More

    Ulasan Shokz OpenRun 2 – Pilihan premium untuk gaya hidup aktif

    Shokz OpenRun Pro 2 adalah model terbaharu daripada Shokz untuk barisan peranti sukan. Ia mengukuhkan kelebihan model sebelumnya untuk memberikan pengalaman yang lebih baik kepada penggemar kecergasan, audiophile yang sentiasa bergerak dan sesiapa sahaja yang mencari solusi audio terbuka.

    Untuk makluman, Shokz (dahulu dikenali sebagai AfterShokz) terkenal dengan teknologi penghantaran bunyi melalui tulang. Dengan OpenRun Pro 2, jenama ini telah menambah beberapa penambahbaikan untuk meningkatkan prestasi dan keselesaan. Jadi, adakah peranti ini berbaloi dengan wang anda?

    Reka bentuk yang ringkas dan praktikal
    Butang kawalan panggilan, jeda dan main balik

    Jika anda belum tahu, OpenRun Pro 2 mengekalkan reka bentuk ringan ikonik Shokz yang diperbuat daripada rangka titanium tahan lasak, memberikan fleksibiliti dan kestabilan yang selamat. Ini adalah pilihan sempurna untuk pelari, penunggang basikal dan pendaki yang memerlukan fon telinga yang tidak mudah bergerak atau tercabut semasa aktiviti yang ekstrem.

    Reka bentuk terbuka pada telinga membolehkan anda kekal peka terhadap persekitaran yang merupakan satu ciri keselamatan penting untuk aktiviti luar. Selain itu, set kepala ini seberat kira-kira 29 gram menjadikannya selesa dipakai. Permukaan silikon juga memberikan keselesaan walaupun untuk sesi yang panjang dan hadir dengan penarafan IP55.

    Boleh gantung di leher
    Butang kuasa, port pengecasan dan butang kelantangan semuanya terletak di sebelah kanan

    Shokz telah melakukan peningkatan yang ketara pada kualiti bunyi dalam OpenRun Pro 2. Selain itu, peranti ini dilengkapi dengan teknologi PremiumPitch 2.0+ yang terbaharu. Ia menghasilkan respons bass yang mengagumkan kerana ia sering menjadi cabaran untuk fon telinga menghantar bunyi melalui tulang.

    Profil bunyi keseluruhannya jelas dan seimbang dengan bass dan mid yang cukup baik untuk fon telinga terbuka. Walaupun ia mungkin tidak setanding dengan bunyi fon telinga in-ear atau over-ear tradisional, saya rasa ini adalah satu penambahbaikan yang sepatutnya memuaskan kebanyakan pendengar kasual.

    Penutup getah yang dipasang pada port pengecasan memberikan perlindungan tambahan
    Ia ringan dan sangat praktikal untuk bersukan

    Menurut Shokz, kelantangan bunyi juga lebih kuat berbanding model sebelumnya. Ia juga mengurangkan kebocoran bunyi untuk mengelakkan gangguan kepada orang di sekitar anda. Untuk tujuan keselamatan, model ini memastikan walaupun pada kelantangan tinggi, anda masih boleh mendengar bunyi sekitar dengan jelas. Ini menjadikannya sesuai untuk latihan luar.

    Selain itu, jangka hayat bateri OpenRun Pro 2 telah dipanjangkan kepada sekitar 10 jam waktu main dengan sekali cas dan menyokong pengecasan pantas. Pengecasan selama 10 minit akan memberikan anda sehingga 1.5 jam waktu main. Ini menjadikannya ideal bagi mereka yang memerlukan pengecasan cepat sebelum keluar.

    "
    "
    Bagus untuk aktiviti luar
    Gambaran ketika anda memakainya

    Jangka hayat bateri yang panjang menjadikan set kepala ini sangat praktikal untuk sesi latihan sepanjang hari atau lebih lama. Penyambungan adalah mudah dan sambungan akan kekal kukuh untuk penggunaan dalam rumah kerana kebiasaannya kita akan mengalami gangguan isyarat apabila masuk bilik yang berlainan.

    Kawalan adalah mudah untuk dikendalikan dengan butang untuk melaraskan kelantangan, menukar lagu dan menjawab panggilan. Mikrofon terbina dalam memberikan kualiti suara yang jelas untuk panggilan dan pembatalan bunyi adalah mencukupi untuk persekitaran yang tenang walaupun mungkin sedikit kurang berkesan dalam persekitaran yang bising.

    Daripada segi antaramuka pengguna, saya menyukai reka bentuk yang bergaya dan kemas pada aplikasi Shokz. Ia juga mudah untuk diurus dan dikonfigurasi. Saya mencadangkan tetapan Bass Boost untuk memaksimumkan pengalaman mendengar anda.

    Shokz OpenRun Pro 2 adalah peningkatan hebat untuk sesiapa sahaja yang gemar bersenam di luar atau sekadar lebih suka pengalaman telinga terbuka. Dengan harga RM899, kami rasa ia adalah pasangan fon telinga penghantaran bunyi melalui tulang yang selamat, selesa dan menghasilkan bunyi yang baik.

    Walaupun ia mungkin tidak menggantikan fon telinga tradisional untuk audiophile yang serius, ia adalah pilihan ideal untuk mereka yang aktif bersukan dan sentiasa bergerak kerana ia memberikan kesedaran persekitaran serta selesa dipakai. Jika anda mencari pilihan premium, OpenRun Pro 2 adalah pelaburan yang berbaloi.

    Beritahu kami di Facebook jika ulasan ini membantu anda dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Spesifikasi lengkap Shokz OpenRun Pro 2

    • Bluetooth 5.3
    • 20Hz – 20kHz
    • Sehingga 10 jam
    • Pengecasan 10 minit boleh bertahan sehingga 1.5 jam main balik
    • IP55 (tahan peluh, hujan dan habuk)
    • 29 gram
    • Sambungan sehingga 33 kaki (10 meter)
    • Dwi mikrofon pembatalan hingar
    • Pemandu PremiumPitch 2.0+
    • Tersedia dalam warna hitam, jingga, biru atau varian warna lain bergantung pada pasaran

    Kebaikan dan Keburukan

    Kelebihan: Reka bentuk yang ringan, tahan lasak, selesa, bass dan kejelasan bunyi yang dipertingkatkan, tahan peluh dan habuk (penarafan IP55).

    Keburukan: Kualiti bunyi mungkin tidak mencukupi, prestasi mikrofon rendah dalam persekitaran yang bising dan harganya sedikit berbanding fon kepala telinga terbuka yang lain.

    Ringkasan: Berbaloi untuk dibeli kerana ciri praktikal untuk sukan.

    [Terjemahan: TechNave BI]

     

    Artikel Terkini

    Akan datang, OnePlus, OPPO dan realme bakal gunakan sistem operasi yang sama

    Satu laporan terbaharu mendedahkan bahawa OPPO sedang melaksanakan pelan penyatuan syarikat yang akan menamatkan penggunaan OxygenOS dan realme UI pada peranti global...

    iPhone lipat pertama Apple mungkin lambat dipasarkan akibat masalah stok

    Apple dijangka melancarkan telefon pintar boleh lipat pertamanya yang dikenali sebagai iPhone Ultra pada September ini, namun penganalisis Ming-Chi Kuo mendedahkan bahawa...

    Siri Xiaomi 18 dilapor bakal jadi yang pertama menggunakan cip Snapdragon 8 Elite Gen...

    Acara tahunan Snapdragon Summit dijadualkan berlangsung antara 22 hingga 24 September ini untuk melancarkan dua cip pemprosesan mercu iaitu Snapdragon 8 Elite...

    Tamatnya era boleh lipat “flip”? Samsung Galaxy Z Flip 8 dijangka model terakhir

    Laporan terbaharu mendedahkan bahawa Galaxy Z Flip 8 berkemungkinan menjadi model boleh lipat jenis cangkerang terakhir daripada Samsung. Walaupun tiada pengesahan rasmi...

    Apple pesan 10 juta unit iPhone Ultra boleh lipat, bakal dilancar September ini

    Laporan terbaharu daripada Nikkei Asia mendedahkan Apple telah meminta pembekal untuk mengeluarkan sekitar 10 juta unit iPhone boleh lipat yang dijangka dinamakan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured