More

    USM lancarkan satelit piko pertama Malaysia, bernama SpaceANT-D

    Universiti Sains Malaysia (USM) telah bekerjasama dengan sebuah syarikat swasta SpaceIn Sdn Bhd untuk melancarkan satelit piko pertama di Malaysia, bernama SpaceANT-D. Satelit tersebut telah dilancar menggunakan roket SpaceX Falcon 9 dari pangkalan angkasa Vandenberg di California, Amerika Syarikat pada jam 2:47 pagi, 12 November 2023 waktu Malaysia.

    Satelit piko didefinisikan sebagai satelit yang mempunyai berat bawah 1 kilogram dan biasanya dilengkapi pelbagai fungsi yang boleh dibina dengan kos lebih rendah berbanding satelit biasa. SpaceANT-D mempunyai ukuran 5x5x5 sentimeter dan berat kurang daripada 250 gram, manakala fungsinya adalah untuk misi penstoran dan penghantara data untuk aplikasi Internet Pelbagai Benda (IoT).

    Nama “SpaceANT-D” itu adalah singkatan daripada Space Advance Network Technology, di mana ia akan menerima data daripada sensor di bumi, kemudian data tersebut akan dihantar semula ke sebuah stesen di bumi. Dari stesen tersebut, data akan dihantar ke cloud untuk memudahkan pengambila data oleh pengguna.

    SpaceIn Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat spin-off daripada USM yang terlibat dalam pembuatan satelit kecil dan IoT. USM juga telah bekerjasama dengan Persatuan Pemancar Radio Amatur Malaysia (MARTS) untuk melancarkan satelit piko ini dan ia menandakan pencapaian penting dalam usaha negara untuk mencapai Eksplorasi Angkasa Malaysia 2030.

    Wakil SpaceIn berkata pengurangan kos melalui penggunaan satelit kecil ini akan membuka lebih banyak peluang dalam menggunakan teknologi angkasa bagi menyelesaikan masalah industri, seperti pertanian, perhutanan serta minyak dan gas.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: USM

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured