fbpx
More

    Ulasan Samsung Galaxy Tab S7 FE – Tablet FE 12.4 inci berpatutan dengan ciri premium dan S Pen

    Samsung sering mengeluarkan Fan Edition (FE) yang berfokuskan ciri yang diminati peminat. Kini, Samsung Galaxy Tab S7 FE lebih ke hadapan kerana ia merupakan Samsung FE pertama yang berpatutan berbanding peranti sebelum ini.

    Samsung Galaxy Tab S7 Plus berharga RM3999 manakala Samsung Galaxy Tab S7 FE berharga RM1899. Ia menawarkan skrin 2K berukuran 12.4, stilus S Pen dan casis yang nipis yang kelihatan premium. Di bawah merupakan ulasan penuh kami mengenai Tab ini.

    Samsung Galaxy Tab S7 FE hadir dengan S Pen
    Barang-barang yang terdapat di dalam kotak

    Tablet ini amat nipis berukuran 6.3mm dengan bucu bulat dan sisi lurus. Bezel skrin 12.4 inci ini lebih ramping dan mempunyai dua pembesar suara, satu di setiap sisi. 

    Jika dibandingkan dengan Galaxy Tab S7 Plus, S Pen kini lebih pasif dan dilekatkan secara magnetik ke belakang dan sisi tablet. Stilus S Pen ini agak ketinggalan berbanding dengan S Pen latensi ultra rendah Galaxy Tab S7 Plus namun ia masih memberi pengalaman stylus yang lebih baik berbanding stylus pihak ketiga. S Pen ini tidak menyokong arahan udara (air commands) dan masih menggunakan port USB Type-C sekalipun.

    Bezel super nipis, skrin 2K 12.4 inci sama seperti Galaxy Tab S7 Plus
    Bahagian belakangnya adalah matte logam biasa. Anda boleh meletakkan S Pen secara magnet di bawah kamera
    Tablet super nipis 6.3mm
    Terdapat sedikit bonggol di bahagian kamera 8MP, butang kuasa dan pengawal suara di bahagian tepi tablet
    Terdapat port untuk penutup papan kekunci Samsung Book
    Anda boleh menambahkan ruang storan dengan microSD 1TB
    Terdapat port USB-C dan ventilasi pembesar suara di setiap sisi

    Samsung telah memutuskan untuk tidak memasukkan Book Keyboard pada kali ini walaupun terdapat port dok papan kekunci. Anda boleh dapatkan Bluetooth Samsung Keyboard Trio tetapi ia hanya untuk versi RAM 6GB dan storan 128GB sahaja. Anda boleh ke Shopee atau penjual pihak ketiga untuk dapatkan Book Cover Samsung Keyboard dalam RM450 hingga RM500.

    Galaxy Tab S7 FE dilengkapi dengan cipset Qualcomm Snapdragon 778G memberi prestasi terbaik dalam permainan, lukisan, pendidikan dan produktiviti. Peranti mudah alih ini amat sesuai digunakan di mana-mana sahaja.

    Penggunaan bateri boleh bertahan sehingga 2 hari atau mungkin lebih
    Skor Geekbench 5
    Skor 3DMark
    Anda boleh lukis dengan mudah pada skrin Galaxy Tab S7 FE
    Samsung Galaxy Tab S7 FE mengendalikan permainan dengan lancar

    Jika anda merupakan seorang gamer, anda mungkin perlu mengecas tablet setelah penggunaan separuh hari. Ia menyokong pengecasan pantas 45W (pengecas dijual asing) dan anda boleh kembali lakukan tugas anda setelah bateri meningkat ke 100% dalam 1 jam setengah pengecasan. Tablet tidak akan capai ke tahap terlalu panas dan menyokong sambungan WiFi6 yang stabil.

    Skrin 2K berukuran 12.4 inci dilengkapi dengan audio kuat dan jelas. Skrin yang besar memberi kepuasan bagi mereka yang ingin melukis, bekerja atau atau lain-lain tugas. Di hadapan, ia mempunyai kamera swafoto 5MP manakala di belakang pula adalah kamera utama 8MP dengan autofokus dan lampu kilat LED yang baik untuk persidangan dan gambar dalam talian. Anda boleh biarkan autofokus pada kamera ini untuk menentukan titik fokus, atau anda boleh sentuh pada skrin dan tetapkan sendiri titik fokusnya. Lihat contoh gambar-gambar yang telah diambil di bawah:

    Auto 8MP
    Autofokus 8MP, perlukan seditik masa untuk kamera fokus pada subjek
    Auto 8MP
    Autofokus 5MP, gambar masih dilihat jelas 

    Secara keseluruhan, Samsung Galaxy TAB S7 FE amat berpatutan dengan harga RM2,199 untuk RAM 6GB + storan 128GB dan RM1,899 untuk RAM 4GB + storan 64GB. Artis dan pereka tidak memerlukan poket yang dalam kerana S Pen dan skrin 12.4 inci amat memuaskan dalam kebanyakan senario. Kami turut mendapati Samsung Keyboard Trio versi 6GB + 128GB sudah mencukupi untuk melakukan kerja. Namun, harganya pasti lebih mahal jika disertakan dengan penutup Book Keyboard dan sokongan 4G LTE.

    Anda juga boleh membeli penutup Book Keyboard dengan penambahan harga RM500. Galaxy Tab S7 FE juga dilengkapi dengan mod Samsung DeX seperti Windows (secara peribadi saya menggunakannya untuk melakukan kerja selama bertahun-tahun). Penggunaan S Pen di Galaxy Tab S7 FE juga pasti memuaskan kebanyakan pensyarah, menjadikannya terbaik untuk pendidikan.

    Jika anda mencari stilus atau S Pen yang lebih baik, Samsung Galaxy Tab S6 Lite merupakan antara yang terbaik dengan harga RM1,499. Walaupun ia memiliki stilus S Pen yang aktif, ia juga mempunyai skrin 10.4 inci yang lebih kecil dan cipset Exynos 9611. Sekiranya anda memerlukan cipset yang lebih hebat berbanding Galaxy Tab S7 FE, maka kami menyarankan Xiaomi Pad 5 yang mempunyai cipset Qualcomm Snapdragon 860 tetapi skrin 11 inci yang lebih kecil sekitar RM1,399.

    Sekiranya anda lebih gemari produktiviti mudah alih Microsoft Windows, maka Surface Go 3 kini tersedia dengan harga RM1,888. Namun, varian ini merupakan tahap permulaan pemproses Intel Pentium Gold 6500Y dan RAM 4GB bukanlah seperti Galaxy Tab S7 FE yang merupakan gabungan premium dan midrange. Terdapat juga iPad Apple dengan harga RM1,499 tetapi seperti Surface Go 3, anda memerlukan wang tambahan untuk penutup papan kekunci kerana harganya yang agak mahal.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: TechNaveEn

     

    Artikel Terkini

    Apple mengalih keluar WhatsApp dan Thread daripada App Store di China

    Menurut Reuters, Apple melaporkan bahawa Pentadbiran Ruang Siber China (CAC) meminta Apple untuk mengalih keluar aplikasi WhatsApp dan Threads daripada App Store...

    Nubia Neo 2 5G akan dilancar di Malaysia pada 22 April 2024

    ZTE Malaysia telah memberi petunjuk ketibaan telefon pintar gaming jarak pertengahan di halaman Facebook yang akan dilancarkan pada 22 April 2024. Telefon...

    Meta AI umum akan datang ke Facebook, WhatsApp, Messenger dan Instagram kelak

    Meta AI yang dibina dengan Meta Llama 3 kini tersedia untuk beberapa negara di luar AS tetapi Malaysia masih belum menerimanya...

    HUAWEI nova 12i dilancar di Malaysia: SD 680, kamera 108MP dan storan 256GB pada...

    HUAWEI memperkenalkan HUAWEI nova 12i di seluruh negara, tambahan terbaru kepada siri nova dengan reka bentuk anggun. Ia menampilkan reka bentuk Cincin...

    Sony menukar polistirena kepada biopolimer biodegradasi dalam bungkusan untuk pelihara alam

    Sony merupakan syarikat pertama dalam industri yang menghapuskan penggunaan bahan kusyen buih polistirena untuk TV besar melibatkan BRAVIA 9 dan TV LED...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X