More

    Video buka kotak Samsung Galaxy A52 5G muncul, tunjuk rupa keseluruhan dan aksesori

    Pada masa ini, Samsung telah mengumumkan sebuah acara Samsung Galaxy Unpacked yang akan berlangsung pada 17 Mac dan mungkin melancarkan telefon pintar Galaxy A52 dan Galaxy A72. Walau bagaimanapun, sebuah saluran YouTube bernama Moboaesthetics telah memuat naik sebuah video yang menunjukkan pembukaan kotak Galaxy A52 5G.

    Berdasarkan label FMP di hadapan kotak, kita boleh ketahui bahawa telefon yang ditampilkan dalam video ini datang dari Arab Saudi. Telefon ini mempunyai nombor model SM-A526B/DS, berwarna hitam Awesome Black dan mempunyai storan 128GB.

    Pada plastik balutan telefon tersebut, ia menyenaraikan spesifikasi utama seperti paparan Infinity-O, kamera kuad 64MP dengan penstabilan imej optikal (OIS) dan rating kalis air IP67. Video tersebut turut menunjukkan aksesori yang boleh dijangka untuk telefon kelas ini seperti kabel USB-A ke USB-C, pengecas 15W, sarung silikon dan dokumen-dokumen penting.

    Warna hitam telefon itu agak menyerupai Samsung Galaxy S21 Ultra berwarna hitam Phantom Black. Ia mempunyai kamera 64MP+8MP+5MP+2MP dan kamera swafoto 32MP yang berada dalam lubang punch hole pada atas skrin Super AMOLED 120Hz. Fungsi kameranya termasuklah Single Take, zum optikal 2x, ultra-lebar dan mod makro.

    Varian yang ditunjukkan oleh YouTuber tersebut adalah varian 5G yang dilengkapi cipset Snapdragon 750G dan mempunyai sistem operasi One UI 3.1 berdasarkan Android 11. Sewaktu bermain PUBG Mobile, tetapan grafik sekadar dihadkan pada HD manakala COD Mobile pula boleh dimainkan pada tetapan Very High.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Galaxy A52 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Google hentikan khidmat Google Assistant mulai 4 September ini

    Google mengumumkan penamatan perkhidmatan Google Assistant pada peranti mudah alih dan peranti boleh pakai bermula 4 September 2026. Mereka telah mula menghantar...

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured