More

    Unifi Mobile tawarkan 200GB data 5G serendah RM1/bulan

    Unifi Mobile mengumumkan tawaran terbaharu untuk para pelanggan UNI5G Postpaid 39 dengan promosi Pas Data 5G Bulanan 200GB berharga hanya RM1. Nilai tambah ini memberikan pelanggan 200GB data 5G berkelajuan tinggi tambahan setiap bulan di samping 30GB data 5G & 4G serta panggilan tanpa had sedia ada.

    Ini memberikan lebih kebebasan untuk menstrim kandungan, melayari internet dan kekal berhubung tanpa gangguan. Pelanggan Unifi Mobile baharu dan sedia ada boleh melanggan tawaran ini melalui aplikasi Unifi Mobile dan ia akan diperbaharui secara automatik setiap bulan.

    Selain itu, Jasmine Lee, Ketua Pegawai Komersial Pengguna Unifi turut menyebut bahawa syarikat itu melancarkan sesi Sembang Seringgit di platform media sosialnya. Sesi ini akan menampilkan wakil untuk menyuarakan dan berbincang mengenai keseimbangan kehidupan kerja dan petua belanjawan.

    Selain itu, Cabaran Seringgit akan menyaksikan trak Unifi Mobile melawat pelbagai komuniti yang menawarkan aktiviti menyeronokkan dan hadiah istimewa. Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini. Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured