More

    Video ‘pembedahan’ Steam Deck disiarkan, komponen utama didedahkan

    Valve merupakan salah sebuah siaran popular berkenaan gajet yang terdapat dalam YouTube telah menyiarkan video tentang ‘pembedahan’ yang dilakukan olehnya ke atas Steam Deck. Steam Deck merupakan peranti yang direka bentuk sama seperti Nintendo Switch untuk bermain game secara mudah alih.

    Steam Deck yang ditunjukkan dalam video tersebut hanyalah prototaip dan pengacara dalam video berkenaan mengingatkan bahawa mungkin terdapat beberapa perubahan sebelum ia dilancarkan. Valve pada permulaan video mengatakan bahawa walaupun Steam Deck dapat di’bedah’ oleh sesiapa sahaja, ia sama sekali tidak mengesyorkannya.

    Pengacara tersebut menyatakan bahawa baterinya berisiko untuk menghasilkan api serta pelepasan statik dapat menyebabkan komponen gagal. Video tersebut menerangkan secara ringkas betapa mudahnya menggantikan thumbstick dan cara mengganti SSD M.2.

    Valve menyatakan bahawa thumbsticks ini dibuat khusus untuk Steam Deck dan barang gantiannya akan tersedia dalam beberapa bulan akan datang. SSD yang terdapat dalam peranti ini khusus untuk Steam Deck dan pengguna tidak boleh mencuba menaik tarafnya kerana mungkin tidak sesuai serta berisiko mengalami gangguan pada sambungan Wi-Fi.

    Steam Deck memulakan pra-tempahan pada bulan Julai dan dijangka tiba kepada pelanggan pada bulan Disember. Steam Deck adalah PC mudah alih sesuai dengan saiz tapak tangan yang digunakan untuk bermain game dalam bentuk mudah alih. Ia bermula pada $399 (~RM1,660) untuk storan dalaman 64GB yang boleh dikembangkan melalui kad microSD.

    Steam Deck dikuasakan oleh AMD Zen 2 + RDNA 2 APU, RAM 16GB, storan dalaman hingga 512GB dan skrin 7 inci dengan resolusi 1280 x 800 piksel. Terdapat juga sokongan untuk Bluetooth, port USB-C dan bicu audio 3.5mm.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Steam Deck dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: GSMArena

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Samsung Galaxy A08 dilancar dengan bateri 6,000mAh dan kemas kemas kini OS 6 tahun

    Samsung melancarkan telefon pintar kelas asas baharu iaitu Samsung Galaxy A08 secara senyap untuk pasaran global. Peranti ini memfokuskan kepada ketahanan penggunaan...

    NaviX Ultra: Cubaan kedua Nubia buat telefon AI

    Nubia secara rasmi melancarkan telefon pintar terbaharunya iaitu Nubia NaviX Ultra dalam pasaran China. Peranti ini dipasarkan sebagai telefon berasaskan ejen AI...

    Xiaomi 18 Pro disahkan hadir dengan aplikasi AI sendiri pada skrin belakang

    Xiaomi mengesahkan siri Xiaomi 18 Pro hadir dengan paparan skrin belakang dipanggil Versatile Back Screen yang menyokong pemprosesan aplikasi jana AI. Ciri...

    Siri OPPO A7 Pro diumum di Malaysia dengan bateri 10,000mAh, cas pantas 80W dan...

    OPPO melancarkan dua model peranti baharu untuk pasaran tempatan iaitu OPPO A7 Pro 5G dan OPPO A7 Pro Max 5G yang memfokuskan...

    Laptop boleh jadi PC gaming? UGREEN lancar LinkStation Pro dengan kuasa 850W

    UGREEN memperkenalkan dok kad grafik luaran (eGPU) baharu iaitu UGREEN LinkStation Pro yang menggunakan teknologi sambungan Thunderbolt 5. Kelajuan pemindahan data yang...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...