More

    Video ‘unboxing’ iPhone 12 Pro dan iPhone 12 terawal didedahkan

    Sementara siri iPhone 12 masih lagi belum hadir di Malaysia dan pra-tempahnya masih belum dibuka, sebuah akaun pengulas teknologi terkenal mendedahkan video yang memperlihatkan iPhone 12 Pro dan iPhone 12 sebenar!

    Ben Geskin telah menggabungkan kesemua video dan memuat naik di laman YouTubenya. Video ini hadir daripada sumber di laman Twitter. iPhone 12 Pro yang ditunjukkan adalah berwarna Graphite. Graphite ialah warna seakan kelabu, tetapi dengan tona yang lebih gelap. Anda boleh melihat sendiri rekaan sisi hujung peranti yang rata dan berkilau.

    iPhone 12 pula diperlihatkan dengan pilihan warna Biru. Anda boleh melihat saiznya yang sama dengan iPhone 12 Pro. Anda juga boleh melihat paparan sebenar kotak siri iPhone 12 tanpa pengecas.

    Untuk pengetahuan anda, siri iPhone terbaru ini hadir dengan varian iPhone 12 mini 5.4 inci, iPhone 12 6.1 inci, iPhone 12 pro 6.1 inci dan iPhone 12 Pro Max 6.7 inci. Anda boleh menyemak artikel lepas untuk harga selanjutnya di Malaysia yang bermula pada RM3,399.

    Terdapat juga video yang memaparkan fungsi pengecas MagSafe yang disokong oleh siri iPhone 12. Pengulas ini mempamerkan fungsi pengecasan berbalik dengan menggunakan iPhone 8 dan iPhone 11 Pro Max, tetapi tidak melekat secara magnetik di belakan pada iPhone generasi terdahulu (hanya melekat pada siri iPhone 12).

    Sumber: ZolloTech
    Sumber: MrHtech
    Sumber: iCranckUriDevice

    Jika anda merancang untuk membeli siri iPhone 12, anda mungkin boleh melihat pandangan awal pelindung telefon silikon (casing), Clear Case dan Leather Wallet yang menyokong MagSafe.

    Baca berita lepas mengenai iPhone 12 seperti RAM dan baterinya disini.

    Adakah anda berminat dengan siri iPhone 12? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "

    Sumber: macrumors

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured