More

    Universiti Malaya uji bateri terpakai BMW EV sebagai stesen pengecas solar

    BMW Group Malaysia dengan kerjasama Universiti Malaya (UM) telah memasang stesen pengecas peranti mudah alih kuasa solar yang menggunakan bateri kenderaan elektrik (EV) terpakai. Stesen tersebut ditempatkan di hentian bas UM Central yang berkhidmat untuk lebih 3,000 pengguna harian di dalam kampus berkenaan.

    Inisiatif ini dibangunkan oleh pasukan penyelidik dari UM Power Energy Dedicated Advanced Centre (UMPEDAC) yang diketuai oleh Profesor Madya Dr. Tan Chia Kwang. Ia merupakan aplikasi dunia sebenar pertama di bawah program penyelidikan RE:GENERATE x Universiti Malaya selepas perjanjian persefahaman dimeterai awal tahun ini.

    Sistem pengecas berkenaan menggunakan pek bateri berkapasiti 1.5 kWh yang dihimpunkan daripada tiga modul bateri EV berusia kira-kira 10 tahun. Bateri EV yang dikeluarkan daripada kereta apabila tahap kesihatannya (SoH) turun di bawah 70 peratus dimanfaatkan semula kerana masih mempunyai kapasiti sisa yang sesuai untuk penyimpanan tenaga pegun.

    Stesen pengecas tersebut dilengkapi tiga port USB-C dan satu port Lightning untuk peranti generasi lama. Ia menyokong output maksimum sehingga 100W bagi satu port dan output gabungan maksimum sebanyak 200W manakala panel solar yang dipasang pada bumbung hentian bas bertindak mengisi semula tenaga ke dalam sistem bateri.

    Penyelidik mereka bentuk sistem ini untuk beroperasi sekurang-kurangnya selama lima tahun dengan pemantauan parameter dan penyelenggaraan dilakukan oleh kumpulan pelajar terlatih. Selain stesen pengecas di dalam kampus, ia juga akan digunakan untuk projek bekalan elektrik luar grid bagi komuniti Orang Asli Semai di Pos Sinderut, Kuala Lipis, Pahang bagi menjana perkakas rumah seperti lampu, kipas dan peti sejuk.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured