More

    Unisoc T765 5G dilancar: GPU Arm Mali-G57 MC2, sokong paparan FHD+ & 120Hz

    Unisoc pembekal cipset mudah alih yang berpatutan, baru-baru ini memperkenalkan produk terbarunya secara senyap yang dinamakan Unisoc T765 5G. Ia dibina dengan proses EUV 6nm, mempunyai dua teras A76 pada 2.3GHz dan enam teras A55 pada 2.1GHz bagi memastikan prestasi lancar untuk tugasan harian dan permainan ringan.

    Grafik diuruskan oleh GPU Arm Mali-G57 MC2, menyokong paparan FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz dan teknologi HDR 10+. T765 dilengkapi dengan enjin imej Vivimagic 6.0 Unisoc dan senibina ISP empat teras, membolehkan kamera dengan resolusi tinggi termasuk sensor utama sehingga 108MP atau susunan tri-kamera serbaguna dengan sensor 64MP, 20MP dan 13MP.

    Cipset ini adalah terbaik dengan sokongan untuk mod rangkaian 2G hingga 5G, dilengkapi oleh teknologi pengumpul dwi-pembawa 5G untuk kelajuan data lebih cepat serta ciri-ciri seperti VoNR, dwi-SIM dwi-VoNR dan VoWiFi untuk panggilan suara yang lancar.

    Cipset 5G ini berkemungkinan akan menjanakan telefon pintar kelas pertengahan 2024. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured