More

    Valve memperingati pelakon suara Team Fortress 2 yang maut akibat COVID-19 dengan tugu maya dalam TF2

    Pelakon suara Rick May yang berlakon sebagai watak Soldier dalam game multi-pemain Team Fortress 2 (TF2) telah meninggal pada bulan lepas akibat jangkitan COVID-19. Mendiang berumur 79 tahun dan sedang pulih daripada penyakit strok.

    Bagi memperingati ketiadaan beliau, pembina TF2, Valve, telah mendirikan sebuah tugu peringatan maya dalam game tersebut. Bermula 1 Mei, para pemain akan mendapat sebuah fail kemas kini di mana tugu tersebut diletakkan dalam setiap peta rasmi TF2.

    Sumber: Reddit

    Pada tugu tersebut, terdapat sebuah petikan “That was a hell of a campaign son!”, merujuk kepada salah satu dialog Rick May sebagai Solider dalam TF2. Tugu tersebut akan kekal di dalam peta-peta TF2 sepanjang bulan ini.

    Kongsi bersama kami di Facebook jika anda sudah pun melihat tugu maya ini dalam game TF2 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Googlebook diperkenal, laptop pertama direka khas untuk Gemini Intelligence

    Qualcomm Technologies mengumumkan kerjasama dengan Google untuk membawa platform Snapdragon X Elite ke laptop Googlebook iaitu kategori komputer riba baharu yang direka...

    Nothing Phone (4b) dan Ear (3a) kini tersedia di Malaysia pada harga RM1,599 dan...

    Nothing melancarkan dua peranti baharu bagi pasaran Malaysia iaitu telefon pintar Nothing Phone (4b) dan fon telinga nirwayar Nothing Ear (3a). Nothing...

    Siri vivo X500 dilancar dengan Dimensity 9600 Pro, kamera Sony LYTIA L910 17 EV...

    vivo secara rasmi melancarkan siri X500 yang terdiri daripada vivo X500, X500 Pro dan X500 Pro Max di Shanghai, China. Siri mercu...

    Tukar MyKad baharu? MyDigital ID tak perlu daftar semula

    MyDigital ID mengumumkan bahawa pengenalan MyKad generasi baharu tidak akan menjejas fungsi atau penggunaan platform identiti digital berkenaan. Pengguna yang memiliki kad...

    Asyik lagu kanak-kanak dalam “Wrapped”? Spotify kini ada solusinya

    Spotify secara rasmi memperkenalkan fungsi suis tetapan (toggle) baharu yang membolehkan pengguna mengeluarkan kategori lagu kanak-kanak daripada menjejaskan cadangan muzik peribadi mereka....

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured