More

    Video rasmi untuk Android 12 mungkin telah tertiris, tampilkan pelbagai fungsi baru

    Persidangan pembina Google I/O akan dianjurkan pada minggu depan, 18 Mei secara dalam talian selepas pembatalannya akibat pandemik COVID-19 pada tahun lepas. Antara agenda utama yang dijangkakan dalam acara tersebut adalah pengumuman sistem operasi Android 12 untuk telefon pintar.

    Kini, sebuah video rasmi untuk sistem operasi tersebut telah pun dibocorkan oleh pengkhabar berita teknologi Jon Prosser. Beliau mengatakan Android 12 bakal menawarkan pengalaman penggunaan yang lebih cantik, keselamatan yang lebih kukuh dan pelbagai peranti pengguna kini boleh digunakan dengan lebih seragam.

    Beberapa rekaan widget akan diubah sedikit, termasuklah pemain muzik, cuaca, jam, butang Wi-Fi dan banyak lagi. Android 12 juga akan memperbaharui stacked notifications untuk mesej daripada orang yang sama. Anda boleh menonton video tersebut dalam video di bawah, pada minit 6:30.

    Bilangan notifikasi di sebelah jam
    Papan kekunci yang mempunyai rekaan baru
    Stacked notifications untuk mesej
    Widget baru yang diperkenalkan dalam Android 12

    Bilangan notifikasi akan diletakkan di sebelah jam, papan kekunci juga akan direka semula serta pelbagai animasi baru dalam aplikasi asas. Perlu diingat bahawa ini bukanlah berita rasmi jadi produk akhir dalam Android 12 mungkin akan berlainan daripada gambar di atas.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Find X10 Pro Max tiba sebagai telefon pertama di dunia dengan tiga kamera...

    OPPO secara rasmi memperkenal peranti mercu terbaharu Find X10 Pro Max yang dijana oleh cip pemprosesan MediaTek Dimensity 9600 Pro. Sistem kamera...

    MediaTek umum Dimensity CX C10 Max, cip 3nm pertama khas untuk Googlebook

    MediaTek melancarkan pemproses baharu Dimensity CX C10 Max yang merupakan cip pertama di bawah siri siri Compute Experience (CX). Pemproses ini dibina...

    vivo OriginOS 7 dilancar dengan prestasi lancar hingga 72 bulan!

    vivo secara rasmi memperkenalkan sistem operasi OriginOS 7 yang direka untuk mengekalkan prestasi lancar menerusi ujian anti-penuaan makmal selama 72 bulan. Sistem...

    Googlebook diperkenal, laptop pertama direka khas untuk Gemini Intelligence

    Qualcomm Technologies mengumumkan kerjasama dengan Google untuk membawa platform Snapdragon X Elite ke laptop Googlebook iaitu kategori komputer riba baharu yang direka...

    Nothing Phone (4b) dan Ear (3a) kini tersedia di Malaysia pada harga RM1,599 dan...

    Nothing melancarkan dua peranti baharu bagi pasaran Malaysia iaitu telefon pintar Nothing Phone (4b) dan fon telinga nirwayar Nothing Ear (3a). Nothing...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured