More

    Video promosi Samsung Galaxy S21 dibocorkan, terdiri daripada tiga varian utama

    Seorang pengguna Twitter telah memuat naik sebuah video pendek yang diakuinya sebagai video promosi tidak rasmi untuk siri telefon pintar Samsung Galaxy S21. Video tersebut memaparkan rekaan telefon Galaxy S21 yang telah dikhabarkan sejak beberapa minggu dan menunjukkan tiga varian utama iaitu Galaxy S21, Galaxy S21+ dan Galaxy S21 Ultra.

    Berdasarkan video tersebut, ketiga-tiga varian mempunyai rekaan yang serupa, dengan bonggol kamera yang berada di bahagian atas kiri. Walau bagaimanapun, Galaxy S21 Ultra dilihat mempunyai lima lensa di belakangnya yang mungkin terdiri daripada empat kamera dan satu sensor ToF (time-of-flight).

    Warna yang ditunjukkan dalam video tersebut agak menarik, dengan warna badan ungu dan warna emas untuk bonggol kamera pada Galaxy S21 dan Galaxy S21+, serta warna hitam dan perak untuk Galaxy S21 Ultra. Sumber lain pula mengatakan siri telefon tersebut akan terdapat dalam warna putih dan merah jambu.

    Siri Galaxy S21 dikhabarkan akan dilancar pada bulan Januari 2021, lebih awal daripada pelancaran siri Galaxy S sebelum ini yang biasanya dilakukan pada bulan Februari. Bertiahu kami di Facebook jika anda berminat untuk mendapatkan Galaxy S seterusnya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...