua-duanya berfungsi dengan baik bergantung kepada apa yang anda telah biasa gunakan. Oleh kerana kedua-duanya adalah baik, maka sejujurnya pilihan adalah di tangan anda. Selepas menggunakan beberapa sistem komputer riba mudah alih, setakat ini Samsung DeX semestinya memberi pengalaman produktiviti yang telah dipertingkatkan prestasinya, terutamanya Samsung Galaxy Tab S6.

    Gaming berjalan dengan lancar, tetapi tablet akan menjadi sedikit panas setelah beberapa ketika. Kedua-dua PUBG Mobile dan Call of Duty Mobile dapat dimainkan dengan baik melalui tetapan grafik tinggi, tetapi seperti yang telah diagak pada mod DeX, sesetengah game tidak dapat dimainkan jika tetikus digunakan. Walau bagaimanapun, atas sebab yang tertentu, kedua-dua game menjadi agak tidak jelas atau kabur (pixelated), jadi apabila anda sedang bermain game, butiran mungkin tidak kelihatan dengan jelas seperti yang diinginkan. Peranti mendapat mata yang agak tinggi dalam ujian penanda aras, terutama pada AnTuTu dan GeekBench. Jadi, Galaxy Tab S6 sepatutnya dapat melakukan apa sahaja yang anda berikan.

    Mata AnTuTu agak tinggi, lebih tinggi dari tablet Android yang lain
    3DMark
    Geekbench
    PUBG Mobile sewawalnya telah ditetapkan pada tetapan yang tinggi
    Grafik dalam PUBG Mobile ternyata tidak jelas atau kabur (pixelated), kemungkinan disebabkan resolusi 2560 x 1600 piksel
    Sama juga dengan Call of Duty Mobile

    Walaupun kami tidak menguji sambungan selular, terdapat slot untuk 1 SIM Nano dan 1 mikroSD lebih dari 1TB. Jadi anda sepatutnya dapat sentiasa dihubungkan dengan 4G LTE yang biasa tanpa sebarang masalah. WiFi pada tablet ini pantas dan stabil. Kami juga tidak mempunyai masalah dengan RAM atau storan. 128GB seharusnya mencukupi untuk kebanyakan pengguna dan jika perlu, anda boleh menambah storan dengan mudah lebih dari 1TB. Terdapat juga fungsi AR Emoji yang dapat menganimasikan anda melalui Emoji.

    Jangka hayat bateri mantap daripada Galaxy Tab S6ini mampu bertahan lebih kurang 2 hari semasa tablet ini digunakan untuk menggantikan kegunaan komputer riba saya (menulis perkongsian, mengedit, pengeditan gambar dan lain-lain). Paparan FHD juga berfungsi dengan baik dan jelas paparannya sebagai alat tontonan filem. Prestasi kamera ada kekurangan dan kelebihan, yang mana kamera berfungsi paling baik dalam keadaan pencahayaan yang cukup. Penambahan kamera belakang dengan sudut-lebar membantu jika anda ingin menangkap gambar berkumpulan. Dalam keadaan yang lebih gelap atau suram, gambar boleh menjadi sedikit kabur walaupun dengan penggunaan mod malam, tetapi anda masih dapat menangkap beberapa gambar elok jika disertakan dengan sedikit kesabaran dan pengetahuan fotografi. Mod pengoptimuman pemandangan kebanyakannya berfungsi dengan baik dan terdapat juga mod pro jika anda tahu menggunakannya.

    Anda boleh mendapatkan gambar yang cantik dengan pencahayaan yang cukup
    Ini adalah kamera belakang utama 13MP
    Kamera ultra-lebar 5MP boleh tahan juga
    Anda boleh melukis di dalam video dengan AR Doodle

    S-Pen yang disertakan Bersama Galaxy Tab S6 membuatkan tablet ini lebih daripada tablet biasa kerana ianya cukup sensitif untuk lakaran yang tepat. Pengesanan gerakan 6-axis menjadikan ianya bukan peranti biasa, tetapi membenarkan anda meneroka kegunaan S-Pen sebagai alat kawalan jauh seperti untuk membelek gambar atau slaid dihujung jari. Ciri AR Doodle yang membolehkan anda melukis sesuatu yang virtual di udara juga nampak seronok.

    Keseluruhannya, Samsung Galaxy Tab S6 sememangnya peranti pelbagai fungsi biasa yang boleh melakukan apa sahaja, tetapi terima kasih kepada semua perkakasan terbaik yang membuatkan semuanya berfungsi dengan sangat baik. Jadi, jika anda mencari tablet yang mudah dibawa untuk melakar, menyiapkan tugasan, memainkan muzik, bermain game atau apa sahaja, Galaxy Tab S6 adalah tablet yang kami sarankan untuk anda cuba. Walaupun harga RM3099 adalah sedikit tinggi untuk tablet Android (sebagai pengetahuan, Apple iPad Pro 11 inci bermula pada harga RM3499), tetapi dengan papan kekuncinya, ia boleh menggantikan komputer riba yang mudah dibawa ke mana sahaja dalam julat harga sama dan turut menangkap gambar dengan lebih baik.

    UI biasa yang ringkas dan mudah untuk digunakan
    Aplikasi PENUP membolehkan anda melukis dengan agak baik dnegan penggunaan S-Pen
    Wow, tengok betapa kurusnya saya dalam AR Emoji

    Walau bagaimanapun, peranti ini bukan peranti mudah alih terbaik untuk menangkap gambar, terutama dalam keadaan gelap. Namun, Galaxy Tab S6 dapat berfungsi dengan baik jika ada pencahayaan yang cukup. Selagi anda membawa USB-C dan kabel HDM, projektor mudah alih atau HDTV, anda dengan mudahnya dapat menukarkan Galaxy Tab S6 kepada peranti pembentangan yang sangat baik, terutama dengan pembesar suara yang kuat dan jelas, manakala S-Pen terbaru sememangnya seperti alat kawalan sakti. Jika anda mendapatkan tablet ini untuk urusan kerja, pastikan anda mendapatkannya bersama papan kekunci, tetapi kami sarankan anda turut dapatkan tetikus Bluetooth kerana trackpad yang tersedia adalah sedikit terbatas penggunaannya.

    Jadi, sudahkan anda jumpa dengan tablet yang setanding dengan Samsung Galaxy Tab S6? Kenal akan sesiapa yang memiliki peranti ini yang ingin berkongsi pengalaman sendiri? Hubungi kami di laman Facebook dan nantikan lebih berita dan ulasan teknologi di Technave.com.

    Ciri dan Spesifikasi Teknologi – Kebanyakannya adalah ciri flagship

    Ini adalah ciri dan spesifikasi Samsung Galaxy Tab S6:

    • Cipset Qualcomm Snapdragon 855
    • RAM 6GB
    • Storan 128GB + mikroSD sehingga 1TB
    • Paparan AMOLED 10.5-inci (resolusi 2560 x 1600 piksel)
    • 13MP (lebar, F2.2) + 5MP (kanta ultra-lebar, F2.0) dwi-kamera belakang | 8MP kamera hadapan
    • 244.5 x 159.5 x 5.7mm | 420g
    • Memperkenalkan S-Pen Air Actions, Samsung DeX, pembesar suara 4x AKG Dolby Atmos, sensor cap jari dalam paparan, AR Doodle
    • Menyokong 1x port USB Type C, Bluetooth v5.0, WiFi 802.11 a/b/g/n/ac, 4G LTE (Cat 20)
    • Boleh didapati dalam warna Mountain Gray, Cloud Blue, Rose Blush

    Kelebihan dan Kekurangan

    Kelebihan: Tablet terbaik yang boleh melakukan apa sahaja termasuk menggantikan komputer riba anda.

    Kekurangan: Sedikit mahal untuk sebuah tablet.

    Ringkasan: Jika anda mahukan tablet sesuai dengan pelbagai acara, tujuan atau fungsi, Samsung Galaxy Tab S6 sememangnya untuk anda.

    Diterjemahkan daripada TechNave.com

     

    Artikel Terkini

    WhatsApp sedang uji ciri benarkan anda melihat kenalan yang baru saja ‘online’

    WhatsApp sedang menguji ciri baru yang membolehkan pengguna dengan mudah melihat siapa daripada rakan atau kenalan mereka yang baru sahaja 'online'. Ciri...

    Laluan KTM Komuter Tg Malim – KL Sentral beroperasi dengan frekuensi 15 minit mulai...

    Pengumuman baharu Keretapi Tanah Melayu (KTM) memberikan berita gembira kepada penduduk di Lembah Klang apabila laluan Komuter Tanjung Malim ke KL Sentral...

    Ant International tubuhkan Pusat Niaga Digital baharu di Malaysia, tawarkan lebih 500 peluang pekerjaan

    Syarikat pembayaran digital dan teknologi kewangan (fintech) antarabangsa, Ant International, mengumumkan penubuhan Pusat Niaga Digital yang terbaru di Malaysia, terletak dalam menara...

    Xsolla Curine Video Game Academy dibuka di Malaysia untuk bangunkan bakat pembina “game” tempatan

    Syarikat kewangan video game global, Xsolla, telah bekerjasama dengan syarikat pembina usaha niaga (venture builder) antarabangsa, Curine Ventures, untuk membuka Xsolla Curine...

    Siri HUAWEI Pura 70 dilancar: Kirin 9010 dan sensor kamera 1 inci 50MP bermula...

    HUAWEI telah memperkenalkan telefon andalan siri HUAWEI Pura 70 di China, menampilkan empat model iaitu Pura 70, Pura 70 Pro, Pura 70...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X