More

    Video dari ASUS sahkan ZenFone 7 hadir dengan kamera boleh ‘flip’, Snapdragon 865 Plus

    Masihkah anda ingat pada siri ASUS ZenFone 6 yang mempunyai kamera boleh flip, tetapan kamera belakang yang apabila diterbalikkan menjadi tetapan kamera swafoto? Video acahan (teaser) dari ASUS Deutschland mengesahkan bahawa siri ZenFone 7 bakal dilengkapi tetapan kamera yang sama!

    Jika anda masih tidak tahu, siri ZenFone 7 bakal dilancarkan dahulu di China pada 26 Ogos 2020 ini. ASUS ZenFone 7 dilaporkan bakal dijana Snapdragon 865 Plus, RAM 8GB seperti yang tertulis pada GeekBench. Masih tiada kepastian sama ada versi Pro sahaja yang bakal dijana Snapdragon 865+ atau kedua-dua versi standard dan Pro sekali.

    Kamera boleh flip pada siri ASUS ZenFone 6

    Melalui video acahan ASUS Deustcland (Jerman) pula, pemaparan ‘Flip Deine Welt’ yang bermaksud ‘Flip Your World’ dalam terjemahan bahasa Inggeris jelas sekali menandakan kehadiran kamera boleh flip.

    Tambahan pula, akaun ASUS global turut mengacah dengan slogan ‘Get ready to defy ordinary’. #DefyOrdinary ialah slogan sama yang digunakan untuk siri ZenFone 6 yang mempunyai tetapan kamera boleh flip.

    Sementara menunggu pelancarannya pada 26 Ogos ini, mungkin berita mengenai spesifikasinya bakal tiba pada hari-hari akan datang. Nantikannya melalui Rakan Teknologi Utama Malaysia.

    Baca berita lepas mengenai siri ASUS ZenFone 7.

    Sumber: 1 | 2

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured