fbpx
More

    Ulasan WIKO 10 – Asas, praktikal dan mesra bajet!

    Dua bulan selepas melancarkan dua varian telefon pintar mampu milik ke pasaran Malaysia, WIKO Malaysia sekali lagi memperkenalkan telefon pintar dengan harga bawah RM1,000 pada awal Oktober ini iaitu WIKO 10. Hanya berharga RM699, WIKO 10 menawarkan paparan dan bateri besar serta spesifikasi kamera yang baik.

    Kami telah diberikan unit untuk ulasan daripada WIKO Malaysia dan selepas dua minggu menggunakan telefon ini, saya bersedia untuk memberikan ulasan yang jujur kepada anda tentang pengalaman saya. Unit yang saya terima adalah berwarna biru Klein.

    Pakej lengkap anda akan dapat jika membelinya

    Pakej ini termasuk telefon pintar WIKO 10, kabel USB-C, palam pengecas pantas 22W, sarung lutsinar, alatan SIM, dokumen kertas yang termasuk jaminan dan panduan ringkas tetapi tiada fon kepala disertakan.

    Rekaan – Praktikal dalam keanggunan

    Kemasan matte hindarkan kesan cap jari

    WIKO 10 menggabungkan estetika Perancis yang terkenal dengan keanggunan bergaya namun ringkas seperti yang terbukti daripada warna bersama reka bentuk telefon ini. WIKO 10 mempunyai tiga varian warna ikonik yang tersedia dalam hitam, perak dan unit ulasan kami iaitu Klein Blue.

    Ini adalah sedikit trivia berkenaan sejarah seni, perkataan Klein dikaitkan dengan artis terkenal Perancis Yves Klein yang memberi impak besar pada sejarah seni moden ketika dia mematenkan International Klein Blue (IKB). Warna IKB menunjukkan kehadiran besar Ultramarine Blue yang dihasilkan oleh Klein dan Klein telah melukis sekitar dua ratus lukisan biru.

    Alatan dan dulang kad SIM

    Panel belakang diperbuat daripada bahan polikarbonat tahan lasak dengan warna monokromatik biru yang terang dalam kemasan matte. Dengan kemasan matte, ia membantu mengurangkan kesan cap jari menjadikannya lebih mudah dicengkam.

    Untuk perlindungan tambahan, WIKO juga menyertakan sarung pelindung lutsinar. Anda boleh melihat di sudut kiri atas tiga lensa kamera yang ditempatkan dalam modul kamera segi empat tepat yang disusun secara menegak dan LED terletak di bahagian atas sebelah kanan. Logo WIKO diletakkan di tengah dengan beberapa tanda pensijilan di bawahnya.

    Saya suka bagaimana bahagian kamera mendapat warna biru yang berbeza dalam gubahan geometri. Saya senang membawanya kemana-mana mudah dengan kerana berat telefon hanya kira-kira 199g dan berukuran 168.3mm x 77.6mm x 8.98mm.

    Spesifikasi – Cukup untuk telefon segmen permulaan

    Berikut adalah spesifikasi penuh untuk WIKO 10:

    • Paparan takuk U HD+ 6.74 inci, resolusi 1600 x 720
    • MediaTek Helio G37 2.3GHz
    • GPU IMG PowerVR GE8320
    • RAM DDR4X 6GB
    • Storan dalaman 128GB, boleh dikembangkan melalui mikroSD
    • Kamera utama 50MP, f/1.8 + kamera kedalaman 2MP, f/2.4 + makro 2MP, f/2.4
    • Kamera swafoto 8MP
    • Pengimbas cap jari dipasang di sisi dan pengimbas muka
    • Dwi SIM, 4G LTE, Wi-Fi 802.11 a/b/g/n/ac
    • Bluetooth 5.1, Radio FM, GPS, A-GPS, USB-C
    • Android 12
    • Bateri 5,000mAh, pengecasan pantas 22W
    • Warna: Biru Klein, Putih, Hitam

    WIKO 10 menampilkan paparan 6.74 inci dengan resolusi HD+ 1600 x 720 piksel dan ketumpatan piksel sehingga 260PPI dengan nisbah bidang 20:9. Ia menyokong paparan skrin berbilang sentuh sehingga sepuluh titik sentuh. Dengan nisbah skrin-ke-badan sebanyak 90.69% dan bezel yang minimum, ia merupakan peranti yang sangat baik untuk menonton video di YouTube dan Netflix serta bermain game.

    Ini adalah kerana paparannya yang besar membolehkan pengguna melihat dengan lebih puas. Ia hanya menawarkan kadar segar semula 60Hz yang mencukupi untuk menikmati imej yang jelas dan tajam. Sudut tontonan juga sangat baik dan ia boleh digunakan walaupun di luar dengan cahaya matahari terik.

    Mod Cahaya Malam dan Tema Gelap kedua-duanya membantu untuk memelihara kesihatan mata dan membolehkan penggunaan yang selesa berpanjangan. Apabila lampu malam dihidupkan, warna boleh dilaraskan menggunakan tetapan suhu warna dalam menu paparan.

    Pembesar suara tunggal pada bahagian bawah WIKO 10 menghasilkan bunyi yang baik, kuat dan boleh didengar dalam tetapan biasa. Ia berfungsi dengan baik untuk menonton video atau bermain game, tetapi jika anda ingin mendengar muzik, anda akan mendapat pengalaman yang lebih baik dengan fon kepala berwayar atau wayarles.

    Dengan cipset MediaTek Helio G37 12nm, WIKO 10 menawarkan prestasi tunggal dan berbilang benang yang dipertingkatkan hasil gabungan empat CPU Cortex-A53 yang beroperasi pada 2.3GHz dan empat CPU Cortex-A53 yang beroperasi pada 1.8GHz.

    Sebagai tambahan kepada RAM 6GB dan storan dalaman 128GB, peranti ini menyokong kad mikroSD untuk storan tambahan serta tidak mempunyai sokongan untuk RAM maya. Kapasiti storan besar WIKO 10 adalah kelebihan besar berbanding jenama lain dalam kategorinya.

    Anda tidak perlu bimbang untuk memuat turun aplikasi, game dan fail yang memerlukan ruang storan yang besar seperti video dalam resolusi HD penuh 1080p. Sistem tiga kamera WIKO 10 terdiri daripada kamera utama 50MP, f/1.8, kamera kedalaman 2MP, f/2.4 dan kamera makro 2MP f/2.4. Ia juga mempunyai kamera swafoto 8MP.

    Bonggolan kamera WIKO 10

    Kamera utama mampu menangkap butiran yang baik dalam foto. Kamera 50MP mempunyai apertur f/1.8, sensor JN1 1/2.76 inci dengan saiz piksel unit 0.64m dan resolusi penangkapan maksimum 6144 x 8160 piksel.

    Teknik pengasingan piksel sensor JN1 membolehkan lebih banyak cahaya bagi setiap piksel menghasilkan warna yang luar biasa dan warna terang. Zum digital 5x dengan resolusi tinggi membolehkannya menangkap kuantiti butiran tambahan yang banyak semasa mengezum masuk. Aplikasi kamera menyokong mod penangkapan Panorama, Foto, Bokeh, Beauty dan video.

    Untuk rakaman video, ia menyokong kualiti video sehingga 1080p dan video selang masa. Mod Panorama 180° sesuai untuk fotografi landskap dengan medan pandangan (FOV) 78.8°+85°+85° kamera boleh memberikan foto dengan perspektif yang lebih luas. Dalam mod Malam, kamera menggunakan algoritma fotografi pengiraan untuk menghapuskan kabur, underexposure dan noise dalam foto cahaya malap. Ciri HDR Pintar membolehkan foto dengan cahaya sekata walaupun dalam keadaan gelap.

    Prestasi – Lancar dengan tetapan sederhana

    Prestasi WIKO 10 dalam aplikasi penanda aras Geekbench, 3DMark dan PCMark disenaraikan di bawah.

    Daripada segi prestasi gaming, MediaTek Helio G37 menyediakan telefon peringkat permulaan ini dengan keseimbangan prestasi dan kecekapan tenaga yang optimum. Game menembak kegemaran semua orang, PUBG Mobile, boleh dimainkan pada peranti ini dengan tetapan grafik dan kadar bingkai rendah. Game lain seperti Mobile Legend Bang Bang boleh dimainkan pada tetapan visual yang sederhana.

    Bahagian belakang WIKO 10 akan menjadi hangat apabila bermain game untuk jangka masa yang panjang tetapi ini adalah normal kerana pemproses dan unit pemprosesan grafik (GPU) sentiasa berusaha untuk memastikan pengalaman gaming yang lancar.

    Menariknya, ia menjalankan Android 12 tulen tanpa menggunakan sistem operasi yang berbeza. Peranti ini diprapasang dengan aplikasi lengkap Google dan tiada perisian bloat. Biasanya, telefon kelas permulaan akan dilengkapi aplikasi prapasang dan bloatware di mana ia sangat menjengkelkan untuk menyahpasang aplikasi yang tidak penting.

    WIKO 10 mempunyai bateri 5,000mAh dengan pengecas pantas WIKO SuperCharge 22.5W dan keupayaan pengecasan terbalik. Ia merupakan ciri yang sangat bagus kerana saya boleh menggunakannya untuk mengecas peranti yang lain. Namun, ciri ini memerlukan kabel USB-C kepada USB-C di mana ia tidak tersedia di dalam kotak.

    Dengan hayat bateri yang menjangkau sehari, WIKO 10 sesuai untuk hiburan tanpa perlu risau tentang kehabisan bateri. Palam pengecas WIKO 10 WIKO SuperCharge 22.5W boleh mengecas bateri hingga 70% dalam masa 60 minit dan pengecasan selama 10 minit boleh mengisi semula bateri kepada 15% memberikan dua jam tambahan masa main balik video. 96 minit adalah masa yang diambil untuk WIKO 10 mengecas sepenuhnya.

    Kontras warna yang baik
    HDR
    Agak sedikit noise bila malam
    Makro
    Kamera swafoto

    Kesimpulan – Asas tetapi sempurna

    Untuk harganya hanya RM699, WIKO 10 merupakan telefon pintar yang hebat. Ia menawarkan paparan besar yang bagus dan prestasi yang baik kerana boleh mengendalikan tugasan harian saya. Ia juga merupakan peranti yang hebat untuk digunakan menonton video atau mendengar koleksi muzik semasa dalam perjalanan dan bermain game.

    Ia mungkin bukan pengalaman terbaik untuk bermain game pada telefon ini tetapi ia masih memberikan prestasi yang lancar. Ia tidak mempunyai sambungan mudah alih 5G yang merupakan kelemahan ketara memandangkan ketersediaan luas teknologi ini.

    Alternatif yang sesuai kepada WIKO 10 termasuklah Infinix Note 12 2023 yang berharga RM729 untuk RAM lebih besar dan skrin yang cantik. Selain itu, terdapat juga pilihan seperti POCO M5s yang berharga RM679 atau ZTE Blade A72 5G untuk telefon dalam mesra bajet tetapi mempunyai sambungan 5G.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Shopee lancarkan program Jaminan Tepat Masa untuk penghantaran barang bermula 6 Mei ini

    Shopee akan melancarkan inisiatif terbaharunya, program Jaminan Tepat Masa yang bertujuan untuk mengurangkan kebimbangan mengenai kebolehpercayaan penghantaran untuk pembeli dalam talian.

    Nothing Ear dan Ear (a) dilancar di Malaysia: Fon telinga wayarles lutsinar bermula RM479

    Nothing Malaysia telah memperkenalkan dua fon telinga wayarles baharu iaitu Nothing Ear dan Nothing Ear (a). Syarikat teknologi yang berpusat di London,...

    HONOR X7b 5G dilancar di Malaysia: Dimensity 6020, bateri 6,000mAh & kamera 108MP berharga...

    Memperkenalkan HONOR X7b 5G, telefon pintar yang berkuasa yang mentakrifkan semula prestasi mudah alih dan fotografi. Ia dilengkapi dengan RAM 16GB dan...

    nubia Neo 2 5G dilancar di Malaysia: Tampilkan ‘Dual Gaming Shoulder Triggers’ berharga RM999

    Siri nubia Neo melancarkan peranti andalan terbaharunya, nubia Neo 2 5G yang dicipta untuk memenuhi keperluan pemain kasual dan peminat dengan mengutamakan...

    TIME naik taraf Pakej MyKabel 100Mbps kepada 200Mbps, harga kekal pada RM69/bulan

    Awal bulan ini, TIME memberikan peningkatan Speed Boost secara percuma kepada beberapa pelanggan yang layak. Kini, terdapat satu lagi peningkatan baru dan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X