More

    Video promosi vivo T1 dedahkan reka bentuk dari semua sudut

    vivo T1 5G bersedia akan dilancarkan pada 9 Februari di India. Syarikat tersebut telah mengeluarkan video promosi T1 yang mempamerkan ciri dan reka bentuk utamanya.

    Ia akan menggunakan paparan takuk titisan air (teardrop notch), bezel di tepi dan bahagian bawah peranti yang agak nipis. Bahagian belakang peranti berwarna kecerunan (gradient) mempunyai tri-kamera dengan flash LED.

    Peranti ini juga menampilkan pengimbas cap jari di tepi manakala bawahnya mempunyai bicu audio 3.5mm, USB-C, mikrofon dan gril pembesar suara. Ia agak serupa dengan vivo Y75 5G yang dilancarkan pada minggu sebelumnya di India.

    Terdapat laporan mendedahkan bahawa ia akan dikuasakan oleh cipset Snapdragon 695. Dengan skor AnTuTu 400K+, ia mungkin menjadi telefon pintar terpantas dengan harga Rs 20,000 (~RM1,1119). Terdapat kemungkinan bahawa T1 akan membawa kebanyakan spesifikasinya seperti Y75 yang berharga Rs 21,990 (~RM1,231).

    Y75 mempunyai paparan 6.58-inci IPS LCD FHD+ 60Hz, cipset Dimensity 700, RAM 8GB, storan 128GB dan bateri 5,000mAh dengan pengecasan 18W. Ia mempunyai kamera hadapan 16MP dan tri-kamera 50MP (utama) + 2MP (kedalaman) + 2MP (makro). Peranti ini menawarkan ciri lain seperti Android 11 dan pengimbas cap jari di tepi.

    Seperti yang diketahui, telefon siri-T seterusnya akan tersedia untuk pembelian secara eksklusif melalui platform dalam talian. Berdasarkan sumber, T1 akan mula dijual melalui Flipkart. Setakat ini, masih tiada sebarang maklumat akan ketibaannya di Malaysia. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...