fbpx
More

    Ulasan Samsung SSD 980 Pro: Storan paling pantas untuk komputer anda

    Samsung adalah sebuah jenama yang sinonim dalam kalangan pembina storan solid-state drives (SSD) dan ramai penggiat PC memilih jenama Korea Selatan itu sebagai SSD pilihan mereka. Buat mereka yang menginginkan SSD dengan pengantaraan PCIe 4.0 NVMe M.2, anda boleh dapatkan Samsung SSD 980 Pro yang menjanjikan kelajuan sangat pantas.

    Dengan SSD tahap andalan (flagship) ini, Samsung menjanjikan kelajuan pemindahan data sehingga 7,000MB sesaat, jadi adakah ia mampu memenuhi standard tersebut? Ayuh baca ulasan ini untuk mengetahuinya.

    Daripada segi luaran, SSD ini mempunyai penampilan yang agak menarik, di mana ia mempunyai papan PCB berwarna hitam dan saiz standard untuk sebuah SSD M.2. Pada pendapat saya, warna hitam ini membuatkannya nampak eksklusif berbanding SSD yang lebih murah dan secara estetika, akan bergabung cantik dengan sebarang warna papan induk (motherboard).

    Kini mari kita bercakap tentang prestasinya. Sebelum saya mengulas lebih lanjut, saya perlu nyatakan bahawa komputer yang saya guna hanya mempunyai pengantaraan PCIe 3.0, jadi ia tidak boleh memanfaatkan sepenuhnya kelajuan yang ditawarkan oleh 980 Pro ini. Oleh yang demikian, saya akan mengulas mengikut pengalaman saya sendiri.

    Sebaik sahaja saya memasangnya dalam komputer, prestasi keseluruhan komputer saya menjadi sangat pantas, termasuklah sewaktu menghidupkan komputer. Sebagai ukuran, saya telah menggunakan perisian Crystal Disk Mark dan Samsung Magician untuk melihat kelajuan baca dan tulis (read and write) pemacu SSD ini.

    Hasil ujian dalam Crystal Disk Mark
    Hasil ujian dalam Samsung Magician

    Komputer saya hanya menghasilkan kelajuan sequential read sekitar 3,500MB/s iaitu jauh daripada 7,000MB/s yang dijanjikan. Sungguh pun begitu, ini adalah kerana had PCIe 3.0 dalam komputer saya yang tidak boleh menjana kelajuan yang lebih pantas. Kelajuan sequential write pula ialah sekitar 2,500MB/s iaitu hampir dengan 2,700MB/s yang dijanjikan.

    Perlu juga diingati bahawa kelajuan read and write maksimum untuk Samsung 980 Pro bergantung kepada kapasitinya. Unit yang telah dipinjamkan kepada saya mempunyai kapasiti 250GB iaitu varian 980 Pro yang terkecil, dan kelajuan maksimumnya sekadar 6,400MB/s untuk read dan 2,700MB/s untuk write. Jika anda membeli kapasiti 500GB, 1TB atau 2TB, anda boleh mendapatkan kelajuan maksimum yang lebih tinggi.

    Walaupun dengan kelajuan PCIe 3.0, saya masih kagum dengan kelajuan daripada SSD ini. Sebelum menggunakan 980 Pro, SSD saya adalah SK Hynix Plextor dengan pengantaraan SATA M.2, jadi perubahan daripada SATA ke NVMe memang mengagumkan saya. Semua game saya boleh dibuka dan dimuat (load) dengan lebih pantas, manakala pemindahan fail besar juga boleh disiapkan dengan pantas.

    Untuk saya, pengalaman paling menarik adalah sewaktu menyunting video dalam Adobe Premiere kerana sebarang pratonton (preview) atau suntingan boleh dilakukan dengan lebih pantas.

    Satu manfaat yang saya gemar dengan produk ini adalah proses penukaran SSD boleh dilakukan dengan mudah. Saya hanya perlu klon (cloning) SSD lama menggunakan perisian Samsung Data Migration ke dalam 980 Pro, kemudian keluarkan SSD lama dan gantikannya dengan 980 Pro. Untuk proses klon SSD dalam jenama lain, tidak semudah ini. Perisian Samsung Magician juga amat berguna untuk meneliti status dan suhu SSD ini.

    Samsung Data Migration memudahkan proses klon (cloning) daripada SSD lama ke Samsung 980 Pro

    Satu perkara yang agak merisaukan saya adalah 980 Pro boleh menjadi panas. Sewaktu proses klon, saya memasangkannya ke dalam sarung luaran Orico NVMe M.2 SSD Enclosure dan permukaan sarung tersebut menjadi agak suam.

    Jika 980 Pro dipasangkan dengan platform PCIe 3.0 seperti dalam komputer saya, saya tidak bimbang jika ia menjadi terlalu panas. Sebaliknya, jika ia dipasangkan dengan platform PCIe 4.0, saya mencadangkan anda untuk membeli sebuah heatsink untuk 980 Pro atau pastikan komputer anda mempunyai aliran udara yang tinggi bagi melesapkan haba dengan pantas.

    Saya menggunakan sarung Orico NVMe M.2 SSD Enclosure untuk klon SSD lama saya dan saya mendapati sarung ini menjadi agak suam

    Walaupun begitu, satu kekurangan 980 Pro ini adalah harganya yang sangat mahal iaitu RM451. SSD ini menjanjikan kelajuan dan prestasi pantas, namun untuk mendapatkan manfaat penuh daripadanya, anda perlu pastikan bahawa komputer anda mempunyai pengantaraan PCIe 4.0. Jika anda sekadar mempunyai PCIe 3.0 seperti saya, lebih elok anda dapatkan SSD yang padan dengan pengantaraan tersebut seperti Samsung 970 Pro atau Western Digital Black SN750 kerana ia lebih murah.

    Perlu diingati bahawa walaupun harganya mahal, anda akan turut menerima waranti selama lima tahun dan had penggunaan (terabytes written, TBW) sebanyak 150TB sebelum waranti luput, iaitu had yang sangat panjang dan sukar untuk dicapai walaupun selepas lima tahun. Selain itu, ia juga boleh dipasangkan dalam konsol PlayStation 5 jika anda ingin menambah storan dalamannya.

    Beritahu kami di Facebook jika ulasan ini membantu anda dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Spesifikasi teknologi

    • Kapasiti: 250GB, terdapat juga dalam 500GB, 1TB dan 2TB
    • Bentuk M.2 (2280)
    • Ukuran 80.15 x 22.15 x 2.38mm | Berat: 9.0 gram
    • Pengantaraan PCIe 4.0 x4, NVMe 1.3c
    • Memori storan Samsung 12xLayer V-NAND 3-bit MLC
    • Controller Samsung Elpis
    • DRAM LPDDR4 512MB
    • Kelajuan sequential read: Sehingga 6,400MB/s (7,000MB/s untuk 500GB ke atas)
    • Kelajuan sequential write: Sehingga 2,700MB/s (5,000MB/s untuk 500GB ke atas)
    • Kelajuan random read: sehinggga 500K IOPS (800K IOPS untuk 500GB ke atas)
    • Kelajuan random write: sehingga 600K IOPS (1,000K IOPS untuk 500GB ke atas)

    Kebaikan: Antara SSD terpantas untuk komputer anda

    Keburukan: Mahal

    Kesimpulan: Naik taraf yang berbaloi jika komputer anda mempunyai PCIe 4.0

     

    Artikel Terkini

    Anda kini boleh tukar iPhone lama anda dalam talian dengan kredit sehingga RM3,900

    Akhirnya, Apple membenarkan pertukaran iPhone lama oleh pelanggan kepada yang baru. Pada mulanya, ia hanya terdapat di negara luar dan kini, program...

    Red Magic 9 Pro+ Bumblebee Transformers Edition dilancar berharga ~RM4,252

    Nubia telah melancarkan telefon pintar Red Magic 9 Pro+ Bumblebee Transformers Edition di China selepas mendedahkan imej promosi pada beberapa hari yang...

    Dyson Airstrait kini boleh didapati di Malaysia pada harga RM2,599

    Dyson memperkenalkan Dyson Airstrait, alat penggayaan rambut revolusioner yang menawarkan pelurus basah ke kering menggunakan udara, menghapuskan keperluan untuk plat panas dan...

    Siri HUAWEI P70 mungkin dilancar pada 2 April 2024

    HUAWEI bersedia untuk memperkenalkan siri HUAWEI P70 pada 2 April 2024, seperti yang ditunjukkan oleh tangkapan skrin yang tersebar di Weibo. Kebocoran...

    Siri vivo V30 5G dedahkan rahsia kesempurnaan potret dengan kelebihan Zeiss

    Dengan bangga, vivo Malaysia mempersembahkan siri vivo V30 5G yang begitu dinantikan di negara kita. Penuhi keperluan teknologi anda dengan peranti yang...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X