More

    Valve lancarkan Steam Machine, Steam Controller dan Steam Frame, akan dijual bermula 2026

    Beberapa jam lalu, syarikat penerbitan game Valve mengumumkan pelancaran untuk tiga perkakasan gaming utama di bawah jenama Steam iaitu Steam Machine, Steam Controller dan Steam Frame VR. Ia bakal menyertai Steam Deck sebagai siri kelengkapan gaming khas yang dibina oleh Valve.

    Steam Machine

    Steam Machine merupakan sebuah komputer dengan reka bentuk yang kompak, sesuai diletakkan dalam ruang tamu dan boleh memainkan semua game yang ditawarkan dalam Steam. Menurut laman web rasmi, ia menawarkan prestasi yang lebih pantas sebanyak enam kali ganda berbanding Steam Deck.

    Ia menggunakan sistem operasi SteamOS iaitu sistem operasi berasaskan Linux yang dibina oleh Valve bagi memudahkan pengguna untuk mengakses game PC, dengan perkakasan yang mempunyai reka bentuk mirip konsol.

    Spesifikasinya terdiri daripada pemproses AMD Zen 4 6C/12T dengan kelajuan sehingga 4.8GHz dan kuasa rekaan haba (thermal design power, TDP) 30W, unit pemprosesan grafik AMD RDNA3 28CUs dengan kelajuan sehingga 2.45GHz dan TDP 110W. Ia membenarkan komputer ini untuk memainkan game pada resolusi 4K 60fps dengan teknologi FSR (FidelityFX Super Resolution).

    Storannya ditawarkan dalam varian 512GB atau 2TB dan boleh dibesarkan melalui kad memori microSD. Untuk RAM, ia menggunakan DDR5 16GB dan VRAM GDDR6 8GB.

    Unit bekalan kuasanya terdapat di dalam, dengan kuasa AC sekitar 1110-240V. Terdapat port I/O yang terdiri daripada USB-C, USB-A, HDMI dan Ethernet. Untuk hiasan, ia mempunyai garisan lampu LED di bahagian hadapan yang boleh ditukar warnanya.

    Steam Controller

    Valve juga memperkenalkan kembali pengawal Steam Controller iaitu gamepad khas untuk menggabungkan PC gaming dan pengawal konsol. Valve mengatakan ia telah direka khas untuk penggunaan yang selesa walaupun sewaktu sesi gaming yang lama.

    Jika dibandingkan dengan Steam Controller generasi pertama, versi baharu ini mempunyai reka bentuk yang sangat berbeza di mana ia mempunyai trackpad berbentuk petak. Ia boleh digunakan secara wayarles atau dihubungkan dengan pemancar wayarles (wireless transmitter) yang turut berfungsi sebagai pengecas.

    "
    "

    Steam Frame

    Pengumuman yang paling menarik adalah set kepala VR Steam Frame yang bukan sahaja boleh memainkan game VR dengan selesa, malah mempunyai fungsi yang mengutamakan penggunaan wayarles dan streaming.

    Ia mempunyai adapter wayarles 6GHz yang boleh digunakan secara plug-and-play dan menyediakan hubungan kukuh untuk VR dan penstriman. Ia mempunyai dwi-radio di mana satu radio akan memfokuskan pada audio dan visual, manakala satu lagi radio dihubungkan kepada Wi-Fi.

    Ia mempunyai teknologi Foveated Streaming yang akan meningkatkan butiran mengikut sudut yang dipandang oleh mata anda. Valve mengatakan ia menawarkan kualiti penghasilan imej yang 10 kali ganda lebih tinggi.

    Untuk spesifikasi, ia mempunyai dua panel LCD, satu untuk sebelah mata dan mempunyai resolusi 2160×2160. Kadar segar semulanya pula berubah antara 72-144Hz.

    Spesifikasi lain termasuklah cipset Snapdragon 8 Series Processor, RAM 16GB dan sistem operasi SteamOS.

    Valve masih belum mengumumkan sebarang harga untuk ketiga-tiga produk di atas, namun ia akan dijual bermula awal 2026 di Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom, Kesatuan Eropah, Australia, Jepun, Korea Selatan, Hong Kong dan Taiwan. Tiada maklumat untuk keberadaannya di Malaysia atau Asia Tenggara.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Steam

     

    Artikel Terkini

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured