More

    Varian baharu Samsung Galaxy Tab S6 Lite dikesan pada FCC, dilengkapi S Pen dan pengecasan 15W

    Samsung telah melancarkan Galaxy Tab S6 Lite dua tahun lalu dan baru-baru ini terdapat laporan bahawa jenama gergasi elektronik tersebut sedang menghasilkan model yang lebih baharu di bawah siri yang sama. Kini, satu lagi penyenaraian pensijilan baharu telah mengesahkan beberapa cirinya.

    Awal minggu ini, terdapat laporan mengenai versi baharu Galaxy Tab S6 Lite dikesan di pelbagai tapak web pensijilan. Menariknya, tablet yang sama baru sahaja dikesan pada pangkalan data FCC. Sebelum ini, dua model berbeza telah dikesan pada Bluetooth SIG dan satu daripadanya telah disenaraikan di FCC.

    Varian ini membawa nombor model SM-P613 dan penyenaraian mengesahkan bahawa ia mempunyai sokongan untuk Wi-Fi dwijalur. Selain itu, tapak web pensijilan FCC mengesahkan tablet ini mempunyai sokongan untuk S Pen dan kadar pengecasan 15W. Samsung Galaxy Tab S6 Lite mungkin akan dikuasakan oleh cipset Qualcomm yang mempunyai ciri 5G.

    Nombor model cip ini mendedahkan bahawa ia adalah Snapdragon 720G yang dipadankan dengan GPU Adreno 618. Tambahan pula, tablet itu juga dijangka beroperasi menggunakan Android 12 dan menampilkan RAM 4GB. Buat masa ini halaman sokongan untuk tablet telah disiarkan secara langsung untuk pasaran Pertancis.

    Jadi, kami boleh menjangkakan pengumuman rasmi akan menyusul tidak lama lagi. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured