More

    Video ujian ketahanan Samsung Galaxy Z Flip 3 dedahkan ia boleh dilipat lebih 418,000 kali

    Berapa kali Samsung Galaxy Z Flip 3 boleh dilipat sepanjang jangka hayatnya? Menurut Samsung, ia telah diuji dengan dilipat sehingga 200,000 kali. Ia adalah contoh penggunaan biasa untuk tempoh 5 tahun.

    Namun, terdapat seorang pencipta kandungan di YouTube telah melakukan eksperimen ke atas berapa kali Samsung Galaxy Z Flip 3 boleh dilipat. YouTuber Mykeybrd melakukan strim langsung dirinya melipat Galaxy Z Flip 3 seberapa banyak yang boleh.

    Dia memulakan percubaan pada 8 Jun dan berakhir semalam di mana dia terus melipat dan membuka lipatan telefon walaupun mempunyai tanah, pasir dan air pada permukaan telefon tersebut. Pada penghujung strim langsung tersebut, dia melakukan lebih 418,500 kali iaitu dua kali ganda daripada apa yang dikatakan oleh Samsung.

    Bagaimanapun, ini adalah hasil yang cukup mengagumkan tetapi diperhatikan bahawa engsel menjadi lebih kasar bermula pada lipatan ke 353,000. Samsung meletakkan jumlah lipatan yang rendah kerana tidak mahu mengambil risiko tentang kerosakan yang bakal berlaku sekiranya tidak sama bilangan dengan apa yang dijanjikan oleh mereka.

    Adakah sesiapa di antara anda sedang menggunakan telefon Galaxy Z Flip 3? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: AndroidAuthority

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured