More

    VIBE Mobile kini ditawarkan di Malaysia melalui rangkaian U Mobile

    Terbaharu, U Mobile mengumumkan kerjasama strategik bersama VIBE Mobile yang menambah jenama tersebut ke dalam portfolio Mobile Virtual Network Operator (MVNO) mereka. Menerusi kerjasama, VIBE Mobile akan menggunakan rangkaian 4G dan 5G generasi baharu U Mobile termasuk akses kepada perkhidmatan data, perayau domestik serta antarabangsa.

    Langkah ini turut membolehkan VIBE Mobile memberi fokus kepada pembangunan jenama, pengalaman pelanggan dan ekosistem digital mereka sementara U Mobile menyediakan infrastruktur rangkaian utama.

    U Mobile juga akan terus melabur dalam pembangunan rangkaian bagi memastikan kapasiti, fleksibiliti dan kesiapsiagaan masa depan dapat menyokong rakan strategik seperti VIBE Mobile menghasilkan penawaran berbeza untuk segmen pengguna tertentu.

    VIBE Mobile nampaknya disasarkan kepada generasi muda dengan integrasi elemen seperti muzik, permainan video, makanan, perjalanan dan gaya hidup digital dalam satu ekosistem mudah alih. VIBE Mobile turut menggunakan slogan “Keep Your Vibe Going” sebagai identiti utama jenama mereka.

    Kerjasama ini juga menjadi sebahagian daripada strategi lebih besar U Mobile untuk memperluaskan ekosistem rakan niaga berasaskan rangkaian 5G generasi baharu mereka. U Mobile berkata mereka akan terus membuka akses rangkaian kepada lebih banyak rakan strategik bagi mempercepat inovasi dan menawarkan lebih banyak pilihan kepada pengguna Malaysia.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: VIBE Mobile

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...