More

    UMIDIGI hasilkan telefon yang boleh rekod suhu badan demi melawan COVID-19, harga bermula ~RM289

    Pandemik COVID-19 masih lagi menjadi masalah utama dunia pada tahun ini. Disebabkan demam adalah simptom awal penyakit ini, anda akan lihat banyak sensor suhu yang digunakan di tempat awam di seluruh dunia termasuklah di Malaysia.

    Untuk memudahkan pengguna merekod suhu mereka, syarikat telefon dari China, UMIDIGI telah mengambil langkah untuk menghasilkan telefon yang dilengkapi dengan sensor termometer inframerah.

    Buat masa ini, UMIDIGI telah melancarkan tiga telefon kelas permulaan yang hadir dengan ciri ini iaitu UMIDIGI A9, A9 Pro dan A7S. Semestinya, sensor termometer inframerah ini tidak setepat termometer yang normal, namun ia boleh mengambil suhu untuk beberapa pengguna pada masa yang sama.

    UMIDIGI menyatkaan bahawa perantinya mampu untuk merekod suhu dengan ketepatan ± 0.2 Celcius dari suhu yang sebenar, menjadikannya hampir sama dengan termometer yang normal.

    Sekirannya anda berminat dengan peranti ini, UMIDIGI A7S dijual pada tanda harga sekitar $70 (~RM289) manakala UMIDIGI A9/A9 Pro pada tanda harga sekitar $129 (~RM524).

    Adakah anda berminat untuk membeli telefon dari UMIDIGI ini? Berikan pendapat anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber : Gizchina

     

    Artikel Terkini

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...