More

    unifi lancarkan platform dalam talian baru untuk perniagaan kecil sewaktu musim perayaan

    Pada waktu ini, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dijadualkan untuk berakhir pada 9 Jun jadi ramai orang masih tidak mampu berurus niaga seperti biasa. Oleh yang demikian, unifi telah menubuhkan sebuah platform baru bernama Ramada-Raya bagi membolehkan pengguna dan perniagaan kecil untuk terus berhubung sewaktu PKPB dilaksanakan.

    Daripada platform ini, ia akan memudahkan pelanggan dan perniagaan kecil untuk melakukan transaksi dan memadankan dua pihak tersebut dengan lebih mudah. Memandangkan banyak kedai tidak dibuka sewaktu PKPB, platform ini tentunya memudahkan penjual di mana antara mukanya (UI) adalah sangat ringkas dan mudah difahami.

    Ia dibahagikan kepada Home and Living (perkakasan rumah), Fashion and Accessories (pakaian) dan Food (makanan).

    Di samping itu, beberapa siaran langsung istimewa bersama selebriti juga akan dianjurkan pada musim perayaan ini seperti Hafiz Hamidun, Mawi, Yasmin Hani, Saharul Ridzwan, Yaya Zahir dan Ummi Nazeera. Antara topik yang akan diketengahkan dalam siaran tersebut ialah keagamaan, gaya hidup, kewangan dan budaya.

    Perniagaan yang berminat untuk berdagang di platform ini boleh berdaftar di pautan ini. Untuk ketahui lebih lanjut tentang Ramada-Raya, layari laman web rasminya. Beritahu kami di Facebook jika anda menggunakan platofrm ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured