fbpx
More

    Ulasan Xiaomi Mi 9T – Banyak sebab untuk jatuh cinta pada peranti dengan harga yang rendah

    Saya telah digelar sebagai raja peranti flagship beberapa kali kerana saya agak suka mengkritik peranti pintar kelas pertengahan dan peranti mampu milik. Sememangnya, jika berkaitan peranti pintar, saya agak terbiasa dan apabila anda telah mencuba yang terbaik, susah untuk anda merendahkan jangkaan anda.

    Namun, Xiaomi Mi 9T mengubah sepenuhnya jangkaan saya tentang peranti pintar kelas pertengahan. Dengan harga RM1199, peranti ini dikuasakan oleh cipset Snapdragon 730 dan berfungsi dengan baik seperti peranti pintar kasual harian yang lain. Dengan paparan skrin penuh dan reka bentuk belakang yang hebat, ini menjadikan peranti ini sebagai peranti yang hebat secara keseluruhannya. Baca di bawah untuk ketahui dengan lebih lanjut!

    Reka bentuk yang MELETUP

    Mi 9T hadir dengan paparan penuh. Pencapaian ini adalah hasil daripada kamera selfie pop-up 20MP yang terletak di sebelah kanan bahagian atas peranti. Mengenai bezel, ia hadir dengan bezel yang tidak terlalu tiris dengan sedikit lengkung pada bahagian atas, tetapi saya tidak terlalu kisah kerana rasanya seperti ada ruang yang lebih!

    Bahagian belakang adalah di mana keseronokan bermula. Berbanding dengan reka bentuk belakang inovatif peranti pintar yang dilancarkan pada tahun ini, Mi 9T semestinya membawa pulang gelaran reka bentuk belakang terbaik tahun 2019 (setakat ini). Bahagian belakang dengan gradien warna biru dan hitam dan apa yang lebih menarik adalah apabila terdapat pergerakan cahaya di belakang, peranti kelihatan seakan ditelan bara api.

    Mempunyai bahagian belakang yang berkilauan, dilitupi oleh Gorilla Glass 6
    Jika anda tidak percaya apa yang saya katakan tentang bahagian belakang seakan ditelan api
    Peranti dengan kamera hadapan pop-up dibuka
    Anda boleh temui butang kelantangan (volume) dan butang power merah pada sisi kiri peranti
    Gril pembesar suara, dulang SIM dan port USB-C di bahagian bawah
    Tidak lupa kepada bicu audio 3.5mm di bahagian atas. Sangat berharap ia diletakkan di bahagian bawah
    Dulang dwi-SIM, maaf tiada slot mikroSD

    Perkara menarik lain tentang peranti ini adalah bicu audio 3.5mm. Sementara banyak jenama lain yang memutuskan untuk mengeluarkan ciri ini dan menggantikannya dengan ciri lain, Mi 9T mengekalkannya. Walau bagaimanapun, saya benar-benar berharap bicu diletakkan di bahagian bawah berbanding bahagian atas, tetapi ini cuma pandangan saya. Selain itu, peranti juga selesa dipegang oleh kerana lengkungan di bahagian belakang dan sisi tanpa lengkung yang mana merupakan perubahan yang agak menarik berbanding peranti lain di pasaran.

    Ciri dan spesifikasi teknologi – Agak seperti Xiaomi Mi 9 yang diturun taraf

    Spesifikasi teknologi peranti

    Xiaomi Mi 9T secara umumnya sama dengan generasinya yang lebih tua dan menarik, Xiaomi Mi 9, tetapi dengan sedikit turun taraf. Walaupun menggunakan cipset Snapdragon 730 dengan gabungan RAM 6GB + storan dalaman 64GB, peranti ini masih berfungsi dengan hebat hampir seperti Mi 9. Untuk peranti yang berharga RM1199, peranti ini masih boleh berfungsi dengan baik (yang mana akan dijelaskan kemudian pada bahagian prestasi).

    Mi 9T sememangnya hadir dengan beberapa ciri menarik. Pertama, pengimbas cap jari dalam paparan (fingerprint in-display) yang sangat menepati jangkaan sebagai salah satu yang terpantas. Tekanan biasa sudah memadai untuk nyahkunci (unlock) peranti tanpa menggerakkannya. Anda juga tidak perlu berfikir dengan teliti bagaimana dan di mana anda perlu letak jari, berbanding peranti pintar lain, jadi ianya agak bagus.

    Mekanisme pop-up muncul apabila kamera timbul

    Peranti pintar ini memiliki ciri face unlock, tetapi pada pandangan saya, ia berfungsi dengan agak pelik. Cara paling mudah untuk menggunakan ciri ini adalah dengan menaikkan kamera, walaupun begitu, anda masih perlu menyeret ke atas (swipe up) untuk mengaktifkan kamera pop-up yang akan mengesan wajah anda. Ia masih menyahkunci dengan cepat dalam aspek mengesan wajah dan menyahkunci peranti, tetapi mengambil langkah yang lebih. Jadi, pengimbas fingerprint in-display masih perlu dipertingkatkan pada pandangan saya.

    Berkenaan antaramuka (interface), peranti ini senang digunakan dengan MIUI, terima kasih kepada pergerakannya, bukan sahaja antaramuka menjadi sangat pantas dan lancar, tetapi ia juga menggunakan sepenuhnya ruangan paparan tanpa pembaziran dengan kewujudan butang pada bahagian atas skrin.

    Antaramuka kamera dengan mod beauty AI
    Rakaman video slow-mo 960 fps pada Mi 9T agak hebat

    Seterusnya, kamera selfie pop-up 20MP peranti membenarkan paparan yang penuh, sesi gaming tanpa gangguan dan sesi rakaman video. Apa yang lebih mengagumkan adalah kamera pop-up yang keluar dengan kilauan biru atau merah pada sisi mekanisme pop-up tersebut. Meskipun begitu, saya agak kecewa dengan fungsi flash yang tiada pada mekanisme pop up. Sebaliknya, peranti masih menggunakan skrin sebagai flash yang membuatkan gambar seperti agak kekuningan bagi saya.

    Dalam aspek audio, mendengar muzik merupakan pengalaman memuaskan oleh kerana keseimbangan sempurna di antara vokal, bass, kerendahan dan ketinggian. Namun, gaming dan video agak kelihatan melebih kerana bunyi yang hadir terlalu lantang, jadi tahap kelantangan maksimum bukan satu idea yang baik. Di sisi lain, walaupun hanya memiliki satu gril pembesar suara, bunyi pembesar suara agak kuat.

    Prestasi – Spesifikasi elok yang berprestasi hampir seperti yang terbaik

    Mata AnTuTu peranti berbanding peranti lain. Top 30, ok la!

    Berlawanan dengan kepercayaan popular, kebanyakan pengguna tidak memerlukan spesifikasi tinggi untuk kegunaan harian. Untuk penggunaan harian biasa saya seperti bermesej, menonton video, membuat panggilan, mendengar muzik, bermain MLBB dan yang seangkatan dengannya, Snapdragon 730 dan RAM 6GB Mi 9T adalah lebih dari mencukupi (yang sering dilakukan oleh kebanyakan pengguna dengan peranti mereka).

    Berkaitan gaming, PUBG Mobile dipaparkan secara HD dengan tahap frame tinggi dengan sangat mudah. Pemilihan mod HDR menunjukkan notifikasi menyatakan bahawa ia akan berfungsi pada peranti tidak lama lagi, menandakan game sedang dioptimumkan untuk Mi 9T. Sementara itu, UHD tidak tersedia untuk peranti, kemungkinan oleh kerana batasan cipset SD730. Bahagian paling menarik tentang peranti ini adalah ianya tidak panas semasa gaming.

    Grafik yang disokong Mi 9T pada PUBG Mobile
    Mi 9T mendapat mata agak baik pada 3DMark

    Anda boleh menjangkakan sesi gaming yang lama pada peranti kerana kapasiti bateri 4000 mAh. Peranti pintar ini baik untuk penggunaan seharian; terbukti apabila saya keluar dari rumah pada waktu pagi dengan bateri 100% dan pulang ke rumah sekitar jam 8 malam, saya masih mempunyai bateri 35% dan saya hanya menggunakan peranti untuk membuat panggilan, bermesej, melayari internet, mengambil gambar dan mendengar muzik. Gaming berat pada peranti pintar ini sememangnya mengurangkan bateri dengan lebih pantas, tetapi ianya bukan satu isu dengan kewujudan pengecas pantas 18W.

    Beralih kepada kamera, peranti ini hadir dengan tetapan 3 kamera belakang 48MP + 8MP (telefoto) + sensor 13MP (lensa ultra-lebar) dan 20MP kamera selfie. Sebagai peranti pertengahan yang sangat berpatutan, kualiti gambar yang terhasil dari peranti agak mengejutkan saya.

    Mod malam adalah di mana peranti kelihatan hebat, dengan keseimbangan kawalan hingar (noise), kualiti, kejelasan, bayang (shadow) dan pencahayaan. Gambar yang diambil mengekalkan warna dan jelas walaupun dengan pencahayaan rendah tanpa terlalu banyak hingarndan terlebih pendedahahan kepada sinaran (exposure). Malangnya, gambar kelihatan agak lusuh dan tidak terang dengan selfie dalam pencahayaan rendah. Anda boleh lihat sendiri gambar-gambar di sini!

    Tangkapan pemandangan sudut-lebar kelihatan cantik tanpa gangguan
    Tangkapan makro dengan pencahayaan rendah sempurna!
    Skop panorama yang sangat besar!
    Selfie panorama sesuai untuk gambar berkumpulan, tetapi skopnya tidak selebar kamera belakang
    Ujian rakaman video dalam 4K 30fps
    Ujian rakaman video selfie dalam 1080p 60fps

    Kesimpulan – Peranti yang bukan hanya kelihatan bagus, tetapi berprestasi bagus juga!

    Lihatlah detik peminat Xiaomi Mi 9T

    Kini, apabila anda ingin mencari peranti pintar dengan harga RM1200 ke bawah, agak susah untuk menemukan peranti yang boleh melakukan apa sahaja tanpa mengecewakan kita. Saya selalu menemukan bahawa peranti-peranti ini hadir dengan sama ada kualiti kamera yang rendah, prestasi lemah atau bateri yang bertahap rendah yang mana membuatkan sesetengah pengguna beralih arah dari peranti pintar dengan harga sedemikian. Namun, Xiaomi Mi 9T menonjol dengan kehadiran reka bentuk belakang yang cantik, prestasi yang laju dan dapat mengambil gambar dengan pencahayaan rendah dengan baik! Sememangnya peranti ini tidak seperti dilengkapi cipset pertengahan Snapdragon 730 langsung (kecuali anda bermain game pada tetapan tertinggi).

    Dengan saingan harga RM1199, peranti ini telah mengalahkan peranti saingan dengan julat harga sama. Mungkin pencabar yang baik kepada peranti ini adalah Vivo S1 dengan harga RM1099 dan yang terbaru diumumkan Realme 3 Pro dengan harga RM999, tetapi kami masih tidak menguji dengan lebih lanjut peranti-peranti tersebut. Namun, dengan reputasi Xiaomi yang membawa imej peranti pintar dalam kategori harga sedemikian, saya sangat menyarankan peranti ini untuk pengguna yang mencari peranti pintar untuk kegunaan harian biasa tanpa penggunaan berat.

    Xiaomi Mi 9T sememangnya salah satu daripada peranti kesukaan saya pada tahun ini, yang mana memberi persoalan kepada saya, kenapa ramai pengguna ingin mendapatkan peranti dengan spesifikasi tertinggi bersama ciri tambahan AI yang mana akhirnya tidak juga digunakan. Maksud saya, fikirkan duit lebih yang anda mampu jimatkan untuk membeli Nintendo Switch berbanding membeli peranti pintar berharga RM3000+! Untuk lebih ulasan peranti pintar, pastikan anda ke TechNave.com!

     

    Artikel Terkini

    MediaTek Dimensity 6300 diumum, cipset 5G untuk telefon pintar segmen pertengahan

    MediaTek menawarkan pasaran telefon segmen pertengahan dengan cipset Dimensity 6300 5G terbaharu. Cip ini dihasilkan dengan proses 6nm dan menawarkan peningkatan sederhana...

    vivo V30e dengan SD 6 Gen 1, skrin 120Hz bakal dilancarkan pada 2 Mei...

    Mengikut pengumuman rasmi, vivo akan memperkenalkan vivo V30e di India pada 2 Mei 2024. Peranti ini dijangka menggunakan paparan AMOLED melengkung 6.78...

    Blackview Hero 10 mungkin jadi telefon boleh lipat paling murah di dunia

    nubia Flip 5G yang dilancarkan awal bulan ini dengan harga RM2,499 merupakan telefon boleh lipat paling murah dalam pasaran. Namun, itu tidak...

    Maybank bakal gantikan pemberitahuan SMS kepada pop timbul aplikasi bermula 22 April ini

    Maybank mengumumkan bahawa ia akan melaksanakan dasar pemberitahuan baharu mulai 22 April 2024 dan akan menggunakan pemberitahuan pop timbul aplikasi (APP) untuk...

    Polis: Orang ramai diingatkan berwaspada tentang kecurian data menggunakan kod QR

    Polis memberi amaran kepada orang ramai tentang strategi pancingan data baharu di mana penipu menyampaikan hadiah seperti botol air dengan kod QR...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X